17/03/2020
HARTANAH DAN KAWIN
“Simpanan yang saya ada cukup-cukup untuk kawin,kalau saya beli rumah habislah saya tak boleh kawin”
berkerut muka Arif keliru memikirkan dua-dua perkara.
Jiwa memberontak nak beli rumah, tapi sang puteri dah menunggu sang putera masuk meminang.
Ada tips untuk yang nak baling satu batu bunuh dua burung.
1. Dengan hartanah kita ada peluang untuk kawin FREE dan dapat rumah.
2. Tapi Teknik nak kawin FREE ni mestilah mempunyai strategi dan ilmu hartanah.
3. Ada 4 perkara yang perlu ditelitikan A-Harga Pasaran B-Harga Jual C-Deposit D-Kadar sewa semasa
4. Katakanlah kita merancang untuk berkahwin dalam masa 3 tahun lagi. *AWAS untuk yang nak berkahwin dalam masa enam bulan tips ini tidak sesuai.
5. Beli hartanah dibawah harga pasaran.
6. Begini,beli rumah dengan harga RM90,000 manakala harga pasaran RM120,000.
7. Buat pinjaman RM90,000 dengan kadar ansuran RM 442 sebulan untuk 35 tahun pada kadar 4.8%.
8. Deposit 10% bersamaan RM 9,000. Kos lawyer RM2,500 untuk rumah pertama di bawah nilai 300k.
9. Selepas selesai kita cat dan baiki rumah seterusnya sewakan dengan kadar RM 600.
10. Setiap bulan kita akan mendapat aliran tunai sebanyak RM 158.
11. Rumah tersebut boleh dijadikan tabung simpanan kawin.
12. Menjelang kita sudah rasmi memilih jodoh dan
menetapkan tarikh perkahwinan,kita boleh menggunakan strategi 'REFINANCING' kepada harga semasa.
13. Atau semasa pembelian kita terus buat pinjaman dengan harga pasaran RM 120,000.
90% x RM 120,000 = RM 108,000
RM108,000 – RM90,000 = RM 18,000.
14. Pastikan kadar sewa selari dengan ansuran rumah tersebut.
15. Bolehlah kita gunakan baki tunai RM 18,000 untuk majlis perkahwinan kita yang sederhana.
Bila nak kawin,kuranglah sikit pening kepala 😊