Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah

Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) Malaysia merupakan sebahagian dari rangkaian Tahfiz Sulaimaniyyah
(9)

๐Ÿ•Œ๐Ÿ’ซ Jemputan Seminar Khas Keluarga Besar MTS Malaysia 2026 ๐ŸŒน๐Ÿ•ŒTerbuka kepada Ikhwan, Akhwat, Muhibbin, Muhibbat, Alumni se...
24/04/2026

๐Ÿ•Œ๐Ÿ’ซ Jemputan Seminar Khas Keluarga Besar MTS Malaysia 2026 ๐ŸŒน๐Ÿ•Œ
Terbuka kepada Ikhwan, Akhwat, Muhibbin, Muhibbat, Alumni serta Keluarga Besar MTS Malaysia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dengan takzimnya, kami dari Bahagian Dakwah MTS Malaysia Semenanjung ingin menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk menyertai satu program istimewa yang menyatukan hati dalam mahabbah, menyuburkan kembali kefahaman adab-adab Islam, Ruh Tarbiyah serta komitmen kita kepada MTS:

*๐ŸŽ“ SEMINAR KHAS KELUARGA BESAR MTS MALAYSIA 2026*

*๐Ÿ“ Zon & Lokasi Program:*
๐Ÿ•Œ *TENGAH & SELATAN* โ€“ MTS Shah Alam HQ
๐Ÿ•Œ *UTARA* โ€“ MTS Alor Setar, Kedah
๐Ÿ•Œ *PANTAI TIMUR* โ€“ MTS Tanjung Chat, Kelantan

*๐Ÿ“†Tarikh* : Sabtu, 25 April 2026
*๐Ÿ•˜ Masa:*
9.00 pagi โ€“ 1 petang

*๐Ÿฝ๏ธ Sarapan pagi dan makan tengah hari disediakan*
*๐Ÿ˜๏ธ Ibubapa yang hadir seminar dibenarkan untuk membawa pelajar balik dari outing selewat-lewatnya pukul 9 malam*

๐ŸŒฟ Terdapat pelbagai tajuk menarik yang dapat menambah kefahaman kita terhadap nilai-nilai Islam serta memperkuat mahabbah kita dalam bersama-sama berhizmet di MTS.

*โœ… Sila Sahkan kehadiran anda melalui Google Form berikut:*
https://forms.gle/Hh6w96qSyJVxYpSCA

*๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:*
Abi Rahmat โ€“ Bahagian Dakwah MTS Semenanjung
๐Ÿ“ฒ 011-11 3131 04

๐ŸŒ™ Ayuh, kita sama-sama hadir dan hayati mutiara ilmu ini. Moga Allah SWT menjadikan setiap langkah kita sebagai asbab keampunan serta keberkatan untuk diri kita dan keluarga.

*Dengan penuh kasih dan keikhlasan,*
Bahagian Dakwah
Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Malaysia (Semenanjung)

๐ŸŒฟ SALAM JUMAAT YANG MUBARAK ๐ŸŒฟAlhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi dengan hari Jumaat, penghulu segala hari yang ...
17/04/2026

๐ŸŒฟ SALAM JUMAAT YANG MUBARAK ๐ŸŒฟ
Alhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi dengan hari Jumaat, penghulu segala hari yang melimpah ruah dengan rahmat dan keampunan.
Ya Allah Ya Mujib, perkenankanlah doa-doa kami di hari yang mulia ini. Ampunilah segala khilaf kami, lapangkanlah dada kami dalam menempuh ujian, dan permudahkanlah setiap urusan kami. Jadikanlah hati kami dan keluarga kami sentiasa mencintai dan beramal dengan Al-Quranul Karim. Kurniakanlah kami rezeki yang berkat serta kesihatan yang berpanjangan agar kami dapat terus berbakti ke jalan-Mu. Amin Ya Rabbal Alamin. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

*๐Ÿ“PENYERTAAN IBADAH QURBAN DAN WAKAF MTS BANGI MASIH DIBUKA*

๐Ÿ”—Link Penyertaan Qurban
Ezy.la/qurbanmts

๐Ÿ”—Link Wakaf MTS Bangi
Ezy.la/wakafmtsbangi

๐ŸŒ™๐Ÿ•Œ Jemputan Surah Yasin Syarif & Tazkirah Online Mingguan: โ€œTaklimat Khas Hari Raya Pengetua MTS Malaysia Semenanjungโ€™โ€™๐Ÿ•Œ...
10/04/2026

