Jangan biarkan hari cuti sekolah disi dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Ulangkajilah pelajaran yang telah diajar oleh Guru di sekolah dan buatlah soalan latih tubi untuk menguji pemahaman anda dalam subjek tersebut.
Ingat, Orang yang berjaya adalah orang yang rajin. Orang yang rajin sangat menghargai masanya. MASA ITUKAN EMAS !!!.
Akademi Cahaya Ilmu
Menawarkan Perkhidmatan Home Based TUITION sekitar kawasan SHAH ALAM dengan harga yang berpatutan.
Buat adik-adik yang masih di bangku pelajaran, Cikgu nak kongsikan cerita dengan adik-adik tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan.
Siapa kata belajar tak susah?. Belajar itu memang susah wahai adik-adik yang ku sayang. Walaupun, belajar itu perkara yang susah dan payah, itulah yang membuatkan ilmu yang kita perolehi itu menjadi lebih berharga daripada emas dan berlian. Sewaktu Cikgu masih di bangku sekolah dulu, cikgu kadang-kadang hilang semangat untuk belajar namun mujurlah salah seorang GURU itu menasihati Cikgu dengan kata-katanya yang masih Cikgu ingat :
"Belajar itu memang susah tapi ingat, ilmu itulah yang membantu hidup kamu di kemudian hari, Syafie."
PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN KETIKA PEPERIKSAAN
1) Elakkan daripada menulis contengan yang berbentuk rayuan di atas kertas jawapan untuk meminta markah kasihan daripada pemeriksa.
2) Elakkan melukis/menconteng sebarang gambar di atas kertas jawapan kecuali jika dikehendaki berbuat sedemikian.
3) Jangan berasa terlalu YAKIN kerana sikap ini boleh menyebabkan anda mudah untuk menjadi cuai.
4) Jangan melakukan perkara yang boleh menimbulkan syak wasangka yang boleh menyebabkan kita dianggap menipu/meniru oleh pengawas peperiksaan.
5) Jangan buang masa.Jika selesai menjawab semua soalan dengan cepat, semak semula setiap jawapan daripada atas ke bawah untuk memastikan bahawa anda telah menjawab semua soalan yang diberikan. Ingat "MASA ITU EMAS"
Alhamdullilah, hari ini bermula perjuangan adik-adik yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Jadi kami ingin kongsikan tips-tips yang boleh dilakukan apabila berada di dalam dewan peperiksaan.
1) Baca selawat dan basmallah sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan dengan kaki kanan.
2) Duduk di kerusi yang disediakan dengan kaki yang selesa.
3) Keluarkan kad pengenalan dan slip peperiksaan.Letakkan slip tersebut di bucu meja bagi memudahkan pengawas peperiksaan memeriksa slip tersebut.
4) Baca doa penerang hati seperti surah Al-insyirah.
5) Tarik nafas panjang beberapa kali.
6) Senyum untuk lebih tenang dan yakin.
7) Bisikkan pada diri "Insyaallah, aku akan dapat jawab semua soalan dengan cemerlang"
TIPS BERDOA
Berdoa merupakan amalan yang sangat dituntut didalam silam. Malah, doa juga merupakan senjata bagi orang mukmin. Kita amat digalakkan untuk berdoa tak kira dalam apa jua keadaan samaada senang ataupun susah.
Jadi kali ini kami akan kongsikan waktu-waktu yang paling afdal untuk berdoa:
+ Malam Jumaat.
+ Pada Waktu Malam semasa qiammullail.
+ Sewaktu hujan turun.
+ Sewaktu sedang sujud di dalam solat.
+ Pada akhir solat fardhu.
+ Pada waktu antara azan dan iqamat.
+ Selepas membaca al-quran.
+ Selepas berwuduk.
Berdoalah, sesungguhnya kita tidak akan rugi dan pasti ALLAH akan memakbulkan doa kita.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Shah Alam
44000