15/08/2026
LAWATAN PENDIDIKAN DAN EKSPLORASI DAN KERJAYA SMK HOSBA KE AUTO PRIMA COLLEGE π
Auto Prima College berbesar hati menerima kunjungan 40 orang murid bersama 5 orang guru pengiring daripada Unit Mata Pelajaran Vokasional (MPV) β Menservis Automobil, SMK Hosba pada 29 Julai 2026.
Lawatan ini merupakan satu inisiatif bagi memberikan pendedahan kepada para murid mengenai peluang pendidikan dan latihan kemahiran dalam bidang automotif, di samping memperkenalkan laluan pendidikan TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) sebagai salah satu pilihan pendidikan dan kerjaya masa hadapan.
Melalui lawatan ini, para murid turut berpeluang mengenali dengan lebih dekat dunia automotif dan teknologi kenderaan moden, sekali gus menyemai serta meningkatkan minat mereka terhadap bidang kemahiran yang mempunyai prospek dalam industri.
π§ Mengenali TVET.
π Meneroka dunia automotif.
π Membina laluan ke arah masa depan.
Terima kasih kepada pihak SMK Hosba atas kunjungan dan kepercayaan yang diberikan kepada Auto Prima College.
Auto Prima College β Memperkasa Kemahiran, Membina Masa Depan.
MPV ServisAutomobil Automotif TeknologiKenderaan PendidikanKemahiran GenerasiTVET MasaDepanTVET