๐ŸŒ™๐Ÿ•Œ Jemputan Surah Yasin Syarif & Tazkirah Online Mingguan: โ€œTaklimat Khas Hari Raya Pengetua MTS Malaysia Semenanjungโ€™โ€™๐Ÿ•Œ

Jemputan Terbuka untuk keluarga besar MTS Malaysia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dengan penuh adab dan kasih dalam ukhuwah FILLAH, kami menjemput seluruh keluarga besar MTS Malaysia untuk menyertai satu Majlis Bacaan Surah Yasin Syarif & Majlis Ilmu mingguan secara dalam talian, khusus untuk menyuburkan kembali kefahaman adab-adab Islam, Ruh Tarbiyah serta komitmen kita kepada MTS:

๐Ÿ“† Jumaat 10 April 2026 (Setiap Hari Jumaat)
๐Ÿ•˜ Jam 8:45 malam (Dimulakan dengan bacaan Yasin Syarif Bersama)

๐Ÿ’ป Platform: https://us02web.zoom.us/j/85243770578?pwd=VERsSnEwK2NyOXR3UDZPZjRVSUNQQT09

๐ŸŽ™๏ธ Penceramah: Abi Selman ร‡akฤฑr - Pengetua MTS Malaysia Semenanjung.

๐Ÿ“– Tajuk Tazkirah: โ€œTaklimat Khas Hari Rayaโ€

๐ŸŒผ Satu ruang untuk kita menyucikan hati dan diri, serta mendalami ilmu-ilmu yang diajarkan kepada anak-anak kita di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah.

๐Ÿ“Œ Beberapa perkara penting:
๐Ÿ”ธ Sila hadir ke dalam Zoom 15 minit lebih awal
๐Ÿ”ธ Mic dan kamera wajib ditutup sepanjang majlis
๐Ÿ”ธ Gunakan nama dengan format:
Asrama_Nama (Contoh: MTS Shah Alam_Hj Fauzi)

๐Ÿ“ž Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
๐Ÿ“ฒ Abi Rahmat โ€“ Bahagian Dakwah MTS
๐Ÿ“ž 011-11 3131 04

๐ŸŒ™ Ayuh, kita sama-sama hadir dan hayati mutiara ilmu ini. Moga Allah SWT menjadikan setiap langkah kita sebagai asbab keberkatan dan keampunan.

Dengan penuh hormat dan kasih,
Bahagian Dakwah
Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Semenanjung

๐Ÿ•Œ SALAM SAYYIDUL AYYAM: JUMAAT YANG PENUH BARAKAH ๐Ÿ•ŒAlhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesemp...
10/04/2026

๐Ÿ•Œ SALAM SAYYIDUL AYYAM: JUMAAT YANG PENUH BARAKAH ๐Ÿ•Œ

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan untuk bernafas dan menghirup udara pagi di penghulu segala hari ini.

Ya Allah, di hari Jumaat yang mulia ini, kami memohon agar Engkau ampunilah dosa-dosa kami, murahkanlah rezeki kami, dan kurniakanlah kami kesihatan yang berpanjangan.

Jadikanlah hati kami sentiasa terpaut untuk membaca Al-Quranul Karim dan melazimi amal soleh, serta permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Alang-alang kita berada di hari yang berkat ini, kami juga ingin memanjangkan peluang pahala buat semua.

PENYERTAAN IBADAH QURBAN BERSAMA HUFFAZ MASIH DIBUKA! Bagi tuan/puan yang berniat untuk melaksanakan ibadah qurban pada tahun ini, penyertaan bersama kami masih menanti anda. Pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut:
๐Ÿ„ Lembu: RM850 / bahagian
๐Ÿ Kambing Luar Negara: RM500 / ekor

Tuan/puan yang berhajat boleh terus menyalurkan bayaran ke akaun rasmi yayasan:
๐Ÿฆ BANK: MAYBANK
๐Ÿข NAMA: PEMEGANG AMANAH YAYASAN MAAHAD TAHFIZ SULAIMANIYYAH BERDAFTAR
๐Ÿ’ณ NO. AKAUN: 562106978370

Sebarang pertanyaan, pendaftaran, atau penyerahan resit transaksi boleh terus hubungi nombor di bawah:
๐Ÿ“ฒ Abi Rahmat: 011-1131 3104

Semoga ibadah qurban yang bakal dilaksanakan kelak diterima sebagai amalan terbaik di sisi-Nya. Jazakumullah Khairan Kathira atas segala sokongan tuan/puan! ๐ŸŒฟ

Assalamuโ€™alaikum wbt dan Salam Penghulu Segala Hari, Jumaat yang barakah Tuan/Puan yang dirahmati Allah.Ya Allah, berkat...
09/04/2026

Assalamuโ€™alaikum wbt dan Salam Penghulu Segala Hari, Jumaat yang barakah Tuan/Puan yang dirahmati Allah.

