12/03/2024
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Ada banyak cara untuk mendapat berkah yang diterangkan dalam Al-Quran dan Sunnah. Antaranya
1) Ber'amal dengan Al-Quran (sama ada dihafaz, dibaca, diulang, dikaji dan lain-lain)
(وهذا كتاب أنزلناه مبارك مصدق الذي بين يديه)
"Dan inilah kitab Al-Quran yang Kami turunkan (dan kitab itu) diberkahi, membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya" ( Surah Al-An'aam:92)
2) Takwa dan iman
(ولو أن أهل القرى آمنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض)
" Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi"( Surah Al-A'raf: 96)
3) Lailatul Qadar
(إنا أنزلناه في ليلة مباركة إنا كنا منذرين)
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran itu pada suatu malam yang diberkahi(lailatulqadar)"
(Surah Ad-Dukhan: 3)
4) Bersyukur
(ولئن شكرتم لأزيدنكم)
"Jika kamu bersyukur aku benar-benar akan menambahkannya" (Surah Ibrahim: 7)
5) Bersedekah
(مثل الذين ينفقون أموالهم في سبيل الله كمثل حبة أنبتت سبع سنابل في كل سنبلة مائة حبة والله يضاعف لمن يشاء والله واسع عليم)
"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji, Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui"
6) Berpagi-pagi bangun (tidak tidur selepas Subuh dan bangun awal pagi)
"اللهم بارك امتي في بكورها"
Sabda Nabi: "Ya Allah, berkatkanlah umatku yang berpagi-pagi"
7) Berkahwin
(وأنكحوا الأيامى منكم والصالحين من عبادكم وإمائكم إن يكونوا فقراء يغنهم الله من فضله والله واسع عليم)
" Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahaya yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui"
Semoga Allah kurniakan keberkatanNya pads kita sekeluarga.
Barakallahufikum
Salam Jumaat Penuh Barakah . Aamiin Allahumma Aamiin 💖