SK Bukit Naga

SK Bukit Naga Sekolah Kebangsaan Bukit Naga ( SeNAGA)

Media sosial rasmi SKBN untuk menyampaikan maklumat dan juga aktiviti yang berlangsung di sekolah.

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas bagi bulan Julai 2026;Tahap 21. 6 Kreatif2. 5 Kreati...
20/08/2026

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas bagi bulan Julai 2026;

Tahap 2
1. 6 Kreatif
2. 5 Kreatif
3. 6 Dedikasi
4. 5 Usaha
5. 4 Efisien

Tahap 1
1. 3 Kreatif
2. ⁠1 Efisien
3. ⁠3 Genius
4. 3 Dedikasi

Prasekolah
1. Pra Mulia
2. Pra Tunas

PPKI
1. 1 PKB Cerdik
2. 4 PKB Amanah

Tahniah buat semua pemenang bagi bulan Julai. Semoga terus bersaing untuk mengekalkan kebersihan dan keceriaan kelas masing masing.


Selamat menjalani Latihan Pusat buat Adelia! 🏐πŸ’ͺ🏻Semoga Adelia sentiasa diberikan kesihatan yang baik, kecergasan yang ma...
20/08/2026

Selamat menjalani Latihan Pusat buat Adelia! 🏐πŸ’ͺ🏻
Semoga Adelia sentiasa diberikan kesihatan yang baik, kecergasan yang maksimum, kekuatan dan semangat yang tinggi sepanjang menjalani latihan. Semoga dipermudahkan setiap urusan dan dijauhkan daripada sebarang kecederaan sepanjang latihan pusat. 🀲🏻✨
Buat yang terbaik, teruskan berjuang dan bawa nama Selangor dengan penuh kebanggaan. β€οΈπŸ’›
Doa dan sokongan daripada:
🌷 Guru Besar
🌷 Barisan Pentadbir
🌷 Cikgu-cikgu Netball
🌷 Team Netball Tahun 4, 5 & 6 πŸ₯°
Good luck, Adelia!
Teruskan melangkah, teruskan percaya pada diri sendiri.
Kami semua sentiasa mendoakan kejayaan Adelia! 🏐❀️


β€οΈπŸ’› TAHNIAH & SYABAS! βš½οΈπŸ†Warga SK Bukit Naga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad Aqeel Rayyan bin Muhd Hu...
20/08/2026

β€οΈπŸ’› TAHNIAH & SYABAS! βš½οΈπŸ†

Warga SK Bukit Naga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad Aqeel Rayyan bin Muhd Humaizi atas kejayaan terpilih mewakili Negeri Selangor ke Kejohanan Bola Sepak MSSM 2026 Kategori Bawah 12 Tahun di Pulau Pinang.

Sesungguhnya kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan buat Aqeel, malah turut mengharumkan nama SK Bukit Naga. Semoga terus berjuang dengan penuh semangat, disiplin dan keyakinan untuk memberikan yang terbaik buat pasukan dan negeri Selangor πŸ’ͺ🏻⚽️

Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada barisan pentadbir SK Bukit Naga atas segala sokongan, kepercayaan dan dorongan yang diberikan kepada pasukan bola sepak sekolah.

Tidak dilupakan jutaan terima kasih kepada Jurulatih Utama Bola Sepak SK Bukit Naga, Cikgu Hanis bin Mohd Mispan dan Pengurus Pasukan Cikgu Nurul Atikah binti Ibrahim atas dedikasi, komitmen, bimbingan dan usaha berterusan dalam membentuk serta membangunkan bakat anak-anak SK Bukit Naga βš½οΈπŸ‘πŸ»

Terima kasih juga kepada semua guru, ibu bapa dan pihak yang sentiasa memberikan sokongan kepada adik Aqeel.

Selamat maju jaya, Aqeel! Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama Selangor serta SK Bukit Naga.

