10/06/2026
Seluruh warga Jabatan Penyelidikan & Inovasi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Azlan Abdul Samat atas komitmen dan sumbangan yang berdedikasi yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan & Inovasi, Jabatan Pendidikan Tinggi.
Terima kasih atas segala perkhidmatan dan dedikasi yang ditunjukkan. Selamat maju jaya!
09/06/2026
Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI), UiTM berbesar hati mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada tiga (3) orang staf baharu.
- Encik Muhammad Asymawi Mohammad Rani, Pembantu Tadbir, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)
- Cik Nazarul Wirda Baharuddin, Pegawai Eksekutif, Business Innovation & Technology Commercialization Centre (BITCOM)
- Cik Nur Aqilah Azman, Pembantu Tadbir, Institut Seni Kreatif Nusantara (INSAN)
Semoga kehadiran mereka akan menyuntik semangat baharu serta menyumbang kepada kelancaran dan kecemerlangan Jabatan Penyelidikan & Inovasi, UiTM.
Selamat menjalankan tugas!
09/06/2026
Making History at ETHICATHON26! π
We are thrilled to share the highlights from ETHICATHON26, held on 4-5 June 2026 at the Institute of Leadership and Development (ILD), Enstek. Organized by the UiTM Research Ethics Committee (REC) and the Department of Research and Innovation (JPI) in collaboration with ILD, this first-of-its-kind program brought a fresh, competitive edge to research ethics. The goal was to promote critical analysis and understanding of research ethics within the complex UiTM ecosystem.
We extend our sincere appreciation to all 70 enthusiastic participants representing 36 PTJs from across Malaysia directly from the Faculty and Branch Research Committees, as well as the Ethics Review Committees. Throughout the competition, they tackled 25 Single Best Answer Questions (SBAQs) and 20 complex case-based scenarios, earning points for their accuracy and comprehensive understanding. PTJs were evaluated not only on their performance during the event but also on their ongoing commitment to the overall ethics ecosystem. This included the number of associate members within each PTJ, attendance rates at the recent Research Ethics Symposium, participation as associate member facilitators, and active representation at ETHICATHON26.
The pinnacle of the event was undoubtedly the Grand Debate, where the top four PTJs advanced to tackle highly relevant topics surrounding participant honorariums, technology, and work productivity. The Faculty of Medicine was represented by Assoc. Prof. Dr. Aimi Nadia Mohd Yusof and Assoc. Prof. Dr. Chen Xin Wee, while the UiTM Kelantan Branch was represented by Assoc. Prof. Dr. Suryani Awang and Dr. Norzieha Mustapha. The Faculty of Pharmacy was represented by Assoc. Prof. Dr. Mohd Shahezwan Abd Wahab and Assoc. Prof. Dr. John Shia Kwong Siew, while the Faculty of Business & Management was represented by Dr. Mohd Mohadzlishah Mazli and Assoc. Prof. Dr. NoorβAin Mohamad Yunus.
The grand finalists eventually battled it out in a debate on Fundamental versus Practical Research. The momentum in the room was incredibly high, with online viewership reaching an amazing 1,400 live views during the broadcast. The final debate scores were determined by a collaborative vote, with 50% coming from our esteemed main judges, Prof. Datoβ Dr. Abu Bakar Abdul Majeed, Prof. Dr. Yarina Ahmad, and Prof. Dr. Tengku Shahrul Anuar Tengku Ahmad Basri. The remaining half of the marks came from the audience, with 30% from the live YouTube viewers and 20% from the physical attendees.
It is with great pleasure and immense pride that we announce the Faculty of Pharmacy, brilliantly represented by Assoc. Prof. Dr. Shahezwan and Assoc. Prof. Dr. John, emerged as the grand champion of ETHICATHON26! π₯³π
A heartfelt thank you to everyone who participated, watched, and supported ETHICATHON26. Together, we are shaping the future of research ethics and fostering a culture of ethical excellence in research.
07/06/2026
National Cancer Survivors Day 2026
7 June 2026
"A Celebration of Life"
Today, we celebrate the incredible strength, courage, and resilience of cancer survivors everywhere.
