01/05/2026
𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮!
Allah SWT berfirman dalam Al-Quran
وَقُلِ اعْمَلُوْا فَسَيَرَى اللّٰهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُوْلُهٗ وَالْمُؤْمِنُوْنَۗ وَسَتُرَدُّوْنَ اِلٰى عٰلِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَۚ
"𝘋𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘵𝘢𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 (𝘸𝘢𝘩𝘢𝘪 𝘔𝘶𝘩𝘢𝘮𝘮𝘢𝘥), 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘮𝘶 (𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘨𝘢𝘭𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘱𝘦𝘳𝘪𝘯𝘵𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯), 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘙𝘢𝘴𝘶𝘭-𝘕𝘺𝘢,
𝘴𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨-𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢𝘬𝘢𝘯; 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘬𝘦𝘮𝘣𝘢𝘭𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 (𝘈𝘭𝘭 𝘠𝘢𝘯𝘨 𝘔𝘦𝘯𝘨𝘦𝘵𝘢𝘩𝘶𝘪 𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘳𝘢-𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘳𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘨𝘩𝘢𝘪𝘣 𝘥𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘯𝘺𝘢𝘵𝘢, 𝘬𝘦𝘮𝘶𝘥𝘪𝘢𝘯 𝘪𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢𝘬𝘢𝘯."
𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗔𝘁-𝗧𝗮𝘂𝗯𝗮𝗵, 𝗮𝘆𝗮𝘁 𝟭𝟬𝟱
Hari ini bukan sekadar hari kelepasan am, tapi ianya adalah untuk memperingati perjuangan, menegakkan hak, dan meningkatkan kesedaran isu-isu pekerja buruh kerana Hari Pekerja adalah sebuah hari yang bermakna untuk memperingati perjuangan pekerja di seluruh dunia selama ini yang telah membolehkan kita menikmati hak-hak pekerja hari ini. Kita semua adalah pekerja yang mencurahkan masa, usaha dan tenaga yang menyumbang kepada kemajuan negara.
Pekerja Kesuma Bangsa.
31/03/2026
Alhamdulillah, setinggi-tinggi 𝑻𝒂𝒉𝒏𝒊𝒂𝒉 & 𝑺𝒚𝒂𝒃𝒂𝒔 kepada semua murid yang telah mengambil keputusan SPM anda pada hari ni, apa-apapun keputusan yang telah diterima, kita tetaplah bersyukur dan jadikan detik ini sebagai pedoman untuk mencapai kejayaan dalam hidup. 😊🙌🏻👏🏻
Semestinya keputusan ini bukannya titik terakhir, tetapi langkah pertama dalam perjalanan baharu yang lebih besar dalam hidup anda, Selamat melangkah ke fasa hidup seterusnya, adik-adik! 👏🏻 💚💪🏽
26/02/2026
𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗲-𝟴 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻 🌙
Di sebalik nasihat ini, berdirinya 𝗜𝗺𝗮𝗺 𝗮𝗹-𝗦𝗵𝗮𝗳𝗶‘𝗶 (Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Usman bin Syafie bin As-Saib), seorang tokoh besar Islam.
Beliau merupakan pengasas Mazhab Syafi‘i yang diamalkan warga Malaysia dan antara ulama yang paling berpengaruh dalam bidang fiqh dan usul fiqh.
Antara sumbangan terbesarnya ialah penulisan Al-Risalah, sebuah karya yang menjadi asas kepada kaedah memahami hukum dalam Islam, serta Al-Umm yang menghimpunkan pandangan fiqh beliau.
Imam al-Shafi‘i dikenali bukan sahaja kerana ilmunya, tetapi juga kerana kesungguhan luar biasa dalam menuntut ilmu; mengembara dari 𝗠𝗮𝗸𝗸𝗮𝗵 ke 𝗠𝗮𝗱𝗶𝗻𝗮𝗵, 𝗜𝗿𝗮𝗾 dan 𝗠𝗲𝘀𝗶𝗿 demi mencari guru dan memperdalam kefahaman.
𝗡𝗮𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗻𝗶𝘀𝗯𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝘂 𝗶𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵. Menimba ilmu memerlukan kesabaran, disiplin dan pengorbanan, nilai yang semestinya penting pada bulan Ramadan ini.
Semoga kita terus diberi kekuatan untuk menuntut ilmu yang bermanfaat dan mengamalkannya dalam kehidupan. 🤲
25/02/2026
24 Februari 2026 - Pertemuan dengan Team CR TNB
Kami berbesar hati menerima jemputan daripada pasukan Corporate Responsibility (CR) Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk sebuah sesi pembentangan kemajuan Program PALS - Klang, serta pembentangan program seterusnya oleh Yayasan AMIR.
Peluang yang kesekian-kalinya ini amat bermakna buat kami; ia menggambarkan kepercayaan yang berterusan oleh pihak TNB untuk kami meneruskan usaha transformasi pendidikan negara.
