Sekolah Rendah Ibn Khaldun

Sekolah Rendah Ibn Khaldun Mendidik dan Berbakti

19/08/2026
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐‰๐ž๐ง๐š๐ณ๐š๐ก ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐‘๐ž๐ง๐๐š๐ก ๐ˆ๐›๐ง ๐Š๐ก๐š๐ฅ๐๐ฎ๐ง.Program Pengurusan Jenazah telah dianjurkan oleh Sekolah Rendah Ib...
20/07/2026

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐‰๐ž๐ง๐š๐ณ๐š๐ก ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐‘๐ž๐ง๐๐š๐ก ๐ˆ๐›๐ง ๐Š๐ก๐š๐ฅ๐๐ฎ๐ง.

Program Pengurusan Jenazah telah dianjurkan oleh Sekolah Rendah Ibn Khaldun sebagai satu inisiatif pendidikan yang bertujuan memberikan pendedahan kepada murid dan warga sekolah mengenai pengurusan jenazah menurut syariat Islam. Program ini bukan sahaja menyampaikan ilmu secara teori, malah turut memberikan pengalaman pembelajaran secara praktikal agar para peserta memahami tanggungjawab fardu kifayah yang perlu dipikul oleh setiap Muslim.

Penganjuran program ini telah mendapat tajaan daripada ๐“๐š๐›๐ฎ๐ง๐  ๐€๐ฆ๐š๐ง๐š๐ก ๐€๐ฆ๐ข๐ฅ ๐™๐š๐ค๐š๐ญ ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐‘๐ž๐ง๐๐š๐ก ๐ˆ๐›๐ง ๐Š๐ก๐š๐ฅ๐๐ฎ๐ง, yang sentiasa komited dalam menyokong pelaksanaan program-program berimpak tinggi ke arah pembinaan insan. Sumbangan yang diberikan mencerminkan keprihatinan tabung tersebut dalam memperkasakan pendidikan Islam serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat.

Melalui program ini, para peserta didedahkan kepada tatacara menguruskan jenazah yang merangkumi proses memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan pengurusan pengebumian mengikut panduan syarak. Di samping meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, program ini turut menyemai nilai tanggungjawab, kasih sayang, keinsafan serta kesedaran tentang hakikat kehidupan dan kematian.

Diharapkan Program Pengurusan Jenazah ini dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dari aspek akademik, malah mempunyai kefahaman agama yang mantap serta bersedia melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat. Semoga usaha murni ini terus mendapat sokongan daripada pelbagai pihak, khususnya ๐“๐š๐›๐ฎ๐ง๐  ๐€๐ฆ๐š๐ง๐š๐ก ๐€๐ฆ๐ข๐ฅ ๐™๐š๐ค๐š๐ญ ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐‘๐ž๐ง๐๐š๐ก ๐ˆ๐›๐ง ๐Š๐ก๐š๐ฅ๐๐ฎ๐ง, demi memperkukuhkan pembinaan insan dalam kalangan ummah yang berilmu, berakhlak dan beramal
Terima kasih kepada Nazir Masjid An Naim atas kesudian untuk berkerjasama dengan Sekolah Rendah Ibn Khaldun dalam berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam Pengurusan Jenazah.

Teruskan menyokong Penolong Amil Zakat Sekolah Ibn Khaldun di zakat.ibnkhaldun.edu.my

๐Ÿ†โœจ Penyampaian Hadiah Pertandingan Keceriaan & Kebersihan Kelas Penggal 1/2026 โœจ๐Ÿ†Alhamdulillah, majlis Penyampaian Hadia...
15/07/2026

๐Ÿ†โœจ Penyampaian Hadiah Pertandingan Keceriaan & Kebersihan Kelas Penggal 1/2026 โœจ๐Ÿ†

Alhamdulillah, majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Keceriaan & Kebersihan Kelas bagi Penggal 1/2026 telah berlangsung dengan jayanya.

Tahniah diucapkan kepada semua kelas yang telah menunjukkan komitmen, kerjasama dan sikap bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan serta keceriaan kelas masing-masing sepanjang penggal ini. Semoga usaha murni ini terus menjadi budaya yang diamalkan oleh seluruh warga sekolah.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit 3K, Hal Ehwal Murid sebagai usaha memupuk nilai cintakan kebersihan, meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap persekitaran, serta mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, selamat dan ceria.

๐Ÿ… Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Cikgu Abdul Halim bin Jayalani sebagai tanda penghargaan atas usaha dan komitmen yang telah ditunjukkan.

Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri."
(Surah Al-Baqarah: 222)

Semoga budaya menjaga kebersihan terus subur dalam kalangan warga sekolah kerana persekitaran yang bersih melahirkan minda yang cerdas, hati yang tenang dan suasana pembelajaran yang berkualiti.

Tahniah kepada semua pemenang, dan teruskan membudayakan amalan "Kelas Bersih, Murid Ceria". ๐ŸŒฟโœจ

Menyumbang Untuk Pembinaan Sekolah Ibn KhaldunKami menjemput ibu ayah dan para penyumbang untuk bersama-sama menyumbang ...
07/07/2026

Menyumbang Untuk Pembinaan Sekolah Ibn Khaldun

Kami menjemput ibu ayah dan para penyumbang untuk bersama-sama menyumbang bagi menjayakan Projek Penanaman Cerucuk (Fasa Terakhir) Fasa 2 Sekolah Ibn Khaldun.

