KOLEJ Pendidikan Perdana - KOPEDA

KOLEJ Pendidikan Perdana - KOPEDA Di samping itu KOPEDA juga bersedia membantu Kementerian dalam proses pensiswazahan guru-gurunya. KOPEDA

PENUBUHAN
KOPEDA ditubuh pada Jun 1994 setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan, dan dengan kelulusan ini ia berupa Kolej Perguruan perintis (pioneer) di Malaysia. Rasional penubuhan adalah untuk membekalkan latihan profesional dan komprehensif yang disasarkan kepada guru-guru tadika dan sekolah milik Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan Sektor Swasta - tatkala itu Maktab-Maktab P

erguruan yang wujud adalah milik Kementerian Pendidikan khusus untuk keperluan guru-guru Kementerian sendiri. Satu elemen penting dalam kelulusan ini adalah bahawa pihak penaja berjaya meyakinkan Kementerian pihaknya mampu dan bersedia untuk memberi top priority kepada aspek profesionalisma guru sama ada dari sudut staf, kurikulum, penilaian atau prasarana asas. PREMIS, STAF & PROGRAM
Tidak terasing daripada tradisi pengasasan beberapa institusi pendidikan swasta dan badan berkanun pada era sebelum kewujudan 'IPT Gergasi 6 Bintang' KOPEDA mula beroperasi di sebuah bangunan Jalan SS15/8A, Subang Jaya, sebelum berpindah ke premisnya sekarang di Seksyen 8, Shah Alam, 1 1/2 tahun kemudian pada akhir 1995. Adalah prinsip utamanya bahawa semua staf profesional, daripada CEO, Pengetua, Pengurus Program hinggalah ke Pensyarah di bilik kuliah terdiri daripada staf yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang pendidikan guru - ramai mereka ini terdiri daripada pesara-pesara yang berjawatan kanan sama ada daripada Bahagian Pendidikan Guru atau Maktab Perguruan, Kementerian Pendidikan, manakala di kalangan staf sambilan p**a terdapat pesara-pesara daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Awam. Fokus programnya p**a adalah kursus-kursus perguruan untuk tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. PROGRAM SULONG
Sebaik sahaja KOPEDA mula beroperasi program pertama yang dilancarkan pada Jun 1994 adalah Kursus Perguruan Prasekolah, khusus untuk guru-guru prasekolah dalam perkhidmatan 'Sarawak Economic Development Corporation (SEDC)' di bawah anak syarikatnya SEDIDIK. Kursus ini adalah dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC) dan dikendalikan di Pusat Luar KOPEDA di Kuching - mereka yang dipilih khas untuk mengikuti kursus sepenuh masa menyertainya di pusat induk KOPEDA di Subang Jaya/Shah Alam. Kursus ini kemudian berkembang ke Sibu dan Miri dan turut disertai oleh guru-guru prasekolah swasta daripada seluruh Sarawak. Pengambilan pertama guru-guru SEDIDIK ini bermula pada 1994 dan berterusan sehingga 2005 - pengambilan terakhir tamat pada 2007 dan hampir 200 guru prasekolah SEDIDIK telah dilatih melalui skim ini. Pada masa yang sama program ini juga dikembangkan ke Pusat Luar KOPEDA di Kota Bharu, Kelantan, (2004-2006) dan Kota Kinabalu, Sabah, (2005-2007). Bagi Pusat Luarnya di Kuching dan Kota Kinabalu p**a suatu kelulusan baru daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membenarkan KOPEDA mengendali program barunya Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK) mulai 2007, tetapi pengambilan dibenarkan hanya untuk 2 tahun sehingga 2009 - justeru DPAK di Sarawak dan Sabah menyaksikan pengajian tamat pada 2011/2012. PROGRAM KOLABORASI
