08/05/2026
π’π’ ππππππππ ππππππ πππππππ ππππππ πππππ ππππππ ππ
Dimaklumkan bahawa pihak Kelab Kitar Semula Sekolah akan mengadakan Program Kitar Semula bagi memupuk kesedaran dalam kalangan murid tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
πSehubungan itu, semua murid, ibu bapa dan guru2 digalakkan untuk menyumbang bahan kitar semula seperti:
β»οΈ Kertas
β»οΈ Botol plastik
β»οΈ Tin aluminium
β»οΈMinyak masak terpakai
Kerjasama dan sokongan semua amatlah kami hargai dalam menjayakan program ini demi kelestarian alam sekitar.
Terima kasih.
08/05/2026
π·πΈ ππππ ππππππππππ πππππ ππππ πππππ πππ ππππππππ πππππ πππππ
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah menerima amanah sebagai Ketua dan Penolong Kelas bagi sesi persekolahan tahun ini. Semoga pelantikan ini dapat membentuk sikap kepimpinan, bertanggungjawab serta menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan yang lain.
Semoga semua pemimpin kecil ini dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi demi mewujudkan suasana kelas yang ceria, harmoni dan berdisiplin. π
Unit Hal Ehwal Murid
β¨πͺππππππππ ππππππ πππππππππβ¨
08/05/2026
π·πΈ ππππππππ πππ-πππ ππππ πππππππππ ππππππππππ πππππ ππππ
Karnival KMR-PBL STEM merupakan program pembelajaran berasaskan projek yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selaras dengan aspirasi Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) yang mengintegrasikan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Pendekatan ini bertujuan untuk melahirkan murid yang kreatif, inovatif serta mampu menguasai kemahiran berfikir aras tinggi, komunikasi dan kolaboratif melalui penghasilan serta pembentangan projek inovasi.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Cikgu Yuhanissa binti Abdul Samad selaku guru pembimbing serta 4 orang murid Tahun 6 iaitu Nur Awliya Syuhada binti Mohd Fadli, Nur Amira binti Muhamad Nizam, Ilman Mikhail bin Loqman, Ahmad Wafy Zikri bin Muhammad Firdaus yang telah mewakili sekolah dalam pertandingan inovasi sempena Karnival KMR-PBL STEM Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.
Projek inovasi yang dipertandingkan ialah βPenapis Air Kolam DIY Berkuasa Solarβ, iaitu satu inovasi sistem penapisan air yang dihasilkan menggunakan bahan buangan kitar semula serta tenaga boleh baharu daripada sumber solar bagi menggerakkan sistem tersebut. Inovasi ini bukan sahaja memanfaatkan bahan terpakai menjadi teknologi yang berguna, malah turut menyokong usaha pemeliharaan dan kelestarian alam sekitar.
Semoga penyertaan ini menjadi pemangkin kepada budaya inovasi dalam kalangan warga sekolah serta terus mencipta kecemerlangan pada masa akan datang.
6 Mei 2026 | Rabu | Sk Seksyen 27(2)
β¨ πͺππππππππ ππππππ πππππππππ β¨
08/05/2026
π·πΈ πππππππππ πππππππ πππππ ππππ πππππ ππππ β¨
Program Sinar Pagi ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam kemahiran membaca dengan bimbingan dan sokongan daripada murid-murid yang mahir dan cemerlang.
Ia juga memberi peluang kepada murid-murid tahap dua untuk mengasah kemahiran memimpin dan mengajar.
Sasarannya ialah murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 3 dan juga murid tahun 3 hingga 5 yang dikenal pasti lemah dalam pembelajaran khususnya kemahiran membaca sebagai mentee.
8 Mei 2026 | Jumaat
Panitia Bahasa Melayu
β¨ πͺππππππππ ππππππ πππππππππβ¨
08/05/2026
π·πΈ πππππππππ πππππππ ππππ ππππππππ πππππππ 2026
Tahniah dan syabas β¨
13 April 2026 | Isnin | SK Bukit Jelutong
β¨ πͺππππππππ ππππππ πππππππππβ¨
04/05/2026
π·πΈ ππππππ πππππππππππ ππππππ πππππππ ππππππππ πππππππ,ππππππ πππ ππππ πππππππππ πππ πππ ππππππ β¨
Tahniah dan syabas!
ISNIN | 4 MEI 2026
β¨ πͺππππππππ ππππππ πππππππππβ¨
26/04/2026
π·πΈ πππππππππ πππππ πππππππ ππ ππππ πππππ πππ πππππ ππππ
Tema : Buah-buahan
πΈπ₯ *LINK GOOGLE DRIVE FOTO DAN VIDEO HARI KST SKAMD KALI KE-27*
https://drive.google.com/drive/folders/1I09Tggs3Q7KwY7thk7jrMbqAB7X3k-ZK
SABTU | 25 APRIL 2026
β¨ πͺππππππππ ππππππ πππππππππβ¨
24/04/2026
β¨πππππππ πππππππ πππππ ππππβ¨
"Daftar awal, bawa pulang hadiah Decathlon! π
Ibu bapa & Guru SK Alam Megah Dua, jangan lepaskan peluang memenangi hadiah eksklusif sempena Kejohanan Sukan Tahunan 2026.
π Kaunter Pendaftaran: 7.45 - 8.30 pagi sahaja!
πββοΈ Siapa cepat, dia berpeluang menang!"
Kejohanan Sukan Tahunan
Sabtu | 25 April 2026 | Padang SKAMD
β¨ πͺππππππππ ππππππ πππππππππ β¨
24/04/2026
ππππ!!
Sekitar persiapan dan raptai hari Kejohanan sukan Tahunan tahun 2026!
Semua dijemput hadir memeriahkan kejohanan!
24/04/2026
π·πΈ πππππππ ππππππ πππππππππππ ππππππ ππππ πππππ ππππππ πππππππ πππππππππ πππππ πππππππ πππππ ππππ
Acara padang :
1) Lompat Jauh
2) Lompat tinggi
3) Lontar peluru
4) Tarik Tali
Tahniah dan syabas!
β¨ πͺππππππππ ππππππ πππππππππβ¨
23/04/2026
π£π£ 1 ππππ ππππ!
πππππππππ πππππ πππππππ ππ ππππ πππππ πππ
β
25/4/2026
β
Sabtu
β
7.30 pagi - 12.30 Tengah hari
β
Padang SK Alam Megah Dua
β
Murid tahun 3,4,5 & 6
Ibu bapa / Penjaga dijemput hadir memeriahkan Kejohanan Sukan Tahunan
β¨ πͺππππππππ ππππππ πππππππππβ¨