Heart4u Yuuki Global

Heart4u Yuuki Global

Share

Perintis Landskap Dunia Penyiaran Islamik ke arah menginovasikan Islam sebagai "Way of Life".

19/04/2022

1 Hari 1 Nota (17 Ramadhan 1443H)

KHATAM AL-QURAN

Syekh Al Utsaimin rahimahullah pernah ditanya, "Apakah diwajibkan bagi orang yang berpuasa untuk mengkhatamkan Al-Quran di bulan Ramadhan?"

Beliau menjawab, "Mengkhatamkan Al-Quran di bulan Ramadhan bukan perkara wajib. Akan tetapi, selayaknya seseorang memperbanyak membaca Al-Quran di bulan Ramadhan, sebagaimana hal tersebut merupakan sunnah Rasulullah SAW. Dahulu baginda mengulang kembali bacaan Al-Qurannya bersama malaikat Jibril di bulan Ramadhan."

(Majmu Fatawa Ibnu Utsaimin, 20/516)

18/04/2022

Salam Nuzul Al-Quran 1441H

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah
(Surah Al-Baqarah : 185)

Tanggal 17 Ramadhan pada tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad SAW, telah turun wahyu pertama yang menjadi bukti kerasulan Baginda.

Al-Quran Al-Adzhim bukan sahaja diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW sebagai mukjizat terbesar Baginda, bahkan mengandungi panduan hidup yang merangkumi bidang politik, sosial, ekonomi, pendidikan dan lain-lain untuk kegunaan umat manusia di sepanjang zaman.

Justeru sebagai umat Islam, amatlah penting untuk kita menjadikan Al-Quran sebagai perlembagaan tertinggi dalam mengharungi kehidupan kita.

Heart Department Yuuki Global ingin mengajak seluruh umat Islam di Malaysia khususnya untuk mengenang Hari Nuzul Quran yang jatuh pada 17 Ramadhan setiap tahun dengan mengambil iktibar dari peristiwa penurunan wahyu pertama kepada Rasulullah SAW ini.

Marilah kita merebut kesempatan yang ada dalam bulan Ramadhan semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini dengan menyuburkan dan memperhebatkan lagi penghayatan kita terhadap kitab Allah SWT.

Anjurkan aktiviti bertadarus bersama ahli keluarga bagi menghidupkan sunnah Rasulullah SAW yang memperbanyakkan membaca Al-Quran di bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain.

Semoga kita semua layak mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak. Amin.

18/04/2022

1 Hari 1 Nota (16 Ramadhan 1443H)

SAHUR ITU BARAKAH

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ فَلَا تَدَعُوهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ

Daripada Abi Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda: "Makan sahur itu barakah, maka janganlah kalian tinggalkan meskipun salah seorang dari kalian hanya minum seteguk air, kerana sesungguhnya Allah 'azza wajalla dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang makan sahur."
(HR Ahmad No: 10664, Status: Hadis Hasan)

17/04/2022

Hari ini 105 tahun yang lalu, bermulanya Pertempuran Gaza kedua.
Gaza menjadi benteng pertahanan utama Uthmaniyah 🇹🇷 di selatan Palestin daripada kuasa Bersekutu yang dikepalai British semasa Perang Dunia I, yang melancarkan percubaan pertama untuk menembus Gaza pada 26 Mac 1917 namun gagal.
Bagaimanapun Komander British di wilayah itu, Archibald Murray memberikan gambaran situasi yang salah kepada London. Ketika jumlah kematian tentera British pada angka 4,000 nyawa, beliau melaporkan angka korban Uthmaniyah lebih tinggi walhal hanya 2,400.
Dek salah maklumat itu, Pejabat Perang British menganggap mereka hampir berjaya membolos Gaza, maka diarahkan Murray untuk menyusun semula barisannya & melancarkan gelombang kedua serangan, kali ini Baitulmaqdis sebagai sasaran utama.
Tersentak dengan serangan pertama, tetapi tidak buat kali kedua. Pertahanan Uthmaniyah di Gaza dapat membaca strategi British itu & memperkukuh serta memperluas barisan mereka di bawah pimpinan General Jerman, Kress von Kessenstein.
Dengan kekuatan 18,000 anggota iaitu 2 kali ganda kekuatan Uthmaniyah, British mula menyerang pada 17 April 1917 dalam 3 divisyen infantri dibantu 8 kereta kebal Mark I & 4,000 bom gas. 3 hari bertempur, namun British sekali lagi menemui kegagalan.
British menanggung padah terbesar, 6,444 tentera mereka maut sementara Uthmaniyah hanya hilang 1/3 daripada angka itu. Dengan kekalahan itu, British memanggil pulang Murray ke London & mempersiapkan semula barisan dengan memanggil sekutu mereka.
Di bawah pimpinan komander baharu, Edmund Allenby, angkatan British yang diperkuat dengan tentera Perancis & Itali melancarkan serangan ke-3 yang akhirnya menyaksikan Gaza tumbang & jatuh ke penguasaan mereka pada November tahun itu.
Ia membolehkan angkatan Bersekutu meneruskan kemaraan ke Baitulmaqdis lalu menawan kota suci itu pada 9 Disember 1917.
*Gambar memaparkan barisan kor mesingan Uthmaniyah mempertahankan Gaza pada 1917.
Sumber: FirstWorldWar, History