Susulan satu perbincangan khas yang telah diadakan dengan YB Menteri Pendidikan maka pada Januari 1995 pihak Kementerian telah meluluskan 2 program kolaborasi/kerjasama di mana KOPEDA dibenar mengendali Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) dan Kursus Perguruan Asas (KPA), kedua-dua milik Kementerian (Bahagian Pendidikan Guru/BPG), di Pusat Induknya di Subang Jaya (kemudian di Shah Alam) dan di Pusat-Pusat Luarnya di Kota Kinabalu dan Kuching. Pada awal 1995 KPLI dilancarkan di premisnya di Subang Jaya secara sepenuh masa dengan 4 pelajar. Bagaimana pun, pada akhir tahun yang sama KPLI berpeluang melatih guru-guru MRSM sejumlah 54 dalam bentuk KDC. Seterusnya kump**an pertama di Pusat Luarnya di Kuching bermula KPLI pada Oktober 1995 dalam bentuk KDC yang melibatkan sejumlah 19 pelajar, manakala pada masa yang sama kump**an pertama di Pusat Luar Kota Kinabalu dengan sejumlah 38 pelajar memula KPLI juga dalam bentuk KDC. Kursus KPLI secara kolaborasi ini berlanjutan sehingga 2003 dan jumlah yang berjaya tamat kursus di 3 pusat tersebut adalah 749 kesemuanya. Kursus Perguruan Asas (KPA) p**a yang juga dikendali dalam bentuk KDC, di Pusat Luar di Kota Bharu khusus untuk guru-guru Yayasan Islam Kelantan, Jabatan Agama Islam Terengganu dan MARA dengan pelajar seramai 354 dan berjalan sepanjang 1997-1999, manakala di Kota Kinabalu sepanjang 1997-2000 untuk 120 guru-guru Jabatan Agama Islam Sabah, dan sepanjang 1998-2000 untuk 61 guru-guru Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Di samping itu dengan termansuhnya KPA dan digantikan oleh Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) maka Kementerian membenarkan KOPEDA mengendalikan program ini di Pusat Luarnya di Kota Bharu sepanjang 2000-2005 dengan melibatkan sejumlah 46 pelajar (1 kohort sahaja) tajaan Yayasan Islam Kelantan dan juga persendirian. Akhir sekali, mulai 1996 hingga 2001 (sebanyak 3 kohort) KOPEDA diberi kelulusan mengendali Program Kembar Bacelor Pendidikan bersama-sama dengan UPM yang melibatkan 279 pelajar kesemuanya, iaitu khusus bagi bidang Bimbingan & Kaunseling dan TESL yang mana KOPEDA berjaya menghasilkan prestasi cemerlang dengan kelulusan hampir 100% (seorang sahaja yang terpaksa mengulang, tetapi enggan p**a menyambung semula) dan 4 lulus dengan First Class Honours manakala majoriti bakinya lulus dengan Second Upper! PROGRAM SENDIRIAN
Mulai 2002 KOPEDA menumpukan kegiatannya kepada program-program sendirian dengan pelancaran Kursus Perguruan Asas (KPA) miliknya sendiri, berlangsung hingga 2006 - di samping meneruskan Kursus Perguruan Prasekolah (KPP) yang dilanjutkan kelulusannya oleh KPT. Pada 2005 p**a KOPEDA mula mengendalikan Kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK) yang berterusan sehingga sekarang dan berupa program yang pop**ar dengan para pelajar. Akhir sekali, pada 2010 suatu lagi program baru diluluskan oleh KPT, iaitu Kursus Diploma Perguruan Asas (DPA). Kedua-dua program terakhir ini didapati diberi sambutan baik oleh guru-guru Jabatan Agama Islam Negeri. RANCANGAN MASA DEPAN

