10/04/2019
JELAJAH PERSAHABATAN ADEPSC (PENGHARGAAN)
Terima kasih diucapkan buat semua peserta yang menyertai Jelajah Persahabatan ADEPSC. Kegigihan anda sangatlah dihargai kerana Jelajah ini memerlukan komitmen peserta sama ada dari aspek wang, masa dan tenaga.
Jelajah kali ini bertempat di Bangi, dengan penginapan berhampiran Kompleks PKNS, Taman Tasik Cempaka, McDonald 24hrs dan Bangi Sentral bagi memudahkan akses peserta ke sana sini.
Tahniah juga diucapkan kepada Qamar Ajwad yang mendapat anugerah pendebat terbaik sepanjang jaulah (yang dinilai melalui perlawanan akhir), diikuti oleh saudari Aqilah dan Maryam yang mendapat markah seri. Tidak dilupakan kepada saudara Sharifuddin yang bersemangat dan berkomitmen tinggi, bahkan bersama-sama Ajwad pernah p**ang dari latihan debat jam 5 pagi. Saudara Mueed,Adib dan saudari Fadilah selaku pendebat kali pertama juga menunjukkan perkembangan yang sangat baik dalam masa dua hari.
Turut dihargai adalah peserta dari pasukan kajian seperti Anwar dan Raja yang turut memberikan komitmen yang sama dalam membantu para pendebat. Juga penghargaan buat peserta yang terdiri dari pasukan pengurusan dan pelapis, iaitu Ummi, Zaakirah dan Aminah.
Terima kasih juga buat pasukan AJK iaitu saudara Hannan selaku presiden kelab debat, saudari Aisyah Zakirah selaku lajnah media kelab, saudari Sakinah dan Sofiah selaku AJK program secara impromptu, serta saudara Azizul Hakim yakni alumni APB (arab) yang menjadi wakil hakim dari UiTM untuk kedua-dua hari jaulah.
Terima kasih juga kepada pihak KUIS dan SMKA Putrajaya yang membantu untuk menjayakan program jelajah ini serta penglibatan para hakim dari alumni serta pelajar pendebat bahasa arab UIAM dan USIM. Tidak dilupakan kepada penasihat kami Ustaz Lutfi Hassan yang memberi sokongan penuh serta menaja sedikit sebanyak program kami ini.
Saya berharap program Jelajah Persahabatan Debat Arab ADEPSC 2019 memberi manfaat kepada semua yang terlibat dan dapat diadakan lagi pada tahun hadapan.
Yang menjalankan amanah,
AINUL FARIHAH BINTI AZIZI
Pengarah Jelajah Persahabatan
Debat Arab ADEPSC 2019