Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat

Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat

Share

Lokasi di Puncak Perdana.

15/09/2019

Sempena konvokesyen 2019, kami membuka peluang kepada mana-mana peniaga untuk meyertai kami untuk memeriahkan lagi PesKo 2019, kepada sesiapa yang berminat boleh Whatsapp kami no yang tertera dibawah

02/03/2019

Assalamualaikum w.b.t dan Salam UiTM Di Hatiku.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kami telah dilantik sebagai Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat sesi 2018/2019.

Sebarang aduan dan masalah boleh adukan kepada kami melalui maklumat yang tertera.

Harapan kami agar mahasiswa dapat berikan kerjasama dan sokongan dalam meningkatkan prestasi fakulti Pengurusan Maklumat.
Sekian, terima kasih.

MOHD HAIKAL BIN ZALMI
NURUL AIN SAQINAH BINTI MAHMUD
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UITM SHAH ALAM
KAMPUS PUNCAK PERDANA
SESI 2018/2019

02/03/2019
10/12/2018

Jangan lupa temu janji kita pada malam ini. Sama sama berkumpul dan mendengarkan calon calon JPP FPM sesi 2018/2019.

Siapakah yang akan membawa suara pelajar?
Siapakah calon kegemaran anda.
AYUH! TURUN PADA MALAM INI !

Photos from Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat's post 07/12/2018

‪Berikut merupakan calon calon JPP FPM sesi 2018/2019‬

‪Calon :‬

‪No 1 : MOHD HAIKAL BIN ZALMI‬
‪No 2: RAZINIZZ SYAHMI BIN RAZALI‬
‪No 3: WAN MOHAMMAD AIMAN BIN WAN ZAM ZANI‬
‪No 4: NURUL AIN SAQINAH BINTI MAHMUD‬

‪Ayuh WARGA FPM sama sama turun mengundi pada 12/12/18
( RABU) 8:30AM - 5:00 PM.

‪GOODLUCK and FIGHTING!!‬

23/11/2018

Berikut adalah tarikh tarikh penting bagi Pilihan Raya Kampus (PRK) bagi pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) seluruh UiTM sesi 2018/2019

Photos from Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat's post 19/11/2018

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 UiTM

[PERJUMPAAN BERSAMA PIHAK KOLEJ BERKENAAN DAPATAN WELFARE DAY OUT]

Alhamdulillah, hasil usaha daripada ahli-ahli SMFPM, program Welfare Day Out, telah berjaya dianjurkan bagi mendengar dan mengumpulkan aduan-aduan daripada pelajar berkenaan masalah di kolej dan fakulti. Untuk makluman para pelajar, beberapa aduan dan cadangan penambahbaikan yang disuarakan pelajar telah pun disuarakan oleh saya sendiri (Ben) dan rakan saya (Abe) kepada pihak kolej terutamanya pada minggu lepas.

Antara masalah-masalah yang telah disuarakan adalah seperti berikut:

- Penambahan mesin air coway dan vending machine
- Susur gajah dari kolej ke fakulti
- Kafe kolej
- Laluan pelajar OKU ke surau
- Penambahan mesin ATM
- Masalah tong sampah tidak mencukupi
- Aduan fasiliti kolej yang tidak diambil tindakan selepas aduan dibuat
- *Beberapa masalah kecil berkenaan kolej dan fakulti yang lain*

Masalah-masalah ini akan diketengahkan sendiri oleh En Zol kepada pihak atasan. Diharapkan para pelajar dapat bersabar dan menerima keputusan yang akan diberikan kelak.

Sekian, terima kasih.

MUHAMMAD MIRZA MATHEEN BIN HAMZAH
CHE MUHD FAZUAN BIN CHE MAT

CARETAKER MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UiTM SHAH ALAM
KAMPUS PUNCAK PERDANA
SESI 2018/2019

Photos from Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat's post 12/11/2018

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 UiTM

[PENAMBAHAN ’VENDING MACHINE’]

Alhamdulillah, hasil usaha daripada mantan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2017/2018 iaitu saudara Raffiq dan saudara Zulfitri, akhirnya pihak pengurusan telah pun mendengar suara pelajar dengan menambah beberapa buah ‘vending machine’ di beberapa buah tempat di sekitar kolej iaitu di blok J1 laman B dan C, blok J3 laman C, blok J4 laman c.

InshaAllah fasiliti yang disediakan ini akan ditambah baik dari masa ke semasa.

