13/06/2026
[๐๐ฆ๐ฅ ๐ง๐ข๐ง: ๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐๐ฆ๐ฅ ๐๐ ๐๐ฅ๐๐ก๐ ๐ง๐ข๐ง 2026]
Temasya Olahraga Tahunan (TOT) UiTM 2026 menyaksikan warga Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) tampil dengan semangat juang yang tinggi apabila seramai 39 atlet pelajar berjaya meraih 18 pingat keseluruhan, terdiri daripada 3 emas, 3 perak dan 12 gangsa. Dalam kategori staf p**a, 7 atlet FSR yang mewakili kontinjen Shah Alam turut menyumbang 7 pingat, iaitu 2 emas, 4 perak dan 1 gangsa.
Lebih membanggakan, Dekan FSR, Profesor Dr. Raja Mohammed Firhad Raja Azidin, turut turun padang dan berjaya merangkul pingat emas dalam acara lontar peluru veteran. Kejayaan ini membuktikan bahawa kecemerlangan FSR bukan sekadar terletak pada pencapaian, malah terserlah melalui semangat berpasukan, disiplin serta kepimpinan melalui teladan. Tahniah kepada seluruh atlet, jurulatih dan warga FSR atas kejayaan mengharumkan nama fakulti di pentas TOT 2026. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar prestasi yang lebih gemilang pada masa hadapan.
11/06/2026
[๐๐ฆ๐ฅ ๐ง๐๐๐๐ก๐ง๐๐จ๐: ๐ง๐๐ฃ๐ ๐ฆ๐ ๐๐ฅ๐ง 3.0: ๐ฃ๐ฅ๐๐๐ง๐๐๐๐ ๐ฆ๐จ๐ฃ๐ฃ๐ข๐ฅ๐ง ๐๐ข๐ฅ ๐๐๐ง๐ง๐๐ฅ ๐ ๐ข๐ฉ๐๐ ๐๐ก๐ง]
Ready to enhance your sports taping skills with an evidence-based approach?
Join TAPE SMART 3.0, a hands-on kinesiology taping course designed for students, practitioners, coaches, trainers, and anyone interested in improving movement support and athletic performance.
๐
Date: 18 July 2026 (Saturday)
โฐ Time: 8.00 AM โ 6.00 PM
๐ Venue: FSR Gym Studio, UiTM Shah Alam
๐ฐ Fee: RM250
๐ Participants will receive:
โ
2 x Kinesiology Tapes
โ
Certificate of Participation
โ
Practical, evidence-based learning experience
๐ฒ๐นLight refreshments & Lunch will be provided
๐จโ๐ซ Instructor:
Dr. Mohd Zulkhairi Mohd Azam
Deputy Dean (Student Affairs)
Faculty of Sports Science and Recreation, UiTM Shah Alam
๐ Limited seats available!
๐ Registration Link:
https://forms.gle/jeffN5bbFUx2tANq7
๐ For inquiries:
Dr. Nurul: +6013-453 0344
Dr. Wan Atiya: +6018-202 2550
Dr. Norliza: +6013-7377358
Don't miss this opportunity to level up your skills, support better movement, and empower athletes! ๐ช๐ฝ๐โโ๏ธ๐๏ธโโ๏ธ
.0
11/06/2026
[๐๐ฆ๐ฅ ๐๐ฉ๐๐ก๐ง: ๐๐ฆ๐ฅ ๐ฃ๐ฅ๐ข ๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐ ๐๐๐๐ก๐๐: ๐ฌ๐ข๐จ๐ฅ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐ง ๐ฆ๐ช๐๐ก๐ ๐ฆ๐ง๐๐ฅ๐ง๐ฆ ๐๐๐ฅ๐]
FSR Pro Edge Golf Clinic: "My First Swing" merupakan program anjuran pelajar Diploma SR117/06 melalui kursus SMG253 (Sports Event Management) dan SPS107 (Golf). Program ini terbuka kepada seluruh warga UiTM yang ingin mempelajari asas sukan golf dalam suasana santai dan mesra pemula.
Maklumat program:
๐
Tarikh: 28 Jun 2026 (Ahad)
๐ฃ Masa: 8.30 pagi โ 2.00 petang
๐ Tempat: KEC Klang Driving Range, Bukit Raja, Shah Alam
๐ฐ Yuran: RM50 (Staf) | RM30 (Pelajar)
๐ Terbuka kepada staf dan pelajar UiTM
๐๏ธ Sesuai untuk peserta yang tiada pengalaman bermain golf
๐ Set golf disediakan, goodies bag, minuman, cabutan bertuah dan sijil penyertaan
๐ฅ Tempat terhad kepada 30 peserta sahaja
Berminat untuk mencuba sukan golf buat kali pertama? Imbas kod QR pada poster dan daftarkan diri anda sekarang. Jangan lepaskan peluang untuk belajar, berkenalan dan menikmati pengalaman baharu bersama FSR. Jumpa anda di padang latihan!
