30/10/2025
Kolej Vokasional Sungai Buloh telah meyertai satu pertandingan inovasi di International Innovation ARSVOT Malaysia (IAM2025). Sebanyak 40 kumpulan telah menyertai pertandinga tersebut dan 5 daripada kumpulan tersebut adalah daripada Program Teknologi Elektronik.
Satu daripda 5 kumpulan dari Program teknologi Elektronik telah memenangi kesemua anugerah yang dipertandingankan seterusnya melayakkan kumpulan tersebut untuk memenangi anugerah Platinum. Anugerah tersebut merupakan anugerah tertinggi yang dipertandingkan di IAM2025 dan merupakan satu satunya kumpulan dari KVSB yang menerima anugerah tersebut. Tahniah Program Elektronik diatas kecemerlangan yang ditunjukkan!
Tahniah juga diucapkan kepada para pelajar yang berjaya menunjukkan bakat dan potensi anda serta kemahiran yang dipelajari selama di Kolej Vokasional. Kejayaan ini bukanlah yang terakhir, tetapi pemula untuk kejayaan kejayaan yang akan datang, InsyaAllah!
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!
28/07/2025
Telah berlangsung Pertandingan Kemahiran Kemahiran Kolej Vokasional (KV SKILLS) bagi bidang Elektronik peringkat Zon Selangor dan Kuala Lumpur (Zon tengah) pada 24 Julai 2025 yang lepas.
Program Teknologi Elektronik Kolej Vokasional Sungai Buloh telah dipilih untuk menjadi Tuan Rumah bagi pertandingan kali ini.
Pertandingan disertai sebanyak 3 buah KV iaitu : Kolej Vokasional Sungai Buloh (tuan rumah), Kolej Vokasional Klang dan Kolej Vokasional Setapak.
Berikut adalah gambar-gambar semasa pertandingan berlangsung.
Tahniah diucapkan kepada urusetia yang telah berjaya merancang dan melaksanakan program ini.
Untuk makluman, satu Majlis Penutup Rasmi akan diadakan pada 29 Julai 2025 (Selasa) bertempt di Kolej Vokasional Sepang yang akan dihadiri oleh semua program dan peserta yang bertanding. Pemenang pertandingan akan diumumkan di majlis tersebut. Semoga Program Teknologi Elektronik beroleh kemenangan seterusnya melayakkan penyertaan ke peringkat Kebangsaan, InsyaAllah.
Berikut adalah gambar-gambar yang telah diambil sepanjang pertandingan dijalankan.
30/01/2025
INFO KPM: Sukacita dimaklumkan semakan tawaran permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus 2025 murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 SVM pada 31 Januari 2025.
Pautan semakan Tingkatan 1:
https://spskt1.moe.gov.my
Pautan semakan Tingkatan 4/ Tahun 1 SVM:
https://spskt4.moe.gov.my
27/01/2025
Tahniah diucapkan kepada Program Teknologi Elektronik Kolej Vokasional Sungai Buloh di atas kejayaan memperoleh Akreditasi Penuh daripada Malaysia Board of Technology (MBOT).
Ini adalah pencapaian yang sangat membanggakan dan membuktikan komitmen serta usaha gigih semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak.
Semoga kejayaan ini terus memacu program ini ke arah kecemerlangan yang lebih tinggi dan melahirkan lebih ramai graduan berkualiti.
Tahniah dan syabas!
ETN KVSB terus terbang tinggi, capai kejayaan yang lebih gemilang dan terus menginspirasi semua!
07/02/2024
PENILAIAN DAN PAMERAN PROJEK TAHUN AKHIR JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK & ELEKTRONIK
Tarikh : 6 Februari 2024
Masa : 9.00 - 1.00 Petang
Tempat : Dewan Inovatif KVSB
Objektif:
1. Menilai tahap kecekapan pelajar dalam menyampaikan projek tahun akhir.
2. Mendorong perkongsian ilmu dan inovasi antara pelajar dan pensyarah.
3. Memberi pendedahan awal kepada pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat diploma.
4. Membolehkan pelajar berinteraksi, membina hubungan baik, dan bekerjasama secara efektif untuk mencapai objektif yang sama.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta. Terima kasih juga diucapkan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa STC serta pensyarah Jabatan Teknologi Elektrik dan Elektronik yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga para pelajar terus cemerlang di masa akan datang✨
01/02/2024
Jabatan Teknologi Elektrik dan Elektronik akan mengadakan satu Program Penilaian dan Pameran Projek Tahun Akhir
Program yang akan dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk menilai pengetahuan serta kemahiran pelajar berkaitan dengan bidang Elektrik & Elektronik selama pelajar melanjutkan pengajian di KVSB.
30/01/2024
Lawatan Penandaarasan Pensyarah dan Pelajar Program Teknologi Elektronik Kolej Vokasional Batu Lanchang, Pulau Pinang ke Bengkel Program Teknologi Elektronik Kolej Vokasional Sungai Buloh.
Tarikh : 29 Januari 2024
Masa : 11.00 - 1.00 Petang
Tempat : Bengkel 2 ETN