SM Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam

SM Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam SMPKVSA adalah 1 daripada 5 buah Sekolah Menengah Pendidikan Khas di bawah pentadbiran BPKHAS KPM

22/08/2026

TERIMA KASIH BSN MALAYSIA ๐Ÿ’š

Anak-anak kita adalah penyambung warisan negara.

Setiap daripada mereka membawa cerita yang berbeza, namun disatukan oleh semangat yang sama, jiwa Malaysia.

Semangat ini turut diterjemahkan melalui kisah 69 usahawan mikro yang terus cekal menghadapi cabaran demi kelangsungan perniagaan mereka.

Ikuti "Cerita Mereka, Jiwa Malaysia" dalam semua platform media sosial BSN.

Layari www.bsn.com.my/page/CeritaMerekaJiwaMalaysia untuk maklumat lanjut

Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia yang telah menaja unifom lengkap kepada semua  MBPK K...
20/08/2026

Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia yang telah menaja unifom lengkap kepada semua MBPK Kelab Taekwondo SMPKV Shah Alam dan SKPK Selangor Bermasalah Pendengaran. Semoga semua murid terus memberikan komitmen menjalani latihan sehingga berjaya. ๐ŸŒน

๐ŸŽ‰ TAHNIAH PASUKAN INOVASI SMPKV SHAH ALAM! ๐ŸŽ‰Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) Shah Alam dengan banggan...
18/08/2026

๐ŸŽ‰ TAHNIAH PASUKAN INOVASI SMPKV SHAH ALAM! ๐ŸŽ‰

Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) Shah Alam dengan bangganya telah menghantar dua pasukan inovasi daripada Panitia Operasi Pembuatan Perabot (OPP) dan Panitia Pembuat Pakaian Wanita (PPW) bagi menyertai pertandingan Innovation Development Through Educational Activities (iDEAโ€™26) yang berlangsung dari 2 Mac hingga 18 Jun 2026.

๐Ÿ… PANITIA OPERASI PEMBUATAN PERABOT (OPP)
Produk inovasi: Cross Country Jumping Fences
๐Ÿฅ‰ Pingat Gangsa Inovasi

๐Ÿ† PANITIA PEMBUAT PAKAIAN WANITA (PPW)
Produk inovasi: Easy Carry
๐Ÿฅ‡ Pingat Emas
๐ŸŒŸ Terpilih ke Peringkat Akhir iDEAโ€™26

Kemuncak kejayaan diteruskan apabila pasukan PPW berentap di Peringkat Akhir iDEAโ€™26 yang berlangsung pada 15 hingga 17 Ogos 2026 bertempat di Dewan Tun Razak 75, Temerloh.

๐Ÿ† NAIB JOHAN KESELURUHAN
๐Ÿ“Œ Bidang Teknologi Rekaan Fabrik

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid, guru pembimbing serta seluruh warga SMPKV Shah Alam atas usaha, kreativiti, komitmen dan semangat inovasi yang telah mengharumkan nama sekolah. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Terus berinovasi, terus mencipta kejayaan! ๐Ÿš€โœจ




๐Ÿ“ข ๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก MBPK TINGKATAN 4 ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿณ.Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (SMPKVS...
14/08/2026

๐Ÿ“ข ๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก MBPK TINGKATAN 4 ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿณ.

Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (SMPKVSA) membuka permohonan kemasukan bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) untuk sesi persekolahan Tahun 2027.

๐ŸŽ“ Pelbagai kursus kemahiran ditawarkan daripada ๐—ฆ๐—ถ๐—ท๐—ถ๐—น ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฝ ๐Ÿญ ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฝ ๐Ÿฏ

๐Ÿ“… ๐™‹๐™š๐™ง๐™ข๐™ค๐™๐™ค๐™ฃ๐™–๐™ฃ ๐™™๐™ž๐™—๐™ช๐™ ๐™– ๐™ข๐™ช๐™ก๐™–๐™ž 1 ๐™Ž๐™š๐™ฅ๐™ฉ๐™š๐™ข๐™—๐™š๐™ง 2026

Layari atau imbas kod QR untuk maklumat lanjut dan permohonan:
๐Ÿ”— https://epkhas.moe.gov.my/

Jom bina masa depan melalui pendidikan dan kemahiran bersama SMPKV Shah Alam.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Berikut merupakan keputusan bagi Sukan Stacking yang diadakan semasa Karnival Kok...
12/08/2026

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Berikut merupakan keputusan bagi Sukan Stacking yang diadakan semasa Karnival Kokurikulum, Sukan Dan Kesenian Pendidikan Khas Peringkat Negeri Selangor 2026.

