14/06/2026
Setitis Darah, Demi Kemanusiaan.
Derma Darah, Selamatkan Nyawa.
🩸 Hari Penderma Darah Sedunia disambut setiap tahun bagi mengangkat adiwira penderma darah serta memupuk kesedaran terhadap keperluan bekalan darah untuk mereka yang memerlukan.
👨🏽⚕️ Jom jadi penderma darah hari ini! Satu beg darah yang didermakan mampu menyelamatkan sehingga tiga nyawa.
12/06/2026
Minggu ini ada Ustaz Zabidi Azhar & Ustaz Mustafidurrohman
🕌 Kami bawakan pengisian Tazkirah Jumaat di Masjid Al-Mujahideen Damansara Utama & Kuliah Maghrib di Masjid Ar-Rahman Kg. Sg. Manggis, Banting. Mereka bakal menyajikan santapan rohani serta berkongsi mengenai fadhilat menyantuni anak yatim khususnya & peranan Yayasan Islam Darul Ehsan dalam masyarakat.
💐 Bersama kita mencipta sinar harapan buat anak yatim, penerima rawatan dialisis serta mereka yang diuji musibah.
📱 Semuanya di hujung jari anda, jom infaq hari ini.
Infaq Bulanan (auto debit):
https://infaqpay.my/go/yide
Infaq one-off:
https://infaqpay.my/collection/yide
📌 Setiap sumbangan anda, layak mendapat pengecualian cukai terhad kepada 10% di bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967 melalui resit rasmi Yayasan Islam Darul Ehsan.
12/06/2026
KOMPLEKS ASRAMA ANAK YATIM PULAU INDAH - MISI 'PUSAT KECEMERLANGAN"
Kompleks yang bakal menempatkan 108 orang anak yatim untuk melahirkan insan cemerlangan dengan kemudahan lengkap termasuk Blok Asrama, Surau, Dewan serbaguna, Perpustakaan, Bilik IT serta arena Riadah/Sukan.
Jom kita sama-sama berinfaq!
yide.com.my/kompleks-asrama-anak-yatim-pulau-indah-tme/
Atau salurkan terus ke akaun rasmi:
RHB Bank: 2626 2500 0114 39
Maybank: 5621 0686 6637
11/06/2026
Rumah 2 Tingkat Terbakar di Subang Jaya
Atas dasar keprihatinan, kami telah segera menziarahi Encik Kamarolzaman sekeluarga yang ditimpa musibah kebakaran di SS12 pada hari ini 11 Jun 2026.
💐 Terima kasih kepada Ustaz Mohamad Halim Zamri, Pengurus Masjid Darul Ehsan Subang Jaya & Encik Syahril Ritin, Pengurus Operasi Agihan Daerah Petaling, Lembaga Zakat Selangor (LZS) atas perkongsian maklumat mangsa yang terlibat
🔥 Kejadian kebakaran telah mengakibatkan kerosakan pada bilik tidur utama, bilik kedua di tingkat atas, penyaman udara, peti sejuk, mesin jahit serta beberapa dokumen penting.
🎁 YIDE telah menyampaikan sumbangan kewangan & 2 Pek Prihatin kepada mangsa bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga tersebut.
📢 YIDE mengajak seluruh masyarakat untuk terus menyuburkan budaya infaq & sedekah dalam membantu golongan yang memerlukan, sekali gus memperkukuhkan semangat kebersamaan, keprihatinan & kasih sayang dalam masyarakat.
11/06/2026
YIDE Sentiasa Prihatin: Bersama Mewujudkan Tempat Kerja Yang Selamat, Sihat dan Harmoni.
11 Jun 2026 | Pusat Dialisis MAIS, Cawangan Taman Melawati
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Bil. 4/2026 telah dipengerusikan oleh YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) bersama ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat di ibupejabat dan Pusat Dialisis MAIS.
Mesyuarat ini bertujuan membincangkan usaha berterusan dalam memperkukuhkan budaya kerja yang selamat, sihat dan kondusif di seluruh operasi YIDE. Pelbagai perkara penting telah dibincangkan bagi memastikan kebajikan warga kerja YIDE sentiasa terpelihara khususnya terhadap keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat dipertingkatkan.
Antara fokus utama yang dibincangkan ialah:
✅ Penambahbaikan aspek keselamatan di tempat kerja melalui pemantauan risiko dan tindakan pencegahan yang lebih berkesan.
✅ Semakan tindakan susulan bagi mengurangkan risiko kemalangan serta kecederaan di tempat kerja.
✅ Peningkatan tahap kesedaran dan pengetahuan warga kerja melalui program latihan, taklimat keselamatan dan aktiviti kesihatan pekerjaan.
✅ Penilaian keadaan persekitaran kerja agar sentiasa selamat, bersih dan selesa untuk semua kakitangan serta pelanggan dari masa ke masa.
✅ Pengukuhan kerjasama antara pihak pengurusan dan pekerja dalam membudayakan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara menyeluruh.
