22/07/2026
KEM PEMIMPIN MUDA 2026
π
Tarikh: 11β12 Julai 2026
π Tempat: Asli Adventure Camp, Sungai Lepoh, Hulu Langat, Selangor
Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda (2) telah berjaya menganjurkan Kem Pemimpin Muda 2026 pada 11 hingga 12 Julai 2026 bertempat di Asli Adventure Camp, Sungai Lepoh, Hulu Langat, Selangor.
Program ini bertujuan untuk membentuk dan memperkasa kepimpinan dalam kalangan pemimpin muda sekolah melalui penerapan nilai-nilai murni, semangat kerjasama, disiplin, komunikasi berkesan serta pembinaan jati diri.
Sepanjang dua hari program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan, termasuk aktiviti berkumpulan, latihan kepimpinan, pembinaan sahsiah serta aktiviti luar yang menguji ketahanan fizikal dan mental.
Pengalaman ini diharapkan dapat meningkatkan keyakinan diri, memupuk semangat berpasukan dan melahirkan pemimpin yang bertanggungjawab serta berintegriti.
Di samping itu, program ini turut menjadi platform jaringan dan kolaborasi apabila pihak sekolah berpeluang menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan pihak Asli Adventure Camp. Jaringan ini membuka ruang kepada perkongsian kepakaran, pengalaman dan kerjasama strategik dalam penganjuran program pembangunan sahsiah serta kepimpinan murid pada masa akan datang.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai positif yang diperoleh sepanjang kem ini menjadi bekalan berharga kepada para peserta dalam melaksanakan amanah sebagai pemimpin murid serta menjadi contoh teladan kepada seluruh warga sekolah.
"Pemimpin Berwibawa, Aspirasi Sekolah Cemerlang."
β€οΈ