11/06/2026
[๐๐ฆ๐ฅ ๐ช๐ข๐ ๐๐ก: ๐ ๐๐ ๐๐๐ก๐ ๐๐๐ฃ๐๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐ก ๐ช๐๐ก๐๐ง๐ ๐๐๐ ๐ ๐ ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฃ๐๐ก ๐ฆ๐จ๐๐๐ก]
Pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) telah menghadiri Seminar Wanita Dalam Sukan Kebangsaan 2026 yang berlangsung pada 10โ11 Jun 2026 di Majlis Sukan Negara Malaysia.
Penyertaan ini memberi peluang untuk menimba ilmu, berkongsi pandangan, serta memahami isu dan cabaran semasa berkaitan penglibatan serta kepimpinan wanita dalam bidang sukan. Semoga perkongsian dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan bersama para pelajar dalam melahirkan graduan yang lebih berpengetahuan, berdaya saing dan peka terhadap agenda pemerkasaan wanita dalam sukan.
11/06/2026
[๐๐ฆ๐ฅ ๐๐๐๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐๐ฃ: ๐ฃ๐จ๐๐ก ๐๐๐ ๐๐๐ง๐ข๐ก ๐๐จ๐ฆ๐ฅ๐๐ก ๐ ๐๐ก๐๐ฅ๐๐๐จ๐ ๐๐ก๐ข๐ฉ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ฅ๐๐ก]
Dekan dan warga Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM Shah Alam merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Jamiaton Kusrin atas pelantikan sebagai Penyelaras Penyampaian dan Pembelajaran Inovatif (IDL) FSR. Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, pengalaman dan dedikasi beliau dalam memperkasa amalan pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif, dinamik serta berimpak tinggi.
Semoga amanah yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang dalam usaha memperkukuh budaya inovasi pengajaran di FSR. Didoakan agar Puan Jamiaton terus diberikan kejayaan, dipermudahkan segala urusan serta menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik demi melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing.
11/06/2026
[๐๐ฆ๐ฅ ๐๐๐ข๐๐๐: ๐๐๐๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐ ๐จ๐ก๐ก๐๐ฆ ๐๐๐ก ๐จ๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐ฆ๐ฅ]
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM telah mengadakan sesi perjumpaan bagi menyambut kehadiran para pelajar program pertukaran antarabangsa yang akan mengikuti pengajian di fakulti sepanjang semester ini. Program ini mencerminkan komitmen FSR dalam memperkukuh agenda pengantarabangsaan serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang inklusif dan berdaya global.
FSR dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran empat orang pelajar daripada Universiti Negeri Semarang (UNNES), Indonesia iaitu Rafid Syahputra, Muhammad Zihni Naim, Rau Regan Rajendra dan Rafi Andhika Kusuma, serta seorang pelajar daripada Universiti Brunei Darussalam, Awangku Mohammad Farid Vijaya Bin Pengiran Haji Emran. Kehadiran mereka bukan sahaja memperkayakan pengalaman akademik dan perkongsian budaya, malah membuka ruang kepada pembentukan jaringan persahabatan serta kolaborasi rentas negara.
Semoga pengalaman pembelajaran sepanjang berada di FSR menjadi satu perjalanan yang bermakna dan meninggalkan kenangan yang indah buat semua pelajar. Selamat datang ke keluarga besar FSR. Semoga program mobiliti ini terus menjadi pemangkin kepada pengukuhan hubungan akademik antarabangsa serta melahirkan graduan yang berfikiran global dan menghargai kepelbagaian budaya.
11/06/2026
[๐๐ฆ๐ฅ @ ๐๐๐ข๐ฆ๐๐ฅ26: ๐๐ฆ๐ฅ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ง๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐ @ ๐จ๐ก๐ฃ ๐ฎ๐ฉ]
Delegasi Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM telah menyertai The 10th International Conference of Sports, Health and Recreation (ICOSHR 2026) anjuran Universitas Negeri Padang (UNP), Indonesia. Persidangan Hibrid bertemakan โPerformance Analysis, Guidance and Exercise in Sportsโ ini menghimpunkan para penyelidik dan akademik dari pelbagai negara untuk berkongsi ilmu serta dapatan penyelidikan terkini. Lebih membanggakan, pensyarah FSR, Prof. Madya Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie dan mahasiswa FSR, Nurul Athilah Aliah binti Muhammad Nasir masing-masing telah menerima pengiktirafan sebagai Pembentang Terbaik.