Ya Allah, berkatilah hari Jumaat kami ini. Jadikanlah amalan kami sepanjang bulan Ramadan Karim yang lalu sebagai pemangkin untuk kami terus istiqamah beramal soleh. Janganlah Engkau biarkan semangat bersedekah kami pudar, sebaliknya suburkanlah momentum kebaikan itu di dalam hati kami agar terus mekar berbakti kepada agama-Mu. Aamiin Ya Rabbal Alamin. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Alhamdulillah, seiring dengan semangat keistiqamahan ini, kami ingin berkongsi khabar gembira mengenai perkembangan sumbangan Tuan/Puan:

Laporan Terkini Pembinaan MTS Bangi (Jumaat) ๐Ÿ—๏ธ

๐Ÿ”น Progress Fizikal Bangunan:
Syukur Alhamdulillah, kerja-kerja pemasangan batu bata di tingkat bawah (Ground Floor) telah pun BERJAYA disiapkan! Kini, para pekerja sedang giat memulakan fasa seterusnya iaitu pemasangan batu bata di Tingkat 1.

๐Ÿ”น Progress Kutipan Panel Bumbung:
Kita sudah di fasa akhir untuk bumbung! Kini kita hanya memerlukan 225 LOT SAHAJA LAGI (bersamaan RM33,750) daripada keseluruhan 1,392 lot panel bumbung.
(Nilai Tajaan Bumbung: Hanya RM150 untuk 1 Lot)

Tuan/Puan, sedikit sahaja lagi panel bumbung yang diperlukan untuk melengkapkan bangunan ini. Jangan lewatkan kesempatan keemasan di hari Jumaat yang mulia ini. Bayangkan bumbung ini nanti akan menaungi generasi anak-anak tahfiz yang menghafal ayat-ayat suci Al-Quranul Karim setiap hari. Selagi ia berteduh, selagi itulah pahalanya mengalir buat Tuan/Puan!

Rebut baki lot yang tinggal dan salurkan wakaf Jumaat Tuan/Puan melalui pautan pantas di bawah:
๐Ÿ‘‰ ezy.la/wakafmtsbangi

Atau melalui pindahan wang terus ke akaun rasmi yayasan:
๐Ÿฆ BANK: MAYBANK
๐Ÿ‘ค NAMA:* PEMEGANG AMANAH YAYASAN MAAHAD TAHFIZ SULAIMANIYYAH BERDAFTAR
๐Ÿ’ณ *NO. AKAUN 5621 0697 8370

Sebarang pertanyaan atau resit pelepasan cukai, boleh terus hubungi pengurusan yayasan:
๐Ÿ“ฑ Ustaz Rahmat:* 011-1131 3104

Semoga Allah permudahkan segala urusan Tuan/Puan dan membalas setiap ringgit yang diinfaqkan dengan rezeki yang berlipat ganda.

21/03/2026

Ucapan Khas Hari Raya Aidilfitri 1447H ๐ŸŒ™๐Ÿ•Œ

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd. ๐Ÿ•‹

Kepada seluruh dermawan yang budimanโ€”para penginfaq, pewakaf, dan muzakki Yayasan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah yang sentiasa di bawah rahmat Allah SWT. ๐Ÿคฒ

Tatkala gema takbir bersahut-sahutan menandakan kemenangan, kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan zahir dan batin atas segala kekhilafan. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga. ๐Ÿค๐ŸŒท

Bersama ucapan ini, kami sertakan sorotan kenangan dan Recap Program Ihya Ramadan Karim Yayasan MTS bagi tahun 1447H. ๐ŸŽž๏ธ

Alhamdulillah, berkat keikhlasan dan sokongan padu daripada anda semua, kempen kita pada tahun ini telah berjaya mengukir lebih 3,000 senyuman di wajah para asnaf, anak-anak yatim, serta barisan huffaz Al-Quranul Karim. ๐Ÿ“–โค๏ธ