🏐 TAHNIAH & SELAMAT BERJUANG, NUR ADELIA IZARAH! 🏐Sekalung tahniah diucapkan kepada Nur Adelia Izarah atas pemilihan unt...
20/08/2026

🏐 TAHNIAH & SELAMAT BERJUANG, NUR ADELIA IZARAH! 🏐

Sekalung tahniah diucapkan kepada Nur Adelia Izarah atas pemilihan untuk mewakili Negeri Selangor dalam Kejohanan Bola Jaring MSSM 2026 yang akan berlangsung di Melaka pada 28 Ogos hingga 3 September 2026. πŸŽ‰πŸ‘

Tahniah dan penghargaan juga buat Pasukan Bola Jaring SeNAGA atas prestasi yang begitu cemerlang serta komitmen dan usaha yang telah ditunjukkan. πŸ†πŸ’™

Buat Nur Adelia Izarah, teruskan melangkah dengan penuh keyakinan, berikan yang terbaik dan berjuang dengan semangat yang tinggi. πŸ’ͺ🏻πŸ”₯
Semoga dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kejayaan yang cemerlang dan terus mengharumkan nama Selangor serta SeNAGA di persada MSSM.

🌟 Good luck, Adelia! Go SeNAGA! πŸπŸ’™
Kami bangga denganmu! ❀️

🌟 TAHNIAH! 🌟Syabas dan tahniah diucapkan kepadaANNUR FATANAH BINTI MUHAMMAD ISAMUDDINatas kejayaan meraih TEMPAT KETIGAd...
19/08/2026

🌟 TAHNIAH! 🌟

Syabas dan tahniah diucapkan kepada
ANNUR FATANAH BINTI MUHAMMAD ISAMUDDIN
atas kejayaan meraih TEMPAT KETIGA
dalam Acara Seni Khat Kategori Terbuka Rendah
sempena Karnival Mahabbah Pendidikan Khas Daerah Klang 2026.

Pencapaian ini merupakan hasil daripada usaha, kesungguhan, bakat dan semangat yang tinggi dalam memberikan yang terbaik. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk terus berusaha, berkarya serta mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Teruskan melakar kejayaan!
β€œSetiap usaha yang ikhlas pasti membuahkan hasil.
Semoga kejayaan ini menjadi langkah menuju kejayaan yang lebih gemilang.”


PERTANDINGAN GEMA PANTUN WARISAN MADANI SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2026TARIKH: 13-14 OGOS 2026TEMPAT : SK ...
16/08/2026

PERTANDINGAN GEMA PANTUN WARISAN MADANI SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2026
TARIKH: 13-14 OGOS 2026
TEMPAT : SK KANCHONG TENGAH , BANTING , SELANGOR

PENCAPAIAN: KETIGA BERSAMA PERINGKAT NEGERI.
PESERTA PANTUN SENAGA:SRIKANDI WARISAN
1 .NOR DHIA SHABHAH BINTI AHMAD MUKHID( 6 EFISIEN)
2.NURUL HAΓ‘NAN BINTI MAHMUD( 6 EFISIEN)
3.BASHASHA QAISARA BINTI MOHD ANUAR NIZAM(6 EFISIEN)
4.NURUL HUMAIRA' BINTI MAHMUD( 4 EFISIEN)
5.NURUL ADELIA AZ ZAHRA BINTI MOHAMAD YUSRI( 4 USAHA)

PENGURUS PASUKAN/ JURULATIH:
ARIJAN BINTI SALIM
JURULATIH / GURU PENGIRING: SITI NAQIUAH BINTI ABDULLAH
JURULATIH/ GURU PENGIRING: RUZILAWATI BINTI MAMAT
JURULATIH: USTAZ IRFAN BIN ZAIDI

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas kejayaan Pasukan Pantun Srikandi Warisan SKBN yang telah mendapat tempat ketiga bersama dalam pertandingan Gema Pantun Warisan Madani Peringkat Negeri Selangor

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah berjuang dengan penuh dedikasi, kesungguhan dan semangat yang tinggi. Kejayaan ini adalah hasil usaha yang tidak mengenal penat, doa yang tidak pernah putus serta sokongan daripada ibu bapa dan warga SENAGA.

Tahniah Srikandi Warisan SKBN! Teruskan melakar sejarah, mengharumkan nama sekolah, mengangkat warisan bangsa dan menjadi inspirasi buat generasi akan datang.


πŸ“’ *MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA/PENJAGA & MURID SK BUKIT NAGA*Assalamualaikum dan salam sejahtera. *SAMBUTAN 105 TAHUN SK BU...
16/08/2026

πŸ“’ *MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA/PENJAGA & MURID SK BUKIT NAGA*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
*SAMBUTAN 105 TAHUN SK BUKIT NAGA*
β€œAkar Kukuh, Pucuk Menjulang”

Dimaklumkan bahawa semua murid diwajibkan hadir ke sekolah pada hari *Sabtu, 22 Ogos 2026* bagi memeriahkan Sambutan 105 Tahun SK Bukit Naga.