Delegasi FSR turut diwakili oleh para pensyarah; Prof. Dr. Mohad Anizu Mohd. Nor, Dr. Norasrudin Sulaiman, En. Rahmat Adnan, En. Adam Afif Mohamad Azmi dan Muhammad Faizal bin Kutip, bersama beberapa mahasiswa FSR yang membentangkan hasil penyelidikan masing-masing. Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan FSR dalam memperkukuh budaya penyelidikan serta meningkatkan keterlihatan fakulti di peringkat antarabangsa.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Universitas Negeri Padang ๐ฎ๐ฉ Universitas Negeri Padang selaku tuan rumah atas layanan yang amat mesra, pengurusan persidangan yang cemerlang serta hospitaliti yang cukup istimewa sepanjang keberadaan delegasi FSR di Padang. Semoga hubungan erat yang terjalin ini terus diperkukuh melalui lebih banyak kerjasama strategik pada masa hadapan demi memajukan bidang sukan, kesihatan dan rekreasi di peringkat serantau dan antarabangsa.
10/06/2026
[๐๐ฆ๐ฅ ๐๐ซ๐ฃ๐๐ฅ๐ง: ๐๐๐ง๐ขโ ๐๐ฅ. ๐ฃ๐๐๐๐ก ๐ฅ๐๐ ๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐จ๐ฃ๐๐ฆ ๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ง ๐๐๐๐๐ฅ๐จ ๐๐๐๐ ๐ช๐ข๐ฅ๐๐ ๐๐จ๐ฃ 2026]
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perkongsian eksklusif daripada Datoโ Dr. Pekan Ramli, Pensyarah Kanan Kontrak Khas Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM menerusi program Selamat Pagi Malaysia, RTM. Beliau akan membincangkan topik "48 Pasukan, Satu Impian: Menilai Impak Format Baharu FIFA World Cup 2026", dengan kupasan yang menarik mengenai peluang, cabaran serta kesan perubahan format kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia.
Ayuh bersama-sama mengikuti perbincangan yang sarat dengan analisis, pandangan kritis dan perspektif akademik terhadap landskap baharu bola sepak antarabangsa. Saksikan Selamat Pagi Malaysia pada Khamis, 11 Jun 2026, dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi di RTM dan jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu daripada kepakaran warga FSR. Kita jumpa di sana!
10/06/2026
[๐๐ฆ๐ฅ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐๐๐: ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ง๐๐ก๐ ๐๐ฅ. ๐ก๐ข๐ฅ๐๐๐ญ๐ ๐ ๐ข๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐ฆ๐ฅ!]
Dekan dan warga Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM Shah Alam dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran Dr. Norliza Mohd Salleh sebagai Pensyarah Kanan ke dalam keluarga besar FSR.
Semoga pengalaman, kepakaran dan dedikasi yang dibawa akan terus memperkukuh kecemerlangan pengajaran, penyelidikan serta khidmat masyarakat di FSR. Selamat datang ke FSR dan semoga perjalanan baharu ini dipenuhi dengan kejayaan serta memberi manfaat kepada seluruh warga fakulti dan para pelajar.
10/06/2026
[๐๐ฆ๐ฅ ๐๐ซ๐ฃ๐๐ฅ๐ง: ๐๐ฅ. ๐ฅ๐๐๐๐๐ก๐ ๐ฆ๐๐๐ฅ๐๐ฅ ๐๐๐ฉ๐๐ก๐๐๐ก๐ ๐ง๐๐ ๐๐จ๐ง๐จ๐ฅ๐ ๐ข๐ ๐ช๐ข๐ ๐๐ก ๐๐ก ๐ฆ๐ฃ๐ข๐ฅ๐ง๐ฆ ๐๐๐ข๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐๐ฆ]
The Faculty of Sports Science and Recreation (FSR) extends its heartfelt congratulations to Dr. Raihana Sharir on her appointment as a Women in Sports Biomechanics Ambassador by the Eurasian Society of Sports Biomechanics (ESSB).
This prestigious recognition reflects her expertise and excellence in the field of sports biomechanics at the international level. May Dr. Raihana continue to contribute her knowledge, empower greater female participation in sports science, and inspire future generations of researchers and practitioners in the pursuit of excellence.