PASTI Al Amin Seksyen 18, Shah Alam

PASTI Al Amin Seksyen 18, Shah Alam

Share

Pasti Al Amin, seksyen 18, TERBAIK !

16/04/2026

Salam daripada anak2 5 ibnu Kathir ✨🫢🏻


15/04/2026

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah.
Selesai sudah Sambutan Hari Raya PASTI Al Amin yang penuh bermakna.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ibu ayah yang tidak pernah jemu menyediakan juadah yang enak serta sumbangan duit raya buat menceriakan anak-anak.

Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki yang luas dan keberkatan buat semua ibu ayah 🀲🏻

Wajah-wajah ceria anak-anak jelas terpancar kegembiraan saat memilih pelbagai juadah mengikut citarasa masing-masing.

Pasti banyak kenangan indah dan cerita menarik yang dibawa pulang untuk dikongsi bersama keluarga tercinta.

PASTI Al Amin β€” terbaik, terbaik, terbaik!


19/03/2026

πŸŒ™βœ¨ SALAM AIDILFITRI βœ¨πŸŒ™
Pihak PASTI Al-Amin ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua ibu bapa, murid-murid serta warga PASTI yang dikasihi.

Semoga Syawal kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita. 🀍
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan sepanjang sesi pembelajaran. Moga segala amalan kita di bulan Ramadan diterima oleh Allah SWT.
πŸ’š Ikhlas daripada:
Guru-guru & anak anak
PASTI Al-Amin

🌸 Hati-hati di jalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi. 🌸

Disclaimer:
Maaf reupload semula.
Sebab ada versi 2.0 lebih cantik ❀️


Photos from PASTI Al Amin Seksyen 18, Shah Alam's post 05/03/2026

✨ MADRASAH RAMADAN CILIK ✨

Alhamdulillah, selesai program Madrasah Ramadan Cilik di PASTI Al Amin πŸŒ™

Anak-anak bersama-sama menghidupkan suasana Ramadan dengan solat, zikir, perkongsian tazkirah ringkas serta aktiviti santai yang menceriakan.

Semoga pengalaman ini menjadi kenangan indah dan permulaan kepada lahirnya generasi anak soleh yang mencintai Ramadan ❀️




✨

Photos from PASTI Al Amin Seksyen 18, Shah Alam's post 05/03/2026

✨ MADRASAH RAMADAN CILIK ✨

Alhamdulillah, selesai program Madrasah Ramadan Cilik di PASTI Al AminπŸŒ™

Melalui program ini, murid-murid berpeluang:
🀲 Belajar solat Dhuha berjemaah
πŸ“Ώ Berzikir bersama-sama
πŸ’¬ Mendengar tazkirah ringkas Ramadan
πŸ– Menjalani aktiviti santai dan ceria

Walaupun kecil, langkah mereka menuju kebaikan sangat besar di sisi Allah πŸ’š
Semoga usaha kecil ini menanam cinta ibadah dalam hati anak-anak sejak usia muda ❀️




30/01/2026

Dalam langkah kecil mereka tersimpan doa yang besar, harapan yang tulus dan kesedaran awal tentang erti kasih sayang, keadilan serta pembelaan terhadap saudara seagama di bumi Al-Quds 🀲🏻


Photos from PASTI Al Amin Seksyen 18, Shah Alam's post 30/01/2026

🌿 SAMBUTAN HARI AL-QUDS PASTI MALAYSIA 🌿

AL-QUDS & GAZA: ASPIRASI KIAN HAMPIR!
Alhamdulillah, hari ini anak-anak PASTI didedahkan dengan nilai kemanusiaan, kasih sayang dan keprihatinan melalui Sambutan Hari Al-Quds.

πŸ“… Khamis | 29 Januari 2026
⏰ 7.30 pagi – 11.30 pagi
Antara aktiviti yang dijalankan:
🎨 Aktiviti Seni & Kraf
πŸ“– Penceritaan Bergambar
🀲 Doa Bersama
πŸ•Œ Solat Hajat
🀝 Permainan Berkumpulan

Semoga usaha kecil ini dapat menanam rasa empati, kesedaran dan doa yang berterusan dalam hati anak-anak kita untuk Al-Quds dan Gaza.
✨ Mendidik dengan kasih, membina generasi berjiwa besar.




16/01/2026

Tajuk: Koordinasi kaki
Alhamdulillah anak anak seronok belajar sambil bermain!


08/09/2025

πŸŒ™βœ¨ MUNAJAT PASTI MALAYSIA βœ¨πŸŒ™
Mari kita satukan hati dan doa demi kejayaan serta keberkatan perjuangan anak-anak PASTI seluruh Malaysia. πŸ’š

πŸ“… Hari: Isnin (Minggu Pertama Setiap Bulan)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 9.00 pagi
πŸ“ Tempat: PASTI masing-masing

πŸ•Œ Pengisian Munajat:
1️⃣ Puasa Sunat
2️⃣ Solat Hajat Berjemaah
3️⃣ Zikir & Doa Munajat
4️⃣ Tazkirah Khas (8 September 2025)

✨ Semoga usaha ini menjadi penyubur iman, penguat semangat dan pemangkin kejayaan ummah. Allahumma ameen. 🀲🏻



28/08/2025

5 Saidina Umar πŸ‡²πŸ‡Ύ



Photos from PASTI Al Amin Seksyen 18, Shah Alam's post 28/08/2025

Alhamdulillah syukur

Perarakan kemerdekaan 2025 berjalan dengan lancar dan cuaca redup seakan meraikan anak-anak PASTI al-Amin ini.

'Malaysia Harmoni, Membina Generasi Rabbani'

Terima kasih ibu ayah dan semua penjaga yang memberikan kerjasama yang sangat baik. Anak-anak membuat perarakan kemerdekaan dengan penuh ceria kerana dapat mengenakan pakaian yang bewarna warni. Semestinya memahat kenangan terindah buat mereka. InshaAllah. πŸ₯°


Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


36, Jalan Ibus 18/40, Seksyen 18
Shah Alam
40200

Opening Hours

Monday 08:00 - 12:30
Tuesday 08:00 - 12:30
Wednesday 08:00 - 12:30
Thursday 08:00 - 12:30
Friday 08:00 - 11:30