πŸ—“οΈ Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 7.00 pagi – 2.00 petang
πŸ“ Tempat: SK Bukit Naga & Dewan Tulip MBSA

πŸ“Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk murid, antaranya Kayuhan Santai Jalur Gemilang anjuran JPKK (Bukit Naga), Majlis Apresiasi Legasi 105, Program Bacaan, Acara Baca, Tebus dan Menang, ceramah motivasi, pameran, reruai agensi, gerai jualan serta permainan dalaman.

🌟 Kehadiran semua murid amatlah diharapkan bagi bersama-sama memeriahkan sambutan bersejarah ini.

Dijemput ibu bapa/penjaga dan keluarga untuk hadir Dan memeriahkan lagi sambutan 105 Tahun ini. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua ibu bapa/penjaga. πŸ’πŸ’πŸ’

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ KAYUHAN SANTAI β€’ JALUR GEMILANG & SAMBUTAN 105 TAHUN SK BUKIT NAGA βœ¨πŸ‡²πŸ‡ΎJom meriahkan sambutan penuh warna-warni sempe...
16/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ KAYUHAN SANTAI β€’ JALUR GEMILANG & SAMBUTAN 105 TAHUN SK BUKIT NAGA βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ

Jom meriahkan sambutan penuh warna-warni sempena 105 Tahun SK Bukit Naga! πŸŽ‰

πŸ“… 22 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 7.00 pagi – 11.00 malam
πŸ“ Astaka Gemilang SK Bukit Naga & Dewan Tulip MBSA, Kg. Bukit Naga

Pelbagai aktiviti menarik menanti! 🀩
πŸš΄β€β™‚οΈ Kayuhan Santai
πŸ‡²πŸ‡Ύ Jalur Gemilang
πŸŽ† Pertunjukan Bunga Api
🎀 Persembahan Artis Jemputan
πŸ›οΈ Gerai Jualan & Aneka Makanan
πŸ“š Gerakan Membaca
πŸŽ“ Ceramah Motivasi
πŸ† Pelbagai aktiviti dan program menarik

πŸ’™ AYUH KITA SAMA-SAMA MERIAHKAN SAMBUTAN 105 TAHUN SK BUKIT NAGA!

Legasi 105: Akar Kukuh, Pucuk Menjulang. 🌱✨

Jangan lupa sebarkan hebahan ini kepada keluarga, sahabat dan komuniti setempat! β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ








PEMAKLUMANPenyertaan murid PPKI dan Inklusif Penuh di Karnival Mahabbah Pendidikan Khas Daerah Klang 2026 pada 18 & 19.8...
16/08/2026

PEMAKLUMAN

Penyertaan murid PPKI dan Inklusif Penuh di Karnival Mahabbah Pendidikan Khas Daerah Klang 2026 pada 18 & 19.8.2026 bertempat di SMK Taman Klang Utama.

Acara yang disertai :-
- Tilawah Al-Quran
- Hafazan Al-Quran
- Bercerita Kisah Dari Al-Quran
- Seni Khat

SELAMAT MAJU JAYA DAN SEMOGA MEMPEROLEHI KEJAYAAN YANG CEMERLANG



Tajuk program : KEJOHANAN CATUR DUN KOTA KEMUNING 2026 Hari : AHADTarikh : 9 OGOS 2026Tempat : DEWAN MBSA KEMUNING UTAMA...
14/08/2026

Tajuk program : KEJOHANAN CATUR DUN KOTA KEMUNING 2026
Hari : AHAD
Tarikh : 9 OGOS 2026
Tempat : DEWAN MBSA KEMUNING UTAMA
Anjuran : Pejabat DUN Kota Kemuning dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Selangor

Pencapaian/penglibatan
πŸ“
1) AHMAD HAFIDH ANDINI BIN AHMAD ANDIKA (4E)
- ranking individu ke -12 / 162 peserta kategori UNDER 12

TAHNIAH,SEMOGA TERUS CEMERLANG


Address

Kampung Bukit Naga Seksyen 32
Shah Alam
40460

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Bukit Naga posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share