- Tengku Sofea Batrisya binti Tengku Ismith (SMPKV Shah Alam) telah mendapat tempat ke 3 ๐Ÿฅ‰bagi disiplin Cycle.

Tahniah dan syabas diucapkan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Semoga kemenangan ini akan menjadi nadi kepada pembangunan sukan stacking di peringkat yang lebih tinggi. Terima kasih๐Ÿซฐ

LENSA MAJLIS & FIESTA KONVOKESYEN PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MURID BERKEPERLUAN KHAS SMPKVSA TAHUN 2025 ๐ŸŽ“Majlis Konvo...
08/08/2026

LENSA MAJLIS & FIESTA KONVOKESYEN PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MURID BERKEPERLUAN KHAS SMPKVSA TAHUN 2025 ๐ŸŽ“

Majlis Konvokesyen Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM) SMPKVSA Tahun 2025 telah dirasmikan oleh:

Puan Noor Azulida binti Ahmad
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Perkhidmatan Sokongan, Pendidikan Khas

TAHNIAH KEPADA SEMUA GRADUAN SKM SESI 2024/2025 ๐ŸŽ“

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh graduan atas kejayaan menamatkan pengajian dan berjaya memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi sesi 2024/2025.

Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan kepada perjalanan yang lebih cemerlang dalam bidang kerjaya dan kehidupan. Teruslah memperkasa ilmu, mengasah kemahiran serta menyumbang bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Semoga setiap langkah yang diambil selepas ini dipenuhi dengan kejayaan, keberkatan dan kecemerlangan.

Tahniah dan Selamat Maju Jaya!

"Graduan TVET Berkemahiran, Bersedia Melakar Kejayaan." ๐ŸŽ“โœจ

Program Penebusan Baucar Buku MADANI 2026 bersama Blink Book Sdn. Bhd. telah diadakan dengan jayanya pada 4 Ogos 2026.Pi...
05/08/2026

Program Penebusan Baucar Buku MADANI 2026 bersama Blink Book Sdn. Bhd. telah diadakan dengan jayanya pada 4 Ogos 2026.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada wakil Blink Book Sdn. Bhd., warga sekolah serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan menjayakan program ini.

Semoga inisiatif Baucar Buku MADANI 2026 dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh semua murid untuk mendapatkan bahan bacaan yang berkualiti. Diharapkan usaha ini dapat memupuk budaya membaca, memperluas ilmu pengetahuan serta meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran sepanjang hayat.

๐Ÿ† TAHNIAH WARGA VOKSA! SATU LAGI KEJAYAAN YANG MEMBANGGAKAN! ๐Ÿ†Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejah...
04/08/2026

๐Ÿ† TAHNIAH WARGA VOKSA! SATU LAGI KEJAYAAN YANG MEMBANGGAKAN! ๐Ÿ†

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, tirai Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSS 2026 di Stadium Kuala Selangor telah melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Kontinjen Daerah Petaling Perdana yang berjaya meraih Tempat Ketiga Keseluruhan.

Lebih membanggakan, seorang atlet daripada SMPKV Shah Alam (VOKSA)telah dinobatkan sebagai Olahragawati Kategori BD, sekali gus mengharumkan nama sekolah dan daerah.

๐ŸŒŸ Pencapaian SMPKV Shah Alam (VOKSA):
๐Ÿฅ‡ 11 Pingat Emas
๐Ÿฅˆ 12 Pingat Perak
๐Ÿฅ‰ 7 Pingat Gangsa

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih para atlet, dedikasi jurulatih, komitmen guru-guru serta sokongan padu daripada barisan pengurusan, ibu bapa dan seluruh warga sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut dizahirkan kepada semua penyumbang yang telah menghulurkan bantuan dan sokongan. Semoga segala jasa baik yang diberikan dibalas dengan ganjaran berlipat ganda serta dimurahkan rezeki.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan serta mengangkat nama SMPKV Shah Alam (VOKSA) ke persada yang lebih tinggi.

Tahniah dan syabas kepada semua atlet, jurulatih, guru pengiring dan seluruh warga VOKSA!

Address

Jalan Senangin 17/2A , Seksyen 17
Shah Alam
40200

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00

Telephone

0355109719

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SM Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category