Every survivor's journey is a powerful reminder that hope can shine through even the most difficult times. Your determination inspires us, your courage uplifts us, and your story reminds us to cherish every moment of life.
To all cancer survivors, know that you are loved, valued, and never alone. We celebrate your victories, honour your journey, and stand with you today and always.
Let us continue to spread kindness, support one another, and celebrate the gift of life.
π A celebration of strength.
π A celebration of hope.
π A celebration of life.
05/06/2026
π Selamat Hari Alam Sekitar Sedunia 2026
5 Jun 2026 | Tema: Climate Action
Tahun demi tahun, Bumi terus memberi isyarat tentang perubahan yang sedang berlaku. Cuaca yang semakin tidak menentu, suhu dunia yang meningkat dan perubahan iklim yang semakin ketara membuktikan bahawa isu ini bukan lagi cerita tentang masa depan, tetapi realiti yang sedang kita hadapi bersama hari ini.
Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini, marilah kita sama-sama mengambil tindakan kecil yang membawa makna besar. Daripada gaya hidup yang lebih lestari hinggalah kepada idea dan inovasi yang memberi manfaat kepada alam, setiap usaha mampu mencorakkan masa depan bumi untuk generasi akan datang.
Kerana perubahan tidak bermula dengan langkah yang besar, tetapi dengan kesedaran untuk bertindak dari sekarang. π±
03/06/2026
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera semua,
JEMPUTAN MENONTON SESI DEBAT ETHICATHON 2026
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Etika Penyelidikan (JEP) dengan kerjasama Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) dan Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM ingin menjemput warga UiTM yang berkelapangan menonton Sesi Debat ETHICATHON 2026 yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 4 Jun 2026 (Khamis)
Masa: 2.00 petang β 5.00 petang
Platform: Siaran Langsung YouTube JPI
Sesi debat ini dianjurkan bagi:
β’ Mengiktiraf PTJ yang telah memberikan komitmen dan menyertai program-program REC UiTM.
β’ Menguji serta menghargai kepakaran dan pengalaman tokoh-tokoh utama PTJ UiTM dalam bidang etika penyelidikan.
β’ Mentransformasikan sesi latihan yang lazimnya bersifat formal kepada suatu pertandingan yang kolaboratif, menyeronokkan dan interaktif.
Menariknya, para penonton turut berpeluang untuk mengambil bahagian secara aktif dengan memberikan pemarkahan dan penilaian terhadap pasukan yang berdebat, sekali gus menjadikan sesi ini lebih interaktif dan memberi ruang kepada warga UiTM untuk menyumbang pandangan mereka mengenai isu-isu etika penyelidikan yang dibincangkan.
Untuk makluman, jam latihan turut disediakan kepada Warga UiTM yang mengikuti sesi ini.
Semoga penyertaan dan sokongan daripada warga UiTM dapat memeriahkan program ini serta memperkukuhkan budaya etika penyelidikan dalam kalangan warga universiti.
03/06/2026
LATIHAN JPI SIRI 3 TAHUN 2026
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi telah menganjurkan Latihan JPI Siri 3/2026 bertajuk Pengurusan E-mel, Storan dan Google Workspace pada 19 Mei 2026 di Makmal Komputer 2, PTAR 1, UiTM Shah Alam dengan penyertaan seramai 43 orang warga JPI.
Latihan yang dikendalikan oleh wakil Jabatan Digital UiTM iaitu Puan Norelissuryani Mokhtar, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan dan Encik Muhammad Haffizzae Ghazali, Ketua Unit ICT, JPI ini memberi pendedahan berkaitan garis panduan e-mel rasmi UiTM, pengoptimuman storan, penggunaan Google Calendar serta pengurusan task secara lebih sistematik bagi meningkatkan kecekapan tugasan harian dan pembudayaan penggunaan platform digital dalam kalangan warga JPI.
01/06/2026
Selamat Hari Gawai 2026 | 1 Jun 2026
Gayu Guru Gerai Nyamai πΎ
Semoga Hari Gawai kali ini disambut dengan penuh kegembiraan, kemeriahan dan kebersamaan bersama keluarga serta insan tersayang.
Raikan keindahan kepelbagaian, semarakkan silaturahim dan terus melangkah bersama menuju kejayaan.