21/11/2025
Kami berterima kasih kepada FIFA kerana mendedahkan segala bukti tentang pemalsuan dokumen 7 pemain "import" negara yang selama ini kami selaku penyokong bolasepak Malaysia tak pernah diberitahu atau diberi penjelasan tentang susur galur pemain tersebut.
Betapa jijiknya perangai mereka yang terlibat hingga sanggup memperjudikan nasib bolasepak negara dan maruah negara demi kepentingan peribadi. Terlalu banyak rahsia dan penipuan dilakukan demi menjayakan hasrat mereka.
Sebagai Ekor Harimau Malaya, sudah tentu kami amat mendambakan kejayaan namun ini bukan jalannya. Bukan melalui cara sebegini.
Walaupun pernah malu kalah teruk 10-0 kepada UAE, namun tidak setanding dengan aibnya pemalsuan dokumen ini. Terlalu besar kesannya kepada bolasepak negara. Hukuman yang baru ini hanyalah permulaan. Akan ada lagi hukuman yang menanti Harimau Malaya selepas ini.
Begitu terdesakkah kita hingga perlu melakukan penipuan sebegini? Begitu terukkah prestasi pemain yang kita ada sebelum ini hingga sanggup melanggar semua peraturan dan undang-undang?
Seret semua pihak yang terlibat untuk dibawa ke muka pengadilan. Pengurusan FAM, Pengurusan National Team dan juga pihak KDN. Ini bukan kesalahan teknikal tapi jenayah! Jenayah antarabangsa.
Cukuplah memalukan negara disebabkan pemalsuan ini. Jangan ditambah lagi busuknya nama Negara dengan melindungi pesalah p**a!
Revolusilah dengan integriti.
Selamat malam Harimau Malaya.
18/11/2025
18/11/2025
06/11/2025
25/10/2025
23/10/2025