04/05/2026
Indahnya Nabi, Hingga Tak Mampu Terlukis Dek Akal
Suasana dalam perhimpunan pagi itu tenang. Sinar matahari pagi masuk di celah tingkap, menyuluh wajah-wajah suci anak-anak yang tekun mendengar.
Selepas selesai menyampaikan pesanan tentang pentingnya menjaga solat, adab dan akhlak, Ustaz Naim baru sahaja ingin menutup bicara. Tiba-tiba, satu tangan kecil di barisan depan terangkat tinggi.
"Ustaz... Akid ada soalan," suaranya kedengaran sangat ingin tahu.
Ustaz Naim tersenyum, "Ya, Akid. Ada apa tu? Bunyinya macam soalan besar."
Satu kelas jadi sunyi. Murid-murid lain mula memandang ke arah Akid.
"Ustaz, kenapa kita tak boleh lukis gambar Nabi Muhammad?"
Soalan itu ringkas, tapi sangat mendalam. Ustaz Naim merendahkan sedikit badannya supaya setaraf dengan ketinggian Akid. Beliau memandang mata anak kecil itu dengan penuh kasih.
"Akid... kawan-kawan semua," Ustaz Naim memulakan jawapan. "Bayangkan kita ada sehelai kertas yang paling putih di dunia. Dan kita ada beribu-ribu warna yang paling cantik di dunia. Tapi, walaupun kita guna semua warna tu, kita tetap takkan mampu nak lukis wajah Nabi. Kenapa? Sebab Nabi Muhammad SAW itu terlalu indah, terlalu mulia, dan terlalu bercahaya untuk ditiru oleh tangan manusia."
Ustaz Naim menyambung lagi dengan nada yang lebih serius namun lembut: "Selain itu, Allah nak jaga iman kita, Akid. Cuba bayangkan kalau ada lukisan wajah Nabi... Lama-lama nanti, ada orang yang mungkin tersalah faham. Mereka mula letak bunga, tunduk hormat, dan akhirnya mungkin menyembah lukisan itu lebih daripada menyembah Allah. Kita tak mahu itu berlaku, kan?" Akid mengangguk faham.
Ustaz Naim kemudian menyentuh isu yang lebih dekat dengan dunia hari ini. "Lagi satu Akid, zaman sekarang ni zaman canggih. Ada teknologi AI. Orang boleh buat gambar dan video yang nampak macam betul-betul manusia hidup. Kalau kita benarkan wajah Nabi dilukis, nanti orang akan gunakan AI untuk buat video yang bukan-bukan tentang Nabi. Kita tak mahu imej Nabi yang suci dipermainkan oleh mesin atau teknologi."
Akid terdiam sejenak, wajahnya nampak berfikir. "Ooo... maksudnya rupa Nabi itu terlalu istimewa sampai tak ada warna yang cukup, dan terlalu suci untuk diganggu oleh komputer ya Ustaz?"
"Tepat sekali, Akid. Hebat jawapan Akid!"
Ustaz Naim kembali berdiri tegak. "Jadi kawan-kawan, kalau kita rindu Nabi, jangan kita cari lukisan wajahnya. Tapi kita amalan sunnah nabi seperti buat baik kepada orang lain. Boleh?"
"BOLEH, USTAZ!" sahut anak-anak itu serentak.
Pagi itu, perhimpunan bersurai bukan sekadar dengan pesanan adab, tapi dengan satu benteng iman yang mula dibina dalam jiwa kecil mereka.
*p/s: daripada kisah sebenar dengan sedikit penambahan sebagai elemen penceritaan
Pendidikan di tadika Al-Firdaus bukan sekadar di dalam buku.
Kami menyantuni setiap persoalan anak-anak dengan hikmah dan logik yang mudah mereka fahami, selari dengan cabaran zaman moden hari ini. β¨
Slot pendaftaran untuk sesi akan datang kini dibuka. Jom bimbing anak-anak kita mengenal agama dengan penuh cinta dan ilmu.
π² Hubungi kami di: wasap.my/601133977706/daftar2027
πLokasi: Jalan Jati, Kampung Melayu Subang