17/04/2022

1 Hari 1 Nota (15 Ramadhan 1443H)

BOLEH KE MAKAN UBAT LEWATKAN HAIDH?

Soalan: Bolehkah bagi seseorang wanita memakan ubat untuk melewatkan haidh pada bulan Ramadhan?

Jawapan: Ulama telah bersepakat mengatakan bahawa wanita-wanita yang berhaid tidak wajib berpuasa pada bulan Ramadhan, tetapi wajib mengqadha’kannya pada hari yang lain.

Namun, sekiranya wanita itu hendak memakan ubat untuk melewatkan haidh agar ia tidak datang di dalam bulan Ramadhan, hukumnya tidak mengapa dengan syarat ubat itu tidak memudharatkan dirinya. Mereka boleh meminta nasihat pakar, atau nasihat doktor mengenai kegunaan ubat itu.

[Ruj: FAQ Ramadhan MUIS]

17/04/2022

1 Hari 1 Nota (14 Ramadhan 1443H)

ISLAM SAMPAI DI YAMAN

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad SAW mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat baginda untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke 10 Hijrah.

15/04/2022

1 Hari 1 Nota (13 Ramadhan 1443H)

DOA BERBUKA PUASA MENGIKUT SUNNAH

Daripada Ibn Umar RA berkata, bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka, Baginda SAW membaca (doa):

ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
Maksudnya: “Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala insyaAllah”.
[Riwayat Abu Daud No.2357]

15/04/2022

1 Hari 1 Nota (12 Ramadhan 1443H)

KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA

Selepas umat Islam membebaskan kota Makkah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke 9 Hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung besar al ‘Uzza di Nakhla.

Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

15/04/2022

1 Hari 1 Nota (11 Ramadhan 1443H)

AL-QURAN SEBAGAI PETUNJUK MANUSIA

Firman Allah SWT di dalam Surah al-Baqarah ayat 185 :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

Maksudnya :“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”.

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa al-Quran itu sebagai petunjuk yang memandu manusia kepada hala tuju yang jelas dan nyata.

15/04/2022

1 Hari 1 Nota (10 Ramadhan 1443H)

Tip sihat: Puasa memanjangkan umur

Kajian daripada seorang pemenang Hadiah Nobel pada tahun 2016, Profesor Yoshinori Ohsumi daripada Jepun menunjukkan berpuasa mencetus badan untuk menghapuskan sel-sel badan yang rosak, dan memperbaharui sel, proses yang dipanggil autophagy. Melalui kajian autophagy, Profesor Ohsumi berjaya mengesan gen yang mengawal proses ‘memakan diri sendiri’ ini yang berlaku apabila berpuasa. Proses ini penting untuk mencegah penyakit yang berkaitan dengan penuaan dan memanjangkan umur.

Nota: InsyaAllah pastinya dengan izin Allah yang akan memberikan rezeki umur yang panjang kepada kita.

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Yuuki Global Sdn Bhd No 8-A, Tingkat 1, Jalan Keluli AJ 7/AJ, Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7
Shah Alam
40000