Sebagai pelopor (pioneer) dalam bidang latihan perguruan KOPEDA beriltizam untuk terus menjadikan program-program bidang ini sebagai program induknya, dengan memfokuskan untuk menentukan program-program perguruannya berkualiti tinggi serta senantiasa dikemaskini. Di samping itu KOPEDA senantiasa prihatin ke arah usaha mempertingkatkan lagi profesionalisma guru-guru penghasilannya sendiri, dan juga guru-guru lain yang berminat, dengan menyediakan kursus-kursus peningkatan (upgraded courses) serta menganjurkan seminar dan bengkel yang berkenaan.

Selamat Hari Guru 🌹Pendaftaran masih dibuka :https://linktr.ee/kolejpendidikanperdana27 Mei 2023 untuk Kursus Dalam Cuti...
16/05/2023

Selamat Hari Guru 🌹

Pendaftaran masih dibuka :

https://linktr.ee/kolejpendidikanperdana

27 Mei 2023 untuk Kursus Dalam Cuti (KDC)
17 Julai 2023 untuk Sepenuh Masa

DIPLOMA PERGURUAN ASAS
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK
DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM

Pendaftaran masih dibuka :https://linktr.ee/kolejpendidikanperdana27 Mei 2023 untuk Kursus Dalam Cuti (KDC)17 Julai 2023...
15/05/2023

Pendaftaran masih dibuka :

https://linktr.ee/kolejpendidikanperdana

27 Mei 2023 untuk Kursus Dalam Cuti (KDC)
17 Julai 2023 untuk Sepenuh Masa

DIPLOMA PERGURUAN ASAS
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK
DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM

Pendaftaran masih dibuka :https://linktr.ee/kolejpendidikanperdana13 Mei - 27 Mei 2023 untuk Kursus Dalam Cuti (KDC)17 J...
11/05/2023

Pendaftaran masih dibuka :

https://linktr.ee/kolejpendidikanperdana

13 Mei - 27 Mei 2023 untuk Kursus Dalam Cuti (KDC)
17 Julai 2023 untuk Sepenuh Masa

DIPLOMA PERGURUAN ASAS
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK
DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM

Praktikum (Diploma Perguruan Asas)
08/05/2023

Praktikum (Diploma Perguruan Asas)

https://linktr.ee/kolejpendidikanperdanaTarikh Pengambilan Pelajar Baru13 Mei 2023 - KDC (Kursus Dalam Cuti)16 Julai 202...
03/05/2023

https://linktr.ee/kolejpendidikanperdana

Tarikh Pengambilan Pelajar Baru

13 Mei 2023 - KDC (Kursus Dalam Cuti)
16 Julai 2023 - Sepenuh Masa

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
DIPLOMA PERGURUAN ASAS
DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM (ODL)

Kem Bina Insan Guru (KEM BIG) dijalankan pada 28 April 2023 sehingga 30 April 2023 seramai 51 Pelajar Sepenuh Masa terli...
02/05/2023

Kem Bina Insan Guru (KEM BIG) dijalankan pada 28 April 2023 sehingga 30 April 2023 seramai 51 Pelajar Sepenuh Masa terlibat di Usima Forest Resort, Ayer Keroh, Melaka.

Kemasukan Pelajar Baru :

Tarikh Pengambilan Pelajar

DIPLOMA:
13 Mei 2023 - KDC (Kursus Dalam Cuti)
16 Julai 2023 - Sepenuh Masa

Sebarang pertanyaan https://linktr.ee/kolejpendidikanperdana

30/01/2023

Sesi Pendaftaran Terbuka Bagi Program Diploma Pendidikan Di Buka:

Bagi lepasan SPM & STPM yang masih lagi belum mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) peluang masih terbuka untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Perguruan & Pendidikan di KOPEDA. Antara kursus yang ditawarkan adalah :

DIPLOMA SEPENUH MASA & SEPARA MASA

🎓 DIPLOMA PERGURUAN ASAS, PENGKHUSUSAN DALAM ;
🔹Bahasa Melayu
🔹Agama Islam

🎓 DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SYARAT KEMASUKAN
🔹 3 KREDIT SPM & LULUS SEJARAH

PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN
✅ JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
✅ KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
✅ AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)

KOLEJ PERGURUAN SHAH ALAM
011-1183 6933

Sesi suaikenal dan silaturahim antara pelajar seniour dan juniour Kolej Pendidikan Perdana..JOM MASUK KOPEDA...
04/12/2022

Sesi suaikenal dan silaturahim antara pelajar seniour dan juniour Kolej Pendidikan Perdana..JOM MASUK KOPEDA...

05/11/2022

KOPEDA dah ada tik tok sekarang, boleh follow untuk tengok video² menarik dari pelajar dan staf kopeda..

Salam Jumaat..ada yang rindukan KOPEDA ke tu?🤭🤭
04/11/2022

Salam Jumaat..ada yang rindukan KOPEDA ke tu?🤭🤭

Keratan Akhbar Utusan Malaysia Muka 23, Selasa 1Hb November 2022..Tahniah Graduan Sempena Konvokesyen Ke-18..
01/11/2022

Keratan Akhbar Utusan Malaysia Muka 23, Selasa 1Hb November 2022..Tahniah Graduan Sempena Konvokesyen Ke-18..

Address

Shah Alam

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KOLEJ Pendidikan Perdana - KOPEDA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category