21/08/2022
Para Graduan Konvokesyen Sidang Ke-94 yang dihormati,
Tahniah kami ucapkan kepada para graduan Konvokesyen Sidang Ke-94!
Saudara/saudari adalah dinasihatkan supaya pastikan tiada rekod bil tertunggak sebelum pengambilan jubah dibuat.
Sebarang pertanyaan berkenaan bil tertunggak/yuran pelajar, boleh diutarakan kepada pegawai bertugas Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar melalui QR code Bendahari Konvokesyen UiTM seperti pada infografik yang dilampirkan.
Bersama-sama pemakluman ini juga dilampirkan Panduan Pembayaran Bil Dalam Talian, untuk rujukan saudara/saudari.
Sekian, terima kasih.
10/08/2022
Detik yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Debaran kian dirasai bagi kesemua bakal bergelar graduan UiTM.
Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-94 akan berlangsung daripada 10 - 29 September 2022.
Anda boleh menyemak sesi konvokesyen masing-masing melalui pautan, UiTM Graduate Quick Search, https://simsweb.uitm.edu.my/sportal_app/graduat/.
Berikut adalah pemakluman awal kepada tarikh-tarikh penting Konvokesyen UiTM Ke-94:
๐๐ข๐๐ ๐๐ก๐๐ก ๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ฉ๐๐๐ 10 hingga 21 September 2022,
๐๐ข๐๐ ๐๐๐ฐ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐ฐ๐๐ค ๐ฉ๐๐๐ 26 hingga 27 September 2022,
๐๐ข๐๐ ๐๐๐ฐ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐๐๐ก ๐ฉ๐๐๐ 29 September 2022
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Bahagian Rekod Pelajar dan Konvokesyen di https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/konvo94.html
atau di Telegram chat Konvo ke-94 (https://t.me/+SEKht9Va6Ac2Nzll)
Atau menghubungi terus Puan Roza melalui WhatsApp di +603-5544 3114
simsweb.uitm.edu.my
04/06/2022
๐๐ฌ๐ญ๐ข๐๐๐๐ญ ๐๐จ๐ง๐ฏ๐จ๐ค๐๐ฌ๐ฒ๐๐ง ๐๐ข๐๐ ๐ค๐-๐๐ (๐๐จ๐ฏ๐๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐๐) ๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฅ๐๐ง๐ ๐ฌ๐ฎ๐ง๐ ๐๐ ๐ก๐๐ซ๐ข ๐ฅ๐๐ ๐ข
Disertakan maklumat senarai nama, tarikh dan sidang bagi Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 di pautan berikut:
https://bit.ly/3Lrz1bj
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari https://bit.ly/3PWzOEO
KONVO93 (NOVEMBER2020) WEB - 14JUN-6JUL22 - Google Drive
09/08/2021
Waktu Operasi Pejabat Fakulti Perakaunan Semasa Tempoh Fasa 1, PPN
Untuk makluman YBhg Datin/Prof./Tuan/Puan waktu operasi pejabat bagi Fakulti Perakaunan di Kampus Puncak Alam dan Shah Alam sepanjang tempoh Fasa 1, PPN adalah mengikut giliran yang telah dipersetujui.
Kampus Puncak Alam:
Isnin - Pejabat RICAEN
Selasa & Khamis - Pejabat HEA
Rabu & Jumaat - Pejabat Pentadbiran
Kampus Shah Alam
Isnin, Rabu dan Jumaat
Waktu Operasi - 8:00 pagi - 12:00 tgh (4 jam sehari)
JIka ada pertanyaan, sila hubungi no. telefon seperti pautan berikut: https://accountancy.uitm.edu.my/index.php/en/academic-office
Sekian untuk makluman semua.
Terima kasih.
23/06/2021
Untuk makluman kepada Graduan Sesi Konvo ke-92 dan ke-93
27/05/2021
Assalamulalaikum dan Salam Sejahtera
PEMAKLUMAN PENGOPERASIAN PEJABAT HAL EHWAL AKADEMIK DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 3.0
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Berdasarkan kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan pada 22 Mei 2021 dan keputusan mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Khas pada 24 Mei 2021, Pejabat Bahagian Hal Ehwal Akademik Fakulti Perakaunan akan melaksanakan pengoperasian dengan kehadiran staf Bekerja di Pejabat (BDP) pada tahap 20% sahaja seperti yang telah ditetapkan mulai 25 Mei 2021.
