Panitia Pendidikan Islam Sk Bukit Rimau/Surau Al Ihsan

Panitia Pendidikan Islam Sk Bukit Rimau/Surau Al Ihsan

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Panitia Pendidikan Islam Sk Bukit Rimau/Surau Al Ihsan, Education, Seksyen 32, Shah Alam.

Photos from Panitia Pendidikan Islam Sk Bukit Rimau/Surau Al Ihsan's post 09/10/2021

New ladies' high-heeled sandals, exquisite atmosphere, cash on delivery!

20/08/2021

PEMENANG VIDEO KREATIF BIRRUL WALIDAIN 2021

Tempat Pertama
-Mirza Hadif Athmar bin Muhaimin 6 Inspira

Tempat Kedua
-Muhammad Muizzuddin bin Anuar 6 Wira

Tempat Ketiga
-Dinie Muhammad Aqil bin Mohd Ali 5 Savvy

🌟Tahniah diucapkan kepada pemenang dan peserta pertandingan.

🌟Hadiah akan diberikan kepada pemenang apabila sekolah mula dibuka.

14/08/2021
31/07/2021

*Pertandingan Video Kreatif Birrul Walidain 2021*

📌Terbuka untuk murid tahun 4, 5 dan 6 SKBR

📌Pertandingan bermula 2 Ogos hingga 8 Ogos 2021

📌Hantar video di link yang disediakan.
https://forms.gle/CJHGRUASLVrWnkhcA

23/07/2021

Semoga istiqamah mengamalkan surah al-kahfi

Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:

1) Pemuda gua (al-kahf)
2) Pemilik kebun dan rakannya
3) Nabi Musa & Khidir AS
4) Zulqarnain

Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat:

Pemuda gua - Fitnah aqidah/iman
Pemilik kebun - Fitnah harta
Nabi Musa & Khidir - Fitnah ilmu
Zulqarnain - Fitnah kekuasaan

Guess what? 4 fitnah ni juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti! 😱

Dah mula nampak perkaitan surah al kahfi dengan fitnah dajjal?

Di sinilah relevannya baca surah al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah ni bukan hanya brcerita, tapi bagi solusinya juga!

Bagaimana?

Fitnah aqidah - bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat

Fitnah harta - mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal dan banyak mengingati mati/akhirat

Fitnah ilmu - kena tawadhu'/rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak sombong untuk menuntut ilmu dari Khidir

Fitnah kekuasaan - Kena tawadhu' dan ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan dirinya bahawa kekuasaannya ialah dari Allah

Tapi ada yang lagi mind blowing 🙌🏻🙌🏻🙌🏻

Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, surah al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dahsyat lagi.

Tema utama surah ini ialah DAKWAH! 😱

Bukankah para pemuda al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?

Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu dakwah?

Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?

Dan bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya? ✨

Rupa-rupanya untuk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu berdakwah. And it makes complete sense!

Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita dan orang ramai dari fitnah-fitnah ini.

Aslih nafsak, wad'u ghairak! 🌹

Orait kita beralih ke fitnah dajjal.

Ada 4.

Fitnah iman, harta, ilmu dan kuasa.

Bagaimana?

Fitnah Iman :
Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan org mati apa semua.

Fitnah Harta :
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikut dia.

Fitnah Ilmu :
Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.

Fitnah Kuasa :
Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya).

So dah nampak tak macam mana surah al-Kahfi boleh jaga dan lindungi kita dari fitnah Dajjal? It makes sense right?

Jadi lepas ni, bila baca al-Kahfi, janganlah baca macam tu je. Baca, cuba faham maksud dan paling penting, cuba untuk amalkan!

Sebab semua fitnah Dajjal tu in a way dah ada pon zaman sekarang ni. Cuma taklah dalam skala dahsyat macam fitnah Dajjal.

Kalaulah baca dan amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah fitnah lain!

Maka marilah kita istiqamah dan beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya!

Hanya Allah maha mengetahui setiap sesuatu
Kejadian

SURAH AL KAHFI

Orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit. (Mafhum hadith)

Orang yang membaca/mengamalkan surah al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal. (Mafhum hadith)

Nukilan Ustaz Zulkifli Ahmad
Cnp dari Dr. Umi Kalthum Ngah

Photos from Panitia Pendidikan Islam Sk Bukit Rimau/Surau Al Ihsan's post 15/04/2021

Permata Ayah Bonda, anak Soleh dan Solehah..


Covid19

14/04/2021

Aktiviti Panitia Pend Islam dan Bhs Arab sempena Ramadhan.

TAKBIR RAYA SK BUKIT RIMAU 2020 23/05/2020

ini adalah kerjasama antara Guru, Pelajar dan Alumni Lelaki SKBR untuk menghasilkan satu video takbir raya.
semuanya dilakukan di kediaman masing-masing..terima kasih yang menjayakan projek ini.

video ini boleh ditonton di link yang disediakan.
akan dilancarkan jam 7.30 malam ini.
selamat hari raya Aidilfitri
semoga kita dapat bertemu semula apabila sekolah dibuka nanti.

TAKBIR RAYA SK BUKIT RIMAU 2020 KERJASAMA ANTARA GURU , PELAJAR DAN ALUMNI LELAKI SKBR.

19/05/2020

Tazkirah ihya' Ramadan
Siri ke 5 (akhir)
Gpi sk bukit rimau

14/05/2020

Salam ramadan esok jumaat 15 mei, last aktiviti google meet tadarus bersama murid2 SKBR..mari sama-sama join class tadarus esok.

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Seksyen 32
Shah Alam
40460