08/05/2026
WAKAF PEMBAIKAN DAN PENAIKTARAFAN PENUTUP LONGKANG SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7, SHAH ALAM
Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
‼️‼️Masa semakin suntuk! Hanya berbaki 4 hari lagi untuk menyokong kempen kutipan dana wakaf.
Jangan lepaskan peluang terakhir ini untuk menyumbang dan membantu kami mencapai sasaran. Sokongan anda amat kami hargai.
Jom bersama PIBG SK Seksyen 7, Shah Alam membaikpulih penutup longkang sekolah yang sudah rosak. Penutup longkang yang telah rosak boleh membahayakan keselamatan murid-murid yang melalui kawasan tersebut.
🎯Sasaran Dana: RM10,000.00
Jumlah kutipan terkini sehingga 8 Mei 2026
💰RM6,291.00
Baki dana yang diperlukan :-
💵RM3,679.00
✨ Kempen 1 Murid 1 Wakaf
Kami juga berbesar hati agar setiap ibu bapa atau murid dapat bersama-sama menyumbang, sekurang-kurangnya RM10 bagi seorang murid.
Sumbangan kecil ini amat besar maknanya dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak di sekolah.
Sumbang Sekarang di Aplikasi HerePay:
🔗 https://app.herepay.org/pibgsks7/infaqpenutuplongkangsks7-2026
Sumbangan anda akan merealisasikan kemudahan ini untuk manfaat anak-anak kita dan warga SKS7. Jadilah sebahagian daripada penyumbang.
Terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan Y.Bhg Dato/Datin/Tuan/Puan 🌹🌹🌹Sekian.
MIRALIZA BINTI MOHD IDRIS
YDP PIBG, SK SEKSYEN 7
04/05/2026
WAKAF PEMBAIKAN DAN PENAIKTARAFAN PENUTUP LONGKANG SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7, SHAH ALAM
Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
💪🏻Jom bersama PIBG SK Seksyen 7, Shah Alam membaikpulih penutup longkang sekolah yang sudah rosak. Penutup longkang yang telah rosak boleh membahayakan keselamatan murid-murid yang melalui kawasan tersebut.
🎯Sasaran Dana: RM10,000.00
💡Tujuan: Menggantikan penutup longkang yang telah rosak dan hilang.
🩷Sumbangan anda adalah Sedekah Jariah yang berterusan pahalanya mengalir ibarat telaga zam zam yang tidak pernah kering.
Sumbang Sekarang di Aplikasi HerePay:
🔗 https://app.herepay.org/pibgsks7/infaqpenutuplongkangsks7-2026
Mari kita tutup bersama agar tiada kaki kecil tersadung dan tiada warga sekolah yang terjatuh.
Terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan Tuan/Puan 🌹🌹🌹Sekian.
Terima kasih.
MIRALIZA BINTI MOHD IDRIS
YDP PIBG, SK SEKSYEN 7
24/04/2026
SIARAN LANSUNG KEMUNCAK KEJOHANAN BALAPAN & PADANG SK SEKSYEN 7 KALI KE-21 TAHUN 2026
https://www.youtube.com/live/r9rMP9uknt0?si=TcfTI-BxjrmF353Z
20/04/2026
SARINGAN MINDA SIHAT TELAH BERMULA !!✨🧠
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🌹
Per : Pelaksanaan Saringan Minda Sihat Peringkat Sekolah sesi 2026🧠✨
Merujuk perkara di atas, Unit Bimbingan dan Kaunseling sedang menjalankan saringan Minda Sihat pada minggu ini bagi semua murid Tahun 6.
Saringan akan dijalankan secara dalam talian melalui laman web yang telah di sediakan.
Oleh yang demikian, diminta murid-murid *membawa salinan nombor mykid (dicatat)* dan di bawa ke sekolah.
Hal ini bagi memudahkan urusan akses masuk ke laman web yang disediakan menggunakan nombor mykid masing-masing atas tujuan rekod simpanan saringan.
📌 Penggiliran kelas akan dijalankan bagi saringan ini.
📌 Pastikan nombor mykid yang di catat adalah betul bagi memastikan proses saringan berjalan dengan lancar.
Segala kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan terima kasih. 😊
_Unit Bimbingan dan Kaunseling SKS7_
11/03/2026
Pada 9 Mac 2026, telah berlangsungnya Majlis Perasmian Jom Datang Sekolah "Saya Hadir, Saya Hebat!".
📍Objektif program ini adalah bagi meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah pada setiap hari dan mewujudkan budaya s**a datang ke sekolah melalui suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
📍Program ini akan dijalankan sepanjang tahun daripada bulan Januari sehingga November 2026. Sebagai penghargaan kepada murid yang hadir penuh pada setiap bulan, Unit Bimbingan dan Kaunseling berbesar hati memberi sijil penghargaan kepada murid tersebut secara bulanan. 🤩
📍Sebagai penghargaan berpenggal p**a, murid yang hadir penuh selama 6 bulan iaitu daripada Januari sehingga Jun 2026 atau sekurang-kurangnya hanya 3 hari sahaja tidak dapat hadir ke sekolah akan diberikan Sijil Penghargaan dan juga Voucher Kedai Buku🎉🔖
📍Akhir sekali pada hujung tahun akan dinobatkan murid yang hadir penuh sepanjang tahun atau pun ketidak hadiran yang paling minima dengan Anugerah Ikon Kehadiran Cemerlang 2026. Murid akan diberikan piala, sijil penghargaan dan juga wang tunai sebagai hadiah. 🏆💰🌟
Semoga dengan pelancaran majlis ini, murid-murid permata SKS7 akan lebih semangat dan berdisiplin untuk hadir ke sekolah pada setiap hari!
11/03/2026
Barisan Kepimpinan Pemimpin Muda SK Seksyen 7, Shah Alam sesi 2026 ⭐✨
11/03/2026
Pada 9 Februari 2026, sebuah Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda telah diadakan di Dataran Warisan SK Seksyen 7, dengan penuh gilang-gemilang. Tujuan majlis ini dianjurkan adalah untuk memberi pengiktirafan dan melantik secara rasmi murid-murid yang telah dipilih sebagai barisan kepimpinan sekolah bagi sesi 2026. Penyerahan watikah pelantikan telah diberikan kepada :
✨ Pengawas Sekolah
✨ Pengawas Pusat Sumber
✨ Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
✨ Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)
✨ Ketua-Ketua Kelas
⭐Tahniah diucapkan kepada semua barisan kepimpinan yang telah dilantik sebagai Pemimpin Muda SK Seksyen 7 bagi sesi 2026.
📍Semoga amanah yang diberikan ini dapat dipikul dengan penuh tanggungjawab, disiplin dan dedikasi dalam membantu pihak sekolah serta menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan yang lain.
“Pemimpin yang baik bukan sekadar memimpin, tetapi memberi inspirasi kepada yang lain.”
27/01/2026
Unit Bimbingan dan Kaunseling SKS7 telah menganjurkan Program Amalan Sekolah Penyayang sebagai usaha mewujudkan persekitaran sekolah yang mesra, harmoni dan penuh kasih sayang.
Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan antaranya mengalu-alukan kehadiran murid, program mentor-mentee, sambutan hari lahir murid serta memupuk budaya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.
Diharapkan melalui program ini, murid berasa dihargai, disayangi dan selesa berada di sekolah, seterusnya hadir ke sekolah dengan perasaan gembira dan bermotivasi 🌈
Terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah memberi kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.
💙