Akademi Sinergi

Akademi Sinergi Menyediakan latihan untuk Membina Legasi Berteraskan Wahyu. SSM No: 715235-X

07/09/2026

Ramai yang tak sedar mereka sedang mengalami keletihan emosi dan fizikal kerana terbiasa menahan beban. Ada yang boleh bantu share, apa tanda-tandanya? Hilang "spark" & "auto-pilot" tu salah satunya ke?

🎙 LIVE   InshaAllah sepanjang September ( Rabi'ul awal - Rabi'ul Akhir )Awal Surah Al-Baqarah meletakkan teras taqwa buk...
07/09/2026

🎙 LIVE InshaAllah sepanjang September ( Rabi'ul awal - Rabi'ul Akhir )

Awal Surah Al-Baqarah meletakkan teras taqwa bukan sekadar amalan, tapi sistem ekosistem kehidupan yang menyeluruh.

Bila paling kurang, ketiga-tiga elemen ini dijadikan checklist harian, inshaAllah, ia membantu kita meletakkan keutamaan & hak pada tempatnya. 🤲🏻

- Interaksi Quran menjaga hubungan kita dengan petunjuk Allah.
- Tunaikan Solat menjaga hubungan kita dengan Allah.
- Usaha Infaq menjaga hubungan dengan Allah melalui penyampaian manfaat kepada makhluk.

Bantu kenalan dan family members yang lain, ya? Kongsikan info ini pada mereka juga. ☺️

🔗 Akses link zoom , ezy.la/BORAKQSI

SOLAT JADI “RESET BUTTON”Kita hidup dalam dunia yang sentiasa meminta kita bergerak.✅Kerja perlu diselesaikan.✅Tanggungj...
07/09/2026

SOLAT JADI “RESET BUTTON”

Kita hidup dalam dunia yang sentiasa meminta kita bergerak.

✅Kerja perlu diselesaikan.
✅Tanggungjawab perlu dilaksanakan.
✅Target perlu dicapai.

Sampai kadang-kadang kita rasa berhenti untuk solat itu mengganggu momentum kita.

Tetapi Al-Quran mengajar kita sebaliknya.

Solat adalah ruang untuk kita berhenti seketika daripada kesibukan dunia, kembali kepada Allah dan menyusun semula diri.

Kita berhenti bukan kerana mahu lari daripada tanggungjawab.

Kita berhenti supaya apabila kembali bergerak, kita tahu apa yang penting, ke mana kita mahu pergi dan siapa yang kita harapkan.

Bukan solat yang mengganggu kerja.

Solat yang membantu kita menyusun semula hidup.

Kerana kadang-kadang, kita bukan perlukan lebih banyak masa untuk bekerja.

“Berhenti seketika untuk Allah, supaya kita tidak tersesat ketika mengejar dunia.”

07/09/2026

Ketika solat, bukan sekadar badan yang kena tunduk. Ego, keresahan, keinginan, kekacauan jiwa semuanya juga perlu ikut tunduk pada Rabb Yang Maha Mengurus.

📖“...kalian tidak akan sesat selama-lamanya selagi mana kalian berpegang kepada Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.”Riwayat...
05/09/2026

📖“...kalian tidak akan sesat selama-lamanya selagi mana kalian berpegang kepada Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.”

Riwayat al-Imam Malik dalam al-Muwatta’

Al-Quran dan Sunnah adalah kompas kehidupan .

Tetapi dalam kesibukan kita membina kerjaya, mengurus keluarga dan mengejar tuntutan kehidupan…

Adakah kita masih dipandu oleh kompas itu?

Atau kita terlalu sibuk bergerak sehingga tidak sempat bertanya — sebenarnya kita sedang menuju ke mana?

Bila perlu bergerak?
Bila perlu berhenti?

Mungkin sudah tiba masa untuk reset.

📖 RESET HIDUP, RESET ARAH
Quranic Work-Life Reset
Mencari keseimbangan kerja, rehat & kehidupan melalui Al-Quran .

📅 12 September 2026 | Sabtu
⏰ 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
📍Secara Online
✅ Yuran serendah RM45/pax

Mungkin ini masa untuk kita berhenti seketika .
Bukan untuk berhenti berusaha.

Tetapi untuk memastikan kita masih bergerak ke arah yang benar .

👉 Daftar di sini : https://ezy.la/reset2026
📲 Pertanyaan lanjut: https://wasap.my/60139646618/nakdaftarReset2026

Jadikan sesi ini sebagai ruang untuk Reset hidup, Reset arah — dan kembali menjadikan Al-Quran sebagai kompas kehidupan .


“Aku dah penat.”Penat bekerja.Penat mengejar target.Kita terus bergerak, sampai terlupa untuk bertanya:“Sebenarnya, aku ...
05/09/2026

“Aku dah penat.”

Penat bekerja.
Penat mengejar target.

Kita terus bergerak, sampai terlupa untuk bertanya:

“Sebenarnya, aku sedang menuju ke mana?”

Kadang-kadang masalahnya bukan kerana kita kurang berusaha, tetapi kerana kita terlalu sibuk bergerak hingga terlupa menyemak semula arah.
Allah mengingatkan:

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ

“Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah akan melihat amal kamu.” (Surah At-Tawbah, 9:105)

Ayat ini bukan sekadar mengajar kita untuk bekerja, tetapi mengajak kita melihat semula apa yang kita lakukan, mengapa kita melakukannya dan ke mana usaha itu membawa kita.

