Pro Rev Consultancy & Services

Pro Rev Consultancy & Services Pro Rev Consultancy and Services (PRCS) Ditubuhkan pada 3 Januari 2008 dan telah didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1956 dengan no. pendaftarannya SA0144643-W.

Ia telah diasaskan oleh saudara Airol Irwan bin Limin (Fasilitator Alumni Universiti Teknologi MARA) yang juga selaku Perunding Utama syarikat. PRCS menyediakan perkhidmatan berunsurkan Motivasi, Kaunseling, Team Building, Seminar, Latihan dan Pengurusan Acara khusus untuk badan-badan kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan institusi-institusi pendidikan serta pertubuhan/persatuan. PRCS beroperasi

di 12A-1B, Jalan Boling Padang G13/G seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. PRCS telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan beberapa program motivasi, Team Building dan khidmat ‘paintball’ di beberapa sekolah, rumah anak-anak yatim, IPTA/IPTS, Pertubuhan UMNO dan beberapa syarikat swasta termasuk firma-firma guaman. Setelah berpuas hati dengan Modul program yang telah dijalankan, PRCS melangkah setapak lagi dengan menghasilkan satu program khas khusus untuk golongan perempuan iaitu “Perisai Buat Wanita”. Selain itu, bersama program khas ini turut terhasil program individu iaitu Program Personal Terapi Cinta (PPTC). Rintipan daripada program tersebut, Perunding Utama PRCS, saudara Airol Irwan Limin telah beberapa kali diundang sebagai panel dalam beberapa rancangan TV seperti Nasi Lemak Kopi ‘O’ , TV9, Business Alternative, Astro Awani, Imam Muda 2012, Astro Oasis, Generasi Y, RTM dan juga mendapat liputan beberapa akhbar seperti New Straits Times, Berita Harian, Sinar Harian dan beberapa majalah seperti Majalah Wanita dan Majalah I. PRCS bertekad untuk maju ke hadapan dengan memperbaharui modul-modul mengikut arus semasa agar intipatinya sentiasa memenuhi kehendak pelanggan dari pelbagai peringkat. Pastinya 3 aspek penting menjadi objektif utama PRCS iaitu Fizikal, Mental dan Kerohanian

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pro Rev Consultancy & Services posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share