Pelajar dimohon untuk menggunakan fasiliti yang disediakan ini sebaik mungkin agar tiada masalah dan kerosakan yang timbul pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

MUHAMMAD MIRZA MATHEEN BIN HAMZAH
CHE MUHD FAZUAN BIN CHE MAT

CARETAKER MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UiTM SHAH ALAM
KAMPUS PUNCAK PERDANA
SESI 2018/2019

11/11/2018

Assalamualaikum w.b.t dan Salam UiTM di hatiku

[CARETAKER MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT SESI 2018/2019]

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kami telah dilantik sebagai Caretaker Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat sesi 2018/2019.

Sebarang aduan dan masalah ,
boleh adukan kepada kami melalui talian berikut :

Mirza (Ben) - 013-4115657

Che Fazuan (Abe) - 013-9578557

Atau anda boleh menggunakan medium hashtag kami di Facebook, Instagram dan Twitter.

Harapan kami agar Mahasiswa dapat memberikan kerjasama dan sokongan dalam meningkatkan prestasi Fakulti Pengurusan Maklumat dipersada global.

Sekian, terima kasih.

MUHAMAD MIRZA MATHEEN BIN HAMZAH
CHE MUHD FAZUAN BIN CHE MAT
CARETAKER MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UiTM SHAH ALAM
KAMPUS PUNCAK PERDANA
SESI 2018/2019





31/10/2018

[PERUTUSAN MPP FPM UiTM KEPADA WARGA FPM SEMPENA PEMBUBARAN MPP UiTM SHAH ALAM SESI 2017/2018]

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam UiTM dihatiku.

Hari ini dengan rasminya, kami Muhammad Raffiq Aidrus dan Zulfitri Aidil Zulhazmi akan melepaskan jawatan sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam sesi 2017/2018.

Alhamdulillah, bersyukur kami kepada illahi, kerana diberikan ruang dan peluang untuk menjadi wakil pelajar sepanjang sesi 2017/2018.

Di kesempatan ini ,kami ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan seperjuangan kami, MPP UiTM Shah Alam sesi 2017/2018, para ahli Sekretariat Mahasiswa Fakulti Pengurusan Maklumat , mantan-mantan MPP, mantan-mantan SMFPM, pihak UiTM, pihak pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat dan para pensyarah. Tidak lupa juga kepada geng gerak kelas, geng bola dan semua mahasiswa UiTM kampus Puncak Perdana yang sentiasa berada di belakang kami selama ini. Tanpa anda kami tidak mungkin mampu melakukan kerja kerja kami dengan jayanya. Tanpa anda semua juga tidak mungkin kami berada di sini. Terima kasih tak terhingga banyak memberi kerjasama dan kepercayaan kepada kami sepanjang penggal kami bergelar MPP.

Kami juga ingin meminta maaf andai tidak dapat menunaikan permintaan anda dan tidak dapat memperjuangkan nasib anda. Tetapi kami telah cuba yang terbaik untuk membantu anda semua.

Oleh itu, kami juga memohon anda semua untuk terus menyokong dan membantu pada pucuk kepimpinan pelajar yang seterusnya iaitu ‘Caretaker’ yang akan menjalankan tugas dan fungsi MPP, sementara menunggu proses perangkaan bagi sistem wakil pelajar pada masa akan datang. Caretaker yang akan telah dilantik oleh Naib Canselor UiTM daripada Fakulti Pengurusan Maklumat adalah Saudara Che Muhammad Fazuan Bin Che Mat (Abe) dan Saudara Muhammad Mirza Matheen Bin Hamzah (Ben). Teruskan menyokong mereka supaya nasib pelajar terus terbela. Tanpa anda mereka takkan berjaya.

Akhir kata, dalam memastikan Caretaker dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan efektif, kerjasama dari semua pihak amat diharapkan. Rakan mahasiswa seharusnya menggunakan saluran aduan yang betul dalam menyuarakan permasalahan anda dan juga haruslah peka dengan dasar yang ingin disampaikan oleh mereka agar segala persoalan dapat dirungkaikan dengan berkesan dan harmoni.

Yang baik datang daripada Allah SWT, yang buruk datang daripada kami sendiri. Kami tidak mampu membalas jasa kalian. Hanya Allah yang mampu membalas jasa anda.

Sebelum kami akhiri kata-kata ini, serangkap pantun kami rungkaikan kepada rakan-rakan seperjuangan

Hang Tuah pahlawan terbilang,
Bunuh J***t kerana raja,
MPP tidak akan hilang,
Selagi ahlinya tetap setia.

‘TOGETHER, WE EMPOWER’

Zulfitri Aidil Bin Zulhazmi
Muhammad Raffiq bin Aidrus
Mantan Majlis Perwakilan Pelajar
Fakulti Pengurusan Maklumat
Universiti Teknologi Mara
Sesi 2017/2018


Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Shah Alam