YIDE komited untuk terus memastikan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan berkualiti demi kesejahteraan seluruh warga kerja serta penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
11/06/2026
MESYUARAT JAWATANKUASA KUALITI MSQH YIDE BIL. 1/2026
📅 11 Jun 2026
📍 Pusat Dialisis MAIS, Taman Melawati
Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Kualiti MSQH YIDE Bil. 1/2026 yang dipengerusikan oleh YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE, dan diselaras En. Mohd Izzat bin Mohd Kassim, Koordinator MSQH YIDE.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh barisan pengurusan YIDE serta Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jururawat dari enam (6) Pusat Dialisis MAIS di bawah seliaan YIDE.
Antara perkara utama yang dibincangkan adalah:
✅ Peningkatan kualiti penjagaan pesakit
✅ Pemantapan kualiti perkhidmatan dialisis
✅ Peningkatan kesedaran (awareness) dalam kalangan pesakit dan waris
✅ Pengukuhan program pendidikan serta edukasi kepada pesakit dan waris
✅ Semakan semula (review) dapatan Audit MSQH di Pusat Dialisis MAIS Sungai Besar
Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memastikan piawai kualiti perkhidmatan sentiasa dipertingkatkan selaras dengan keperluan akreditasi MSQH, demi memberikan perkhidmatan yang berkualiti, selamat dan berfokuskan pesakit.
YIDE komited untuk terus memperkasakan budaya kualiti dan penambahbaikan berterusan dalam setiap aspek perkhidmatan rawatan yang diberikan kepada pesakit-pesakit yang menjalani rawatan dialisis di Pusat Dialisis MAIS.
11/06/2026
KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN SELGATE KE YIDE
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Selgate pada 9 Jun 2026, sebagai usaha memperkukuhkan hubungan strategik serta meneroka peluang kerjasama antara kedua belah pihak.
Delegasi Yayasan Selgate diketuai oleh Puan Alia, Pengurus Korporat Yayasan Selgate dan telah disambut oleh YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE bersama barisan pengurusan YIDE.
Pertemuan ini menjadi platform penting untuk bertukar pandangan serta membincangkan potensi kerjasama dalam pelbagai bidang yang mampu menyumbang kepada kelestarian kebajikan golongan sasar khususnya pesakit dialisis yang menjalani rawatan di Pusat Dialisis MAIS.
YIDE amat menghargai kunjungan ini dan berharap hubungan yang terjalin dapat diteruskan melalui pelaksanaan inisiatif-inisiatif demi kesejahteraan ummah.
11/06/2026
KUNJUNGAN HORMAT YIDE KE YAYASAN RESTU
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Restu sebagai langkah memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam usaha memperkasa pembangunan kerohanian dan pendidikan golongan sasar YIDE, khususnya anak-anak yatim di negeri Selangor, pada 9 Jun 2026.
Delegasi YIDE diketuai oleh YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE dan telah disambut oleh YBhg. Datuk Mohd Asyaharim bin Abdul Latiff, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Restu dan barisan pengurusan.
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan mengenai potensi sinergi antara kedua-dua institusi dalam memperkasakan program-program yang memberi manfaat kepada anak-anak yatim, khususnya dalam aspek pembangunan sahsiah, pengukuhan nilai kerohanian serta kecemerlangan pendidikan.
10/06/2026
Al-Fatihah & Salam Takziah
Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Mohamed Ridzuan bin Haji Jalaludeen, penerimarawatan dialisis di Pusat Dialisis MAIS Shah Alam yang telah kembali ke rahmatullah pada 9 Jun 2026.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi ujian ini.
10/06/2026
📢 AWARENESS BADRI BIL. 06/2026
TUNTUTAN PALSU BUKAN JALAN PINTAS, INTEGRITI ADALAH KEUTAMAAN
⚠️ APA ITU TUNTUTAN PALSU?
Mengemukakan tuntutan yang tidak benar, mengelirukan atau tidak disokong oleh dokumen yang sah. Contoh:
❌ Resit palsu atau diubah suai
❌ Tuntutan bagi perbelanjaan yang tidak dibuat
❌ Tuntutan berganda
❌ Maklumat tuntutan yang tidak tepat
✅ SETIAP TUNTUTAN PERLU
✔️ JUJUR – Berkata benar dan bertindak benar
✔️ TELUS – Lengkap dengan dokumen sokongan yang sah
✔️ PATUH – Mematuhi polisi dan peraturan yang ditetapkan
🚫 TOLAK TUNTUTAN PALSU
Tuntutan palsu adalah salah laku serius yang boleh menyebabkan:
⚠️ Tindakan Tatatertib
⚠️ Tindakan Perundangan
⚠️ Kehilangan Kepercayaan dan Reputasi
NTEGRITI DIJAGA, ORGANISASI CEMERLANG "Setiap tuntutan perlu jujur, telus dan mematuhi peraturan."
Bahagian Audit Dalam, Risiko dan Integriti (BADRI) Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE)