Arabic Debate and Public Speaking Club UITM - ADEPSC

Arabic Debate and Public Speaking Club UITM - ADEPSC

Share

Official Page of Arabic Debate and Public Speaking Club UITM (ADEPSC)

Photos from Arabic Debate and Public Speaking Club UITM - ADEPSC's post 10/04/2019

JELAJAH PERSAHABATAN ADEPSC (PENGHARGAAN)

Terima kasih diucapkan buat semua peserta yang menyertai Jelajah Persahabatan ADEPSC. Kegigihan anda sangatlah dihargai kerana Jelajah ini memerlukan komitmen peserta sama ada dari aspek wang, masa dan tenaga.

Jelajah kali ini bertempat di Bangi, dengan penginapan berhampiran Kompleks PKNS, Taman Tasik Cempaka, McDonald 24hrs dan Bangi Sentral bagi memudahkan akses peserta ke sana sini.

Tahniah juga diucapkan kepada Qamar Ajwad yang mendapat anugerah pendebat terbaik sepanjang jaulah (yang dinilai melalui perlawanan akhir), diikuti oleh saudari Aqilah dan Maryam yang mendapat markah seri. Tidak dilupakan kepada saudara Sharifuddin yang bersemangat dan berkomitmen tinggi, bahkan bersama-sama Ajwad pernah p**ang dari latihan debat jam 5 pagi. Saudara Mueed,Adib dan saudari Fadilah selaku pendebat kali pertama juga menunjukkan perkembangan yang sangat baik dalam masa dua hari.

Turut dihargai adalah peserta dari pasukan kajian seperti Anwar dan Raja yang turut memberikan komitmen yang sama dalam membantu para pendebat. Juga penghargaan buat peserta yang terdiri dari pasukan pengurusan dan pelapis, iaitu Ummi, Zaakirah dan Aminah.

Terima kasih juga buat pasukan AJK iaitu saudara Hannan selaku presiden kelab debat, saudari Aisyah Zakirah selaku lajnah media kelab, saudari Sakinah dan Sofiah selaku AJK program secara impromptu, serta saudara Azizul Hakim yakni alumni APB (arab) yang menjadi wakil hakim dari UiTM untuk kedua-dua hari jaulah.

Terima kasih juga kepada pihak KUIS dan SMKA Putrajaya yang membantu untuk menjayakan program jelajah ini serta penglibatan para hakim dari alumni serta pelajar pendebat bahasa arab UIAM dan USIM. Tidak dilupakan kepada penasihat kami Ustaz Lutfi Hassan yang memberi sokongan penuh serta menaja sedikit sebanyak program kami ini.

Saya berharap program Jelajah Persahabatan Debat Arab ADEPSC 2019 memberi manfaat kepada semua yang terlibat dan dapat diadakan lagi pada tahun hadapan.

Yang menjalankan amanah,
AINUL FARIHAH BINTI AZIZI
Pengarah Jelajah Persahabatan
Debat Arab ADEPSC 2019

Photos from Arabic Debate and Public Speaking Club UITM - ADEPSC's post 10/04/2019

JELAJAH PERSAHABATAN ADEPSC (DAY 2)

Pada hari kedua Jelajah, pasukan UiTM berlawan p**a dengan pasukan pelajar sekolah SMKA Putrajaya yang rata-ratanya pelajar tingkatan dua. Perlawanan ini diadili oleh hakim-hakim yang merupakan pendebat-pendebat USIM termasuk yang merupakan juara debat di Qatar Debate bulan lepas.

Perlawanan kedua p**a merupakan perlawanan persahabatan antara dua pasukan UiTM sendiri sebagai penutup jelajah yang menyaksikan perlawanan hangat serta penambahbaikan dalam setiap pendebat.

Berbeza dengan hari pertama, komentar dari hakim² USIM banyak menekankan tentang aspek bahasa dan teknik membawa fakta dalam perdebatan secara praktikal.

Apa pun, misi hari kedua ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama yang diberikan oleh Ustaz Abdul Rashid Zainal selaku jurulatih pasukan SMAPUTRA. Kami dari pihak ADEPSC mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian menerima pihak kami serta memberikan layanan yang memuaskan.

Photos from Arabic Debate and Public Speaking Club UITM - ADEPSC's post 09/04/2019

MALAM JELAJAH PERSAHABATAN ADEPSC!

Pada malam hari, sekitar penginapan peserta di Hotel Arina Seksyen 9, peserta dibahagi kepada dua pasukan, iaitu pasukan pendebat dan pasukan pengurusan dan kajian.

Pasukan pendebat menjalani post-mortem mengenai perlawanan hari pertama di KUIS memandangkan ada dalam kalangan mereka adalah pendebat kali pertama dan akan menyertai perdebatan di Mahrajan UPM pada 20 April nanti.

Seterusnya, mereka mengadakan latihan persiapan terakhir untuk perlawanan seterusnya pada esok hari yang akan bertempat di SMKA Putrajaya hingga lebih tengah malam.

Pasukan pengurusan dan kajian p**a diberi tugas untuk membuat sedikit kajian dan penulisan tentang isu semasa seperti Statute Rome, Protokol Kyoto dan UEC. Peserta semester 1 p**a dikehendaki menerangkan isu tersebut dalam bahasa arab pada keesokan paginya.

Apa pun, kami ingin memberi review yang baik tentang penginapan kami iaitu Arina Hotel yang diuruskan bawah syarikat Oyo!

Photos from Arabic Debate and Public Speaking Club UITM - ADEPSC's post 09/04/2019

JELAJAH PERSAHABATAN DEBAT ARAB ADEPSC (DAY 1)

Pada hari pertama jelajah, kami dijemput oleh tuan rumah KUIS untuk perlawanan timbal balik sesudah perlawanan persahabatan di UiTM tempoh hari, kali ini 2 pasukan UiTM berlawan dengan 2 pasukan KUIS.

Apa pun jurulatih pasukan KUIS, Ustaz Hadi menjadikan perlawanan tersebut lebih menarik seakan-akan perlawanan debat sebenar dengan adanya sistem tabs, 2 qa'ah dan juri2 khas yang majoritinya alumni debat arab IIUM.

Melalui komentar juri pada hari pertama ini, peserta banyak ditekankan melalui kepentingan memahami usul, penekanan isi yang relevant dan cara menjadi lebih kritis dalam menganalisa perdebatan.

Kami, ADEPSC mengucapkan jutaan terima kasih kepada Nadi Lughah KUIS atas jemputan dan layanan yang baik serta melengkapkan agenda Jelajah kami!

02/04/2019

ADEPSC BERJELAJAH!

Hujung minggu ini p**a, ahli ADEPSC akan berkelana dan "berkampung" di Bandar Baru Bangi dalam program Jelajah Persahabatan Debat Bahasa Arab siri pertama (2019)

Pada hari Sabtu, ADEPSC akan berhadapan dengan perlawanan persahabatan timbal balik dengan pasukan KUIS (di KUIS) serta perlawanan persahabatan bersama pasukan SMA MAIWP. Pada hari Ahad, ADEPSC akan berhadapan p**a dengan pasukan SMKA Putrajaya.

Program ini bertujuan untuk mendedahkan ahli ADEPSC kepada suasana perdebatan yang sebenar serta sebagai medium untuk para pendebat 'first-timer' untuk cuba berdebat di lapangan sebenar.

Semoga urusan pasukan ADEPSC UITM dipermudahkan!

29/03/2019

Hujung minggu ini, ahli ADEPSC akan "berkampung" di Akademi Pengajian Bahasa UITM untuk memantapkan kemahiran berdebat!

Photos from Arabic Debate and Public Speaking Club UITM - ADEPSC's post 21/03/2019

SOROTAN PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARA KUIS DAN UITM SEMALAM.

Perlawanan semalam dimulakan pada jam 8.15 pm berakhir pada jam 9.30 pm, diadili oleh Ustaz Hadi, pensyarah bahasa arab dan jurulatih debat KUIS, bersama Dr Azim, pensyarah bahasa arab Akademi Pengajian Bahasa UiTM.

Perlawanan persahabatan ini dihadiri oleh kira-kira 50 pelajar dan bertujuan untuk menunjukkan kepada pelajar-pelajar terutamanya ahli kelab debat (ADEPSC) cara berdebat secara praktikal.

Walau bagaimanapun, perlawanan persahabatan timbal balik akan diadakan di KUIS pada 6 April p**a, dalam siri Jelajah Persahabatan ADEPSC 2019 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Kami pihak ADEPSC mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung ❤

20/03/2019

It's tonight!

We'll have our guests comes all the way from Bangi!

Do come and watch our friendly debate tonight since you can witness the actual arabic debate atmosphere.

The motion for tonight's debate is "Woman Are Facing Discrimination" (taken from IIUM International Arabic Debate Open 2018 list of motions).

المرأة تعاني من التمييز ضدها

Stay tuned!

P/s : sadly, we have no translator tonight, so if you don't understand, just follow the mass crowd. If they laugh, then you must laugh too!

09/03/2019

ADEPSC MEREKRUT!

Kami mencari bakat-bakat terpendam dan terserlah untuk menyertai keluarga kami! Tidak kiralah sama ada anda berminat atau mahir dalam bidang perdebatan, pengurusan dan kajian, kami hanya memerlukan "passion" yang melangit dan komitmen yang membumi dari anda. Selebihnya kita boleh belajar sama-sama dari bawah.

Jika anda mempunyai kenalan di sekitar UiTM Shah Alam (kalau ada bekas pendebat bahasa arab dari zaman sekolah dan kini belajar UITM lain), hubungi kami okey!!

Sekiranya anda pelajar UiTM Shah Alam, redah sahaja ke bangunan Kenanga 4 (bersebelahan Fakulti Undang-undang, berhadapan Kolej Perindu) pada setiap Isnin petang (waktu tetap perjumpaan untuk semester ini).

TULARKAN! TAG RAKAN-RAKAN YANG BERMINAT!

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


UiTM Shah Alam
Shah Alam
40450