Daripada kemeriahan majlis iftar ๐Ÿฝ๏ธ, agihan bubur lambuk ๐Ÿฅฃ, serahan bakul kasih ๐Ÿ“ฆ, sehinggalah kepada pemberian baju ๐Ÿ‘• dan duit raya โœ‰๏ธโ€”semuanya adalah hasil jariah tuan puan yang tidak putus-putus. Tuan puan tidak hanya menyumbang harta, tetapi telah menyalurkan sinar kebahagiaan yang cukup besar maknanya buat mereka yang memerlukan. ๐ŸŒŸ

Kami menadah tangan mendoakan yang terbaik buat tuan puan. ๐Ÿคฒ Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah dan infaq kita sepanjang bulan Ramadan Karim yang lalu. Semoga setiap sumbangan itu dihitung sebagai amal jariah yang memberatkan timbangan Mizan โš–๏ธ, menjadi asbab rezeki yang melimpah ruah ๐ŸŒง๏ธ, serta mengundang keberkatan berpanjangan dalam kehidupan keluarga tuan puan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Terima kasih kerana sentiasa menjadi tulang belakang kepada kelangsungan dakwah dan pendidikan anak-anak di sini. ๐Ÿ•Œ๐Ÿ’ช
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. ๐ŸŒ™๐Ÿ’š

Tulus ikhlas,
Abi Rahmat โœ๏ธ
Yayasan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah ๐Ÿซ

Raya Ditangguhkan Ke Sabtu? Sedih? Jangan! Ini Sebenarnya Hadiah Terakhir Allah Untuk Kita Di Ramadan! ๐ŸŽ๐ŸŒ™Mungkin ramai y...
19/03/2026

Raya Ditangguhkan Ke Sabtu? Sedih? Jangan! Ini Sebenarnya Hadiah Terakhir Allah Untuk Kita Di Ramadan! ๐ŸŽ๐ŸŒ™

Mungkin ramai yang merasa sedikit sebak dan kecewa apabila pengumuman tarikh Hari Raya ditangguhkan. Persiapan sudah siap, hati sudah berbunga, namun rancangan Allah SWT sentiasa yang terbaik.

Di sebalik rasa sayu itu, marilah kita bersyukur. Allah SWT hadiakan kita satu lagi tambahan hari untuk beribadah! Lebih istimewa, hari tambahan ini jatuh pada penghulu segala hari, iaitu hari Jumaat yang penuh kemuliaan.

Kita tak pasti, adakah kita masih ada umur untuk menemuinya semula pada tahun hadapan? Entah-entah, inilah Ramadan Karim kita yang terakhir.

Justeru, jom kita manfaatkan sepenuhnya detik-detik terakhir di bulan Ramadan Karim ini untuk memaksimumkan pahala.
PROJEK FASA BUMBUNG MTS BANGI MASIH DITERUSKAN! ๐Ÿ—๏ธ

Bumbung inilah yang akan melindungi anak-anak tahfiz daripada panas dan hujan sepanjang mereka menghafaz Al-Quranul Karim. Selagi bumbung ini berdiri, selagi itulah pahala akan terus mengalir untuk Tuan/Puan.
๐Ÿ”ธ Keseluruhan Keperluan: RM208,800 (1,392 lot)
๐Ÿ”ธ Nilai 1 Lot Bumbung: RM150 sahaja
๐Ÿ”ธ Baki Mendesak Diperlukan: RM118,800 (Hanya tinggal 792 lot sahaja!)

Rebutlah peluang keemasan ini. Niatkan sumbangan ini sebagai saham akhirat untuk diri sendiri, buat kedua ibu bapa, ataupun arwah insan-insan yang tersayang.

โฐ URGENSI TINGGI: DETIK-DETIK AKHIR RAMADAN! โณ
Andai terlepas peluang beramal pada hari terakhir Ramadan Karim ini, belum tentu kita akan mendapat ganjaran yang sama di bulan-bulan yang lain.

