30/10/2023
Assalammualaikum & Selamat petang,
Pada 21 Oktober (Sabtu) yang lepas, kami menganjurkan seminar yang di khusus kan kepada ibu bapa yang mencari ilmu bagaimana untuk memahami karakter dan potensi anak-anak mereka.
Setiap dari kita mempunyai personaliti yang berbeza, sikap, cara berpikir dan tingkah laku.
Dalam seminar tersebut, kami Integrated Education Solution (IES) menjemput dua insan yang berperwatakan berbeza, skill dan kemahiran yang berbeza tapi matlamat yang sama.
Pada sesi itu, Tuan Mohd Farid membantu membongkar rahsia personaliti peserta. Apa kelebihan dan kekuatan yang mereka ada melalui slot "WHO ARE YOU"
Pada sesi Abg Nizal Mohammad pulak, peserta diberikan booster melalui slot "I AM A FERRARI". Melalui slot ini, menerangkan setiap dari kita di muka bumi ini adalah khalifah. Bagaimana nak jadi khalifah yang terbaik melalui kelebihan yang mereka ada.
Dalam seminar itu juga, ada sesi soal jawab One to One. Melalui sesi ini, peserta akan rasa lebih selesa dan keyakinan mereka semakin tinggi.
Kami akan anjurkan sesi yang lebih santai dan lebih fokus One to One session. Setiap sesi kami hadkan dari 10 hingga ke 15 orang.
In Sha Allah, sesi itu akan diadakan pd 18 Nov nanti. Jom book slot korang.
Siapa yang perlu hadir ke sesi ini?
Ibu bapa yang masih pening untuk memahami karakter anak mereka dan ibu bapa yang risau dengan pendidikan anak-anak mereka.
Untuk pendaftaran boleh klik di link ini
https://wa.link/uxp2vd
https://wa.link/uxp2vd
https://wa.link/uxp2vd
19/10/2023
MEMBEZAKAN KITA DENGAN ORANG LAIN ADALAH ILMU PENDIDIKAN
Sesi Live semalam bersama dengan Coach PersonalitiX Mohd Farid & Coach Celebriti Nizal Mohammad ada berkongsi tentang bezanya kita dengan orang lain adalah ilmu pendidikan.
Cara kita bercakap, berjalan, body language boleh menceritakan siapa kita sebenarnya.
Topik ini seperti ada kaitan dengan cerita seorang pempengaruh @ Influencer yang hilang beratus ribu followers akibat keceluparan dia sendiri.
Kes saman ratusan ribu yang perlu di bayar oleh Influencer sebab statement "body shaming" di media sosial.
Semua itu berlaku sebab kurang nya ilmu.
Tolong beritahu kepada anak-anak kita yang Influencer ini bukan nya kerjaya tetap dan tidak akan kekal atau relevan sampai bila-bila.. Influencer naik selari dengan keperluan masa sekarang ini.. di masa hadapan kita tak tahu apa yang akan berlaku
Nak jadi orang hebat contohi Sheikh Muzaffar angkasawan pertama negara, Khairul Aming graduan luar negara yang sangat humble dan ramai lagi..
Mereka di kenali sebab kepakaran dalam bidang mereka sendiri dan mereka di hormati dan segani oleh seluruh lapisan masyarakat..
Ibubapa pening dengan keadaan anak-anak sekarang ini.. luangkan masa anda pada hari Sabtu ini untuk ikuti seminar yang kami anjurkan.
Kami bantu selongkar potensi, kelebihan, kekuatan dan keistimewaan anak-anak anda, dalam masa yang sama ibubapa akan lebih mengenali karakter anak-anak kalian yang sebenarnya.
Maklumat program ada di ruangan komen..
18/10/2023
SIAPA AKU??
Pernahkah adik-adik tanya pada diri sendiri tentang SIAPA AKU?
Apakah kekuatan dan kelebihan yang adik-adik ada?
Ke mana halatuju adik-adik selepas habis SPM nanti?
Ibubapa, adakah kalian sudah cukup mengenali karakter anak kalian? Tentang minat mereka? Cita-cita mereka? Impian mereka?
Guru-guru, apakah inisiatif yang kalian lakukan pada anak murid kalian dalam usaha mereka untuk mendapat SKOR A dalam mata pelajaran mereka?
Adakah mereka bersemangat atau "lack of motivation" dalam pelajaran?
Banyak persoalan yang bakal kami rungkaikan untuk anda semua.. iaitu adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan penting, ibubapa dan guru-guru.
Anda semua dijemput hadir ke seminar "SIAPA AKU? AKU FERRARI..." seperti berikut;
Tarikh : 21/10/2023, Sabtu
Waktu : 9.00 pagi - 1.00 petang (Pendaftaran jam 8.30 pagi)
Lokasi : Hotel Alami Garden, Seksyen 13 Shah Alam
Untuk pendaftaran boleh isi maklumat di link ini π https://forms.gle/UoBSuayjUhfFikj16 dan program adalah PERCUMA.
Anjuran
Pendidikan Mesra Rakyat