3. Sekiranya para pelajar menghadapi kesukaran menghubungi staf kami, boleh juga hubungi kami melalui e-mel staf berkenaan. Sila lawati laman web kami https://accountancy.uitm.edu.my/index.php/en/corporate/staff-directory/administrative-staff untuk mendapatkan alamat e-mel staf. Para pelajar juga boleh berhubung melalui medium telegram HEA Fakulti seperti pautan berikut https://t.me/joinchat/uuLE47RVIF9kM2Q1
4. Kerjasama semua pihak dalam hal ini amat kami hargai. Bersama-sama kita putuskan rantaian Covid-19. Didoakan moga kesulitan yang dihadapi kini akan segera berakhir.
Sekian, terima kasih.
IQRAโ ACCOUNTANCYโฆLeader in Accounting Education
"PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Noraida binti Mohd Yusof
Penolong Pendaftar Kanan (Akademik)
Fakulti Perakaunan
Universiti Teknologi MARA Selangor
Kampus Puncak Alam
42300 Bandar Puncak Alam
Selangor
Tel : 03-32587303
Fax : 03-32587318
Join group chat on Telegram
24/07/2020
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan, Kelab PEERS UiTM Caw Selangor Kampus Puncak Alam akan mengadakan perkongsian ilmu mengenai Kesihatan Mental kepada para pelajar Universiti Teknologi MARA. Maklumat lanjut seperti berikut:
Penceramah : En. Sulaiman bin Selamat, Ketua Unit Kerjaya dan Kaunseling, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam.
Tarikh : 25 Julai 2020 (Sabtu)
Masa : 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Meeting URL : https://meet.google.com/orr-noad-atp
Pendaftaran : https://forms.gle/QfhRcxqb1mbkEWTF9
Kehadiran akan diambil sewaktu daftar dan untuk check out akan diedarkan selepas tamat ceramah.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Fatin - 01136288468
Shah - 0193068006
17/04/2020
PEMAKLUMAN TERKINI
kepada semua pelajar (kecuali Asasi)
1. Pindaan tarikh-tarikh penting pendaftaran kursus, pembayaran yuran dan Gugur Taraf boleh dicapai dihttps://hea.uitm.edu.my/v3/downloads/calendars/academic/COVID-19%20-%20PINDAAN%20AKTIVITI%20PENDAFTARAN%20KURSUS%20DAN%20YURAN%2020202%20B.pdf
2. Tarikh akhir pembayaran yuran adalah dilanjutkan kepada 30 April 2020.
3. Pelajar boleh membuat permohonan untuk menangguhkan pembayaran yuran dengan majukan permohonan anda kepada Pejabat Akademik di fakulti/kampus masing-masing melalui email sebelum 27 April 2020.
4. Bagi pelajar yang telah mendapat kelulusan untuk menangguhkan pembayaran yuran, pelajar boleh membuat pembayaran sebelum atau pada 21 Jun 2020.
5. Sila layari laman web untuk mendapat maklumat pegawai akademik anda di https://sites.google.com/uitm.edu.my/covid19uitmhea/home
Terima Kasih.
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
17 April 2020
hea.uitm.edu.my
07/04/2020
Assalamualaikum semua pelajar. Apa khabar semua? Mohon bantuan untuk menjawab soal selidik di bawah.
Terima kasih
SOAL SELIDIK KEPUASAN PELAJAR ATAS BANTUAN PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN YANG DITERIMA DARI UiTM KETIKA PENULARAN WABAK COVID-19 DAN TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
Microsoft Forms
21/02/2020
Assalamualaikum. Para pelajar, mohon cakna dengan tarikh-tarikh proses berkaitan pendaftaran kursus pelajar UiTM. Pastikan anda mengambil segala tindakan yang berkaitan.
21/02/2020
Assalamualaikum. Untuk makluman cetakan mini transkrip adalah tidak dibenarkan bermula pada 21 Februari hingga 18 Mac 2020. Mini transkrip hanya boleh dicetak mulai 19 Mac 2020, setelah keputusan Peperiksaan Khas Februari 2020 diumumkan.