Jom salurkan lot bumbung Tuan/Puan sekarang melalui pautan ini:
๐Ÿ‘‰ Klik pautan di Bio kami atau layari: ezy.la/wakafmtsbangi
Atau pindahan terus ke akaun rasmi yayasan:
๐Ÿฆ MAYBANK: 5621 0697 8370
๐Ÿ‘ค NAMA: PEMEGANG AMANAH YAYASAN MAAHAD TAHFIZ SULAIMANIYYAH BERDAFTAR

Untuk sebarang soalan lanjut atau pengeluaran resit pelepasan cukai LHDN, sila hubungi wakil kami:
๐Ÿ“ฑ Ustaz Rahmat: 011-11313104

Semoga sedekah di hari terakhir Ramadan Karim ini menjadi asbab kita semua mendapat keampunan dan dikurniakan syurga Firdaus. Aamiin Ya Rabbal Alamin. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

19/03/2026

โณ Ramadan Karim Semakin Berlabuh: Mari Gandakan Pahala Zakat Anda! ๐ŸŒ™
Sedar tidak sedar, madrasah Ramadan Karim yang penuh barakah ini semakin melabuhkan tirainya.

Mari kita rebut peluang keemasan di malam-malam terakhir ini untuk menyelesaikan kewajipan zakat (pendapatan/harta). Semoga ia menjadi asbab kita meraih pahala berlipat ganda dan menemui malam Lailatul Qadar! ๐Ÿคฒ

Tahukah anda? Hasil sokongan zakat orang ramai melalui Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS), banyak kejayaan telah dilakar:
โœ… 2 cawangan baharu dibuka tahun ini (Alor Setar & Sabak Bernam) (setakat ini ada 24 cawangan MTS di seluruh Malaysia)๐Ÿ“
โœ… Lebih 60 pelajar huffaz dihantar sambung pengajian ke Turkiye awal Januari lepas (biasiswa penuh 3 tahun) ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ท
โœ… Lebih 600 huffaz telah berjaya menamatkan hafazan Al-Quranul Karim melalui MTS ๐Ÿ“–

Semua ini dapat direalisasikan berkat sokongan zakat para muzakki yang dermawan. ๐ŸŒฟ

Kami di Bahagian Zakat Yayasan MTS berbesar hati mengalu-alukan dan sedia membantu anda untuk menguruskan zakat pada tahun ini.

๐Ÿงพ CARA BAYARAN ZAKAT:

1๏ธโƒฃ ONLINE ๐ŸŒ
Klik pautan di Bio kami atau layari: ezy.la/zakatmts

2๏ธโƒฃ MANUAL TRANSFER / BANK IN ๐Ÿฆ
Bank: Maybank Islamic
Nama Akaun: Lembaga Zakat Selangor
Nombor Akaun: 5505 1139 0293

๐Ÿ“ฒ Untuk sebarang soalan, bantuan kiraan zakat, atau urusan resit tolakan cukai, boleh terus DM kami atau hubungi:
Ustaz Rahmat: 011-1131 3104 (Link WhatsApp di Bio)

Semoga Allah SWT menerima amalan kita dan menjadikan ia wasilah syafaat di akhirat kelak. ๐Ÿค

๐Ÿšจ ALLAHUAKBAR! 2,611 KHATAM AL-QURANUL KARIM TELAH DISEMPURNAKAN DI SELURUH CAWANGAN MTS MALAYSIA!๐ŸšจAssalamualaikum Wbt,A...
16/03/2026

๐Ÿšจ ALLAHUAKBAR! 2,611 KHATAM AL-QURANUL KARIM TELAH DISEMPURNAKAN DI SELURUH CAWANGAN MTS MALAYSIA!๐Ÿšจ

Assalamualaikum Wbt,

Alhamdulillah, berkat kesungguhan para huffaz, sebanyak 2,611 bacaan Khatam Al-Quranul Karim telah berjaya diselesaikan

Hari ini, bersempena dengan keberkatan Malam 27 Ramadhan Karim 1447H, doa dan pahala daripada bacaan ini akan kita niatkan serta hadiahkan khas kepada senarai nama-nama arwah yang telah diberikan dan diamanahkan kepada pihak kami.

Tuan/Puan dengan penuh hormatnya *dijemput hadir* untuk bersama-sama mengaminkan doa dalam *Majlis Khatam Al-Quranul Karim Perdana* yang akan berlangsung pada malam ini.

Bagi tuan/puan yang masih ingin berinfaq dan menyertakan senarai nama arwah ahli keluarga tercinta untuk diniatkan dalam doa majlis tersebut, pendaftaran masih dibuka!