Setiap infaq yang diberikan akan membantu memastikan pembinaan ini dapat diteruskan demi menyediakan ruang pembelajaran yang lebih baik untuk murid-murid.

๐Ÿ“ฒ Salurkan infaq anda di sini:
https://dana.ibnkhaldun.edu.my/donations/cerucuk

Sedikit daripada kita, besar nilainya buat mereka.

Bantu Kami Menjelaskan Bayaran Fasa 2A โ€“ Superstructure Sekolah Ibn KhaldunAlhamdulillah, kerja-kerja pembinaan Fasa 2A ...
30/06/2026

Bantu Kami Menjelaskan Bayaran Fasa 2A โ€“ Superstructure Sekolah Ibn Khaldun

Alhamdulillah, kerja-kerja pembinaan Fasa 2A (superstructure) telah berjaya dilaksanakan. Kini, kami sedang berusaha untuk menjelaskan bayaran kepada kontraktor yang perlu diselesaikan sebelum 17 Julai 2026.

Bagi memastikan kesinambungan projek pembangunan sekolah dapat diteruskan dengan lancar, kami amat mengharapkan sokongan dan sumbangan daripada semua.

Allah SWT berfirman:

"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan balasannya..."
(Surah Al-Baqarah: 245)

๐Ÿคฒ Setiap sumbangan yang diberikan membantu melangsaikan kos pembinaan Fasa 2A serta menjadi amal jariah yang berpanjangan untuk manfaat pendidikan generasi akan datang.

๐Ÿ“ฒ Salurkan infaq di sini:
https://dana.ibnkhaldun.edu.my/donations/superstructure/

๐Ÿšจ Bayaran kontraktor Fasa 2A perlu diselesaikan sebelum 17 Julai 2026.

Semoga setiap infaq menjadi pemberat amal di akhirat dan diberkati Allah SWT.

14 Donors 92 Days Left Infaq Superstructure Raised: RM715.00 / Goal: RM248,354.60 Infaq Superstructure RM715 of RM248,355 raised RM Donation Amount: Select Payment Method Billplz Personal Info First Name * Last Name Email Address * Donation Total: RM300.00 ย  ย  ย  Perkembangan Pembinaan Sekolah ย  ...

๐ŸŒ™ Esok Khamis Puasa Tasuโ€™a, Jumaat Puasa Asyura!Jangan lupa niat puasa dan set reminder sekali untuk berinfaq ๐Ÿ˜ŠDua hari ...
24/06/2026

๐ŸŒ™ Esok Khamis Puasa Tasuโ€™a, Jumaat Puasa Asyura!

Jangan lupa niat puasa dan set reminder sekali untuk berinfaq ๐Ÿ˜Š

Dua hari penuh keberkatan โ€” Tasuโ€™a & Asyura, peluang besar untuk kita gandakan amalan dan keampunan dosa setahun yang lalu.

๐Ÿงฑ Infaq Batu Bata Sekolah Ibn Khaldun
๐Ÿ’ฐ RM300 = 1 palet batu bata

Setiap sumbangan membantu meneruskan pembinaan Fasa 2 Sekolah Ibn Khaldun, tempat murid-murid menuntut ilmu dan Al-Quran.

๐Ÿ“ฒ https://dana.ibnkhaldun.edu.my/donations/batubata/

๐Ÿฆ Bank Islam: 120-100-100-29602
๐Ÿ“Œ Reference: BATU-BATA

โœจ Puasa jangan tinggal, infaq jangan lupa. Tasuโ€™a & Asyura datang setahun sekali, pahala sedekah jariah mengalir tanpa henti.

PELANCARAN BULAN BAHASA 2026
23/06/2026

PELANCARAN BULAN BAHASA 2026

LAWATAN AUDIT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS)Pada 18 Jun 2026 (Khamis), pihak Sekolah Ibn Khaldun telah menerima kunjungan...
19/06/2026

LAWATAN AUDIT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS)

Pada 18 Jun 2026 (Khamis), pihak Sekolah Ibn Khaldun telah menerima kunjungan rasmi daripada pihak audit dari LZS, Ustaz Muhammad Zaki B. Zahari selaku Eksekutif Pemasaran Strategik Divisyen Kutipan.

Tujuan lawatan audit zakat ini dibuat adalah untuk memastikan pengurusan dan penggunaan agihan zakat dilaksanakan dengan telus dan berintegriti. Di samping, bagi memastikan agihan zakat di sekolah dilakukan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh LZS.

Pihak Tabung Amanah Penolong Amil Sekolah Ibn Khaldun sentiasa berkomitmen dan memastikan pengurusan zakat sentiasa berada di tahap yang terbaik dan diyakini.

Jom berzakat dengan kami :
zakat.ibnkhaldun.edu.my

Terima kasih buat semua yang terus mempercayai kami dan menyokong kami๐Ÿค

Address

Jalan Haji Said
Shah Alam
40460

Opening Hours

Monday 09:00 - 15:00
Tuesday 09:00 - 15:00
Wednesday 09:00 - 15:00
Thursday 09:00 - 15:00
Friday 09:00 - 12:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Ibn Khaldun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Rendah Ibn Khaldun:

Shortcuts

Share

Category