Akademi Sinergi

Akademi Sinergi

Share

Menyediakan latihan untuk Membina Legasi Berteraskan Wahyu. SSM No: 715235-X

30/05/2026

Zulhijjah bukan sekadar bulan ibadah…
tetapi bulan untuk kita duduk sejenak dan bertanya pada diri.

“Cukupkah bekalan aku untuk perjalanan yang tidak akan berpatah balik?”

Kerana hakikatnya, semua yang kita kejar di dunia ini akan kita tinggalkan satu hari nanti. Yang tinggal hanyalah apa yang kita “hantar” lebih awal untuk akhirat.

✔️Solat yang dijaga walau penat dan sibuk.
✔️Doa anak soleh yang menjadi aliran pahala tanpa henti.
✔️Al-Quran yang dibaca, menjadi cahaya di alam yang gelap.
✔️Zikir yang lahir dari hati yang ikhlas, menenangkan saat tiada siapa lagi bersama kita.
✔️Sedekah yang kecil di dunia, tetapi besar nilainya di sisi Allah.
Dan ilmu yang bermanfaat, yang terus hidup walaupun jasad telah lama bersemadi.

Zulhijjah seakan membisikkan satu perkara yang lembut tetapi dalam:
“Jangan hanya bersedia untuk kehidupan hari ini… bersedialah untuk kehidupan yang kekal.”

Sebab perjalanan itu pasti.
Cuma kita belum tahu bila giliran kita dipanggil pulang.

30/05/2026

Manusia yang paling menderita bukanlah yang kurang memiliki. Tapi yang dimiliki oleh apa yang mereka miliki. Maksudnya menjadi hamba kepada sesuatu selain Allah. Kerana dikawal oleh rasa takut, tamak, risau dan kecewa.

29/05/2026

Ada manusia memilih dunia lalu kehilangan dirinya.

Dan ada manusia seperti Nabi Yusuf AS… memilih iman walaupun jalan itu penuh luka dan pengorbanan.

Baginda memilih menjaga maruah saat pintu maksiat terbuka luas.

Memilih setia kepada Allah saat tiada manusia melihat.
Memilih akhirat walaupun dunia sedang memanggil dengan segala kesenangannya.

Ya, pilihan itu pada zahirnya bukan membawa Nabi Yusuf AS kepada ganjaran dunia… tetapi membawa baginda ke penjara.

Namun di situlah letaknya keindahan kisah ini.

Kadang-kadang ketaatan membawa kita ke jalan yang sempit terlebih dahulu, sebelum Allah membuka ruang yang jauh lebih luas dan indah.

Ada jalan yang menyakitkan,
tetapi sebenarnya sedang membawa kita lebih dekat kepada Tuhan.

29/05/2026

Kadang yang paling penat bukan badan…
tapi jiwa yang terlalu sarat dengan rasa.

Sebab itu Allah ajar satu “tempat pulang” solat.

“Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan dengan sabar dan solat…”
(Surah Al-Baqarah 2:153)

Solat bukan sekadar kewajipan yang perlu diselesaikan.

Ia ruang untuk hati berhenti sekejap dari dunia, dan kembali “bernafas” di hadapan Allah.

Bila dunia terlalu bising,
solat jadi tempat jiwa kembali tenang.

👨‍🏫 Solat, Pengorbanan & Jalan Menjadi Hamba Sejati
Us Zaim | 30 Mei 2026, Sabtu
📲 https://ezy.la/HIS2026

29/05/2026

Solat itu bukan sekadar gerakan.

Ia adalah saat seorang hamba meletakkan segala beban di bumi, lalu menyerahkannya kepada Tuhan yang Maha Mendengar.

Kita tunduk, kita sujud, kita merendah diri di tanah yang hina.

Namun di saat itu juga, doa yang perlahan terbisik… diangkat tinggi tanpa hijab, sampai ke langit yang tidak pernah menolak permintaan hamba-Nya.

Di bumi kita lemah, tetapi di hadapan Allah kita tidak pernah sia-sia.

Kerana setiap sujud itu bukan akhir…tetapi permulaan kepada jawapan yang sedang disusun dengan penuh kasih oleh-Nya.

29/05/2026

Allah menyebut bahawa Dia "mengajarkan Al-Quran" sebelum menyebut Dia "menciptakan manusia" dalam surah ar-Rahman. Sebab, kewujudan kita sebagai manusia tak akan bermakna tanpa panduan Al-Quran. - Dr Yasir Qadhi

28/05/2026

Ada ke orang yang rasa gembira bila ditegur salahnya? Biasanya gembira ni bila dapat nikmat. Indahnya surah ar-Rahman “realigned mindset” kita yang rahmat Allah bukan sekadar pasal nikmat, tapi juga amaran yang halang kita daripada binasa.

27/05/2026

Allah Tetap Memberi, Walaupun Manusia Selalu Lupa

Nikmat yang paling besar…
bukan sekadar apa yang Allah beri.

Tetapi Allah masih terus memberi, walaupun manusia sering lupa untuk mensyukuri.

Surah Ar-Rahman hadir bukan hanya untuk menyebut nikmat…
tetapi untuk menyentak hati manusia yang mula hidup dalam kelalaian.

Satu persatu nikmat disebut.
Langit.
Bumi.
Laut.
Buah-buahan.
Nafas.
Kehidupan.

Lalu Allah ulang lagi dan lagi:

“فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ”
“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”

Kerana Allah tahu… manusia mudah lupa.

Lupa bahawa setiap degupan jantung itu rahmat. Setiap pagi yang masih diberi itu peluang.

Dan setiap sujud yang masih mampu dilakukan itu kasih sayang Allah.

Kadang kita menangis kerana apa yang belum dimiliki, sedangkan terlalu banyak nikmat yang masih Allah kekalkan setiap hari tanpa kita sedari.

27/05/2026

Salam Eidul ‘Adha daripada Akademi Sinergi 🤲

عَيْدُكُمْ مُبَارَكٌ وَسَعِيدٌ، تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ صَالِحَ الأَعْمَالِ وَكُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ

Maksudnya: “Selamat Hari Raya, semoga Allah menerima dari kami dan kalian akan amalan yang soleh, dan semoga setiap tahun kalian bertambah dalam kebaikan.”

Allahumma ameen ya Rabb.

26/05/2026

Tak semua yang menyakitkan itu menghancurkan. Perigi tidak membunuh Yusuf. Penjara tidak menamatkan hidup Yusuf. Bahkan, pengkhianatan tidak memadam masa depan Yusuf. Adjustlah cara kita lihat & respon pada konflik.

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan Renggam
Shah Alam
40200

Opening Hours

Monday 08:30 - 18:00
Tuesday 08:30 - 18:00
Wednesday 08:30 - 18:00
Thursday 08:30 - 18:00
Friday 08:30 - 18:00