๐Ÿ“ฒ *Sila daftar dan berinfaq melalui pautan ini sekarang:*
ezy.la/khatamperdanamts

Atau salurkan terus infaq anda ke akaun rasmi:
๐Ÿฆ *MAYBANK*
๐Ÿ‘ค *PEMEGANG AMANAH YAYASAN MAAHAD TAHFIZ SULAIMANIYYAH BERDAFTAR*
๐Ÿ”ข *562106978370*
*(Mohon letakkan rujukan: Khatam Perdana)*

๐Ÿ’ป *BAGAIMANA UNTUK SERTAI MAJLIS INI?*
๐Ÿ“… Tarikh : 16 Mac 2026
๐Ÿ“Œ Tempat : MTS Alor Setar & Zoom Meeting
โฐ Masa : 18.30 - 19.15

*๐Ÿ“ŒUntuk menyertai majlis ini secara atas talian :*
https://telkomsel.zoom.us/j/95490161007?pwd=0t37Mw61ouWvtCudsO0yqvvdYvJYni.1

Jom raih kesempatan terhad ini! Jangan lepaskan peluang keemasan untuk beramal jariah di penghujung bulan mulia ini.

๐Ÿ“ž Sebarang soalan, sila hubungi Divisyen Dakwah:
011-11313104 (Ustaz Rahmat)
www.wasap.my/601111313104/KhatamPerdanaMTS

Mohon bantu sebarkan kebaikan ini. Jazakumullah Khairan Kathira.

๐Ÿ•Œ Kempen 1 Hari 1 Bata: Rebut Pahala 1000 Bulan Di 10 Malam Terakhir Ramadan Karim!๐ŸŒ™Assalamuโ€™alaikum wbt. Tuan/Puan yang...
14/03/2026

๐Ÿ•Œ Kempen 1 Hari 1 Bata: Rebut Pahala 1000 Bulan Di 10 Malam Terakhir Ramadan Karim!๐ŸŒ™

Assalamuโ€™alaikum wbt. Tuan/Puan yang dirahmati Allah SWT,

Malam Lailatul Qadar adalah malam yang sangat dinantikan, malam yang nilainya lebih baik daripada 1000 bulan. Adakah kita sudah cukup bersedia dengan amal jariah terbaik kita di fasa 10 malam terakhir ini?

Pihak Yayasan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) berbesar hati menjemput Tuan/Puan untuk menyertai kempen wakaf โ€œ1 Hari 1 Bataโ€ bagi pembinaan cawangan baharu MTS di Bangi.

Bayangkan nilai infaq sebiji bata yang Tuan/Puan niatkan pada fasa terakhir ini digandakan pahalanya oleh Allah SWT:
๐Ÿงฑ Infaq RM10 Sehariโž” Bersamaan nilai infaq *RM300,000 Sehari*.
๐Ÿงฑ Infaq *RM50 Sehari* โž” Bersamaan nilai infaq *RM1,500,000 Sehari*.
๐Ÿงฑ Infaq *RM100 Sehari* โž” Bersamaan nilai infaq *RM3,000,000 Sehari*.

Sumbangan bata ini bukan sekadar binaan fizikal, malah ia adalah pelaburan akhirat yang akan menjadi tempat berteduh dan ruang belajar bagi anak-anak yang menghafaz ayat-ayat suci Al-Quranul Karim. Selagi bangunan ini berdiri dan digunakan untuk tujuan agama, selagi itulah pahala akan terus mengalir tanpa henti.

Ayuh, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk membina โ€œrumahโ€ Tuan/Puan di syurga kelak.

Salurkan infaq โ€œ1 Hari 1 Bataโ€ Tuan/Puan dengan pantas dan mudah melalui pautan di bawah:
๐Ÿ‘‰ ezy.la/wakafmtsbangi

Atau melalui pindahan wang terus ke akaun rasmi yayasan:
๐Ÿฆ MAYBANK: 5621 0697 8370
๐Ÿ‘ค NAMA: Pemegang Amanah Yayasan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Berdaftar

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, Tuan/Puan dialu-alukan untuk menghubungi talian berikut:
๐Ÿ“ฑ Ustaz Rahmat: +60 1111 3131 04

Semoga amalan sedekah Tuan/Puan pada malam-malam penuh berkat ini diterima Allah SWT, menjadi asbab kita semua dipertemukan dengan kemuliaan Lailatul Qadar, dan dikurniakan syurga tertinggi. Aamiin Ya Rabbal Alamin. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Address

10, Jalan Oniks Satu 7/11a, Seksyen 7
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+60162502546

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah:

Shortcuts

Share