Mungkin kita tak perlu berhenti bekerja.

Kita cuma perlu reset niat.
Tak perlu berhenti mengejar kejayaan.

Kita cuma perlu reset arah.
Supaya apa yang kita lakukan bukan sekadar pencapaian di dunia, tetapi menjadi amal yang bernilai di sisi Allah.

“Adakah apa yang aku lakukan sedang membawa aku lebih dekat kepada Allah?”

05/09/2026

Bila Allah bagi kejayaan untuk kita, ia bukan tiket nak rasa terpaling hebat. Ia jadi amanah. Kena beringat untuk berhenti sekejap, tengok balik siapa diri kita yang sebenarnya, buang rasa bongkak & kembali tunduk kepada Pemilik Segala-galanya. 🤲🏽

Allah bukan sekadar memerintahkan kita menyelamatkan diri, tetapi turut mengingatkan kita untuk memelihara keluarga.يَـٰ...
05/09/2026

Allah bukan sekadar memerintahkan kita menyelamatkan diri, tetapi turut mengingatkan kita untuk memelihara keluarga.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا قُوٓا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka.”
(QS 66:6)

Namun, menjaga keluarga bukan bermaksud kita perlu memiliki keluarga yang sempurna.

Akan ada perbezaan.
Akan ada salah faham.
Akan ada konflik.

Tetapi jangan kerana konflik, kita membenci keluarga sendiri.

Al-Quran tidak menjanjikan keluarga yang sentiasa harmoni.

Sebaliknya, Al-Quran mengajar kita bagaimana menghadapi masalah, menjaga hubungan dan terus berbuat baik dengan cara yang Allah reda.

Kerana akhirnya, mereka tetap keluarga kita.

Mungkin hubungan kita tidak selalu baik.
Mungkin ada perkara yang sukar untuk kita terima.

Tetapi jangan biarkan masalah membuatkan kita lupa untuk terus berbuat baik.


04/09/2026

Tadabbur Bukan Sekadar Membaca. Tapi Tahu Apa Yang Perlu Ditanya.

Bila kita belajar tadabbur, antara kemahiran penting yang perlu kita kuasai ialah bertanya soalan kepada ayat Al-Quran.

Tapi masalahnya…

Nak tanya apa?

Ramai yang mahu mentadabburi Al-Quran, tetapi tidak tahu soalan apa yang patut ditanyakan apabila berhadapan dengan sesuatu ayat.

Sebab itu, dalam Cara Mudah Faham Al-Quran, kita akan belajar soalan-soalan yang wajar ditanyakan ketika berinteraksi dengan ayat Al-Quran.

Menariknya, apabila soalan-soalan ini kita ulang dan amalkan setiap hari, ia bukan sekadar membantu kita memahami ayat.

Lama-kelamaan, ia akan membentuk kerangka berfikir kita.

Kita mula membaca Al-Quran dengan lebih peka.

Kita mula bertanya,
“Apa yang Allah mahu aku faham?”
“Apa yang ayat ini sedang ajarkan kepada aku?”
“Apa kaitannya dengan kehidupan aku?”

Akhirnya, tadabbur bukan hanya membuat kita lebih faham Al-Quran, tetapi membantu membina jiwa yang lebih dekat dan lebih terasa dengan ayat-ayat Allah.

Belajar bertanya soalan yang betul.
Kerana soalan yang betul boleh mengubah cara kita melihat Al-Quran.

Jika Keluarga Adalah Amanah, Dengan Apa Kita Membimbing Mereka 🫂Kita mahu keluarga bahagia.Kita mahu anak-anak membesar ...
04/09/2026

Jika Keluarga Adalah Amanah,
Dengan Apa Kita Membimbing Mereka 🫂

Kita mahu keluarga bahagia.
Kita mahu anak-anak membesar dengan baik.
Kita mahu pasangan saling menyokong dan menguatkan.

Tetapi dalam membimbing keluarga, apakah panduan yang kita jadikan rujukan?

Adakah sekadar pengalaman?
Nasihat orang sekeliling?
Atau kita benar-benar kembali kepada petunjuk Al-Quran?

📖 Melalui Cara Mudah Faham Al-Quran – Siri Sept : Al-Quran & Keluarga Bahagia, kita akan belajar memahami bagaimana Al-Quran membimbing kita dalam membina keluarga yang lebih harmoni dan diredai Allah.

🎙️ Bersama Ustaz Harfiz Hamzah
Jurulatih Tadabbur, Akademi Sinergi Ikhlas

🗓️ Sabtu, 5 September 2026
⏰ 8.30 pagi – 10.30 pagi
💻 Online melalui Zoom Rakaman Disediakan

🩵 Jom belajar memahami Al-Quran dan melihat bagaimana petunjuknya boleh dihidupkan dalam keluarga kita.

👉 Daftar di: ezy.la/CMFAQ2026
📲 Pertanyaan lanjut: https://wasap.my/60139646618/nakdaftarCMFAQ


Address

Jalan Renggam
Shah Alam
40200

Opening Hours

Monday 08:30 - 18:00
Tuesday 08:30 - 18:00
Wednesday 08:30 - 18:00
Thursday 08:30 - 18:00
Friday 08:30 - 18:00

Telephone

+60125051357

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Sinergi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Akademi Sinergi:

Shortcuts

Share