Buat Encik Azmer, Puan Marilyn serta dua rakan baru mereka - Encik Syahir dan Encik Amin; ribuan terima kasih kami ucapkan atas peluang, kepercayaan, dan panduan yang telah diberikan. Kami amat berbangga untuk meneruskan kerjasama dengan TNB yang sentiasa komited dalam usaha menyokong dan menambah baik sistem pendidikan negara, selaras dengan aspirasi tanggungjawab sosial korporatnya.
Tenaga Nasional Berhad
19/02/2026
💐Majlis Apresiasi PALS (Peer-Assisted Learning and Sharing) Kuantan; 𝙏𝙖𝙪𝙩𝙖𝙣 𝙐𝙠𝙝𝙪𝙬𝙖𝙝, 𝙆𝙚𝙡𝙚𝙨𝙩𝙖𝙧𝙞𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙣𝙙𝙞𝙙𝙞𝙠𝙖𝙣
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada kesemua warga pendidikan dan kepimpinan sembilan sekolah Kuantan yang telah menjayakan Majlis Apresiasi PALS Kuantan pada Khamis, 12 Februari 2026 bertempat di Rocana Hotel, Kuantan, Pahang bertemakan warna 💙biru & 🤍putih! 🎉👏
Majlis ini menjadi simbol eratnya ukhuwah serta komitmen berterusan dalam memartabatkan pendidikan melalui kolaborasi antara sekolah-sekolah PALS. Kehadiran dan sokongan para tetamu kehormat, 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗭𝗮𝗺𝗿𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗱 𝗜𝘀𝗮, 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗝𝗣𝗡 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴 Jabatan Pendidikan Negeri Pahang serta 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗔𝘀𝗿𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗬𝘂𝘀𝗼𝗳, 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗣𝗗 𝗦𝗲𝗸𝘁𝗼𝗿 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵, amat kami hargai.
Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada barisan kepimpinan sekolah 🏫PALS Kuantan:
⭐SMK Tg Lumpur Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur – 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗡𝗼𝗿𝗼𝘀𝗱𝗮 𝗕𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗪𝗮𝗹𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱
⭐SMK Teluk Chempedak – 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗿𝘆𝗮 𝗕𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝘁 SMK Teluk Chempedak
⭐SMK Bukit Sagu – 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗛𝗷𝗵 𝗠𝗶𝘀𝗽𝘂𝗮𝗵 𝗕𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗛𝗮𝘀𝘀𝗮𝗻
⭐SK Tanjung Lumpur SMK Tanjung Lumpur, Kuantan Rakan – 𝗣𝗻 𝗡𝗼𝗿𝗹𝗶𝗱𝗮 𝗕𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗠𝗼𝗸𝗵𝘁𝗮𝗿
⭐SK Teruntum Sekolah Kebangsaan Teruntum – 𝗘𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗦𝗮𝗯𝗿𝗶 𝗕𝗶𝗻 𝗠𝘂𝘀𝘁𝗮𝗳𝗮
⭐SK Pelindung SK Pelindung,Kuantan – 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗔𝘇𝗵𝗮𝗿 𝗕𝗶𝗻 𝗬𝗮𝗵𝘆𝗮
⭐SK Kempadang SK Kempadang – 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗛𝗮𝗶𝗿𝘂𝗹 𝗔𝗻𝘂𝗮𝗿 𝗕𝗶𝗻 𝗠𝗱 𝗧𝗼𝗽
⭐SK Bunut Rendang SK Bunut Rendang Kuantan – 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗛𝗷𝗵 𝗠𝗮𝗿𝗳𝗼'𝗮𝗵 𝗕𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗛𝗷 𝗬𝘂𝗻𝗼𝘀
⭐SK Tok Sera SK Tok Sera – 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝘁𝘂𝗿𝗮𝗶𝗻𝘆 𝗕𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗲𝗱
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Yayasan UEM kerana sokongan kuat dan kepercayaan anda kepada program PALS dan komuniti Pendidikan Kuantan 💙 dan juga tidak dilupakan kepada semua guru dan pentadbir yang telah memberikan kerjasama penuh serta komitmen tinggi sepanjang pelaksanaan program ini.
Program PALS (Peer-Assisted Learning and Sharing) di Kuantan Pahang bermula dari bulan Jun tahun 2024 dan ia adalah inisiatif Yayasan AMIR yang bertujuan untuk menggalakkan perkongsian amalan terbaik dalam persekitaraan yang berstruktur diantara Sekolah Amanah dan Sekolah Rakan. Ia memfokuskan kepada 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗸𝗼𝗺𝗽𝗲𝘁𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗽𝗲𝗱𝗮𝗴𝗼𝗴𝗶, 𝗸𝗲𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 (𝗦𝗟𝗧/𝗠𝗟𝗧), 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 (𝗣𝗱𝗣) 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶 𝗔𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻 (𝗖𝗼𝗣, '𝗖𝗼𝗺𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝘆 𝗼𝗳 𝗣𝗿𝗮𝗰𝘁𝗶𝗰𝗲').
Semoga penghargaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus memperkukuh usaha bersama dalam membentuk ekosistem pendidikan yang lestari dan bermakna! ✨🎓