18/08/2026
Bermula bulan Ogos, SK Subang telah menerima pelbagai sumbangan berbentuk komputer meja, komponen komputer dan juga kerusi roda.
Banyak sumbangan komputer diperoleh hasil daripada kempen mencari sumbangan bagi menggantikan peralatan komputer dan internet yang telah rosak akibat bangunan sekolah di sambar petir pada hujung Julai yang lepas.
Terima kasih diucapakan kepada:
1. Gading Kencana Sdn Bhd
2. Dynalogy Enterprise
3. Muhammad Hafiz bin Tajudin
4. Mohd Zul Azli bin Wakhid
5. Marhaini binti Othman
6. Nurul Hidayah binti Yusof
7. Abdul Halim Aziz
Semoga jasa dan pengorbanan anda dibalas dengan kebaikan di dunia dan di akhirat.
Tidak lupa juga kepada Juruteknik PPD Petaling Perdana yang turut hadir membantu membaiki kerosakan infra internet sekolah.
PIBG juga telah pun meluluskan sejumlah dana untuk membeli peralatan baru bagi mengelakkan masalah ini dari terus berlaku pada masa hadapan.