25/08/2026
Telah berlangsung, program Road To Malaysia 2026 di Festival Maulid, Masjid Al Muhtadin, Damansara Damai.
Program dimulakan dengan pertandingan Perarakan yang disertai 14 buah kontijen terdiri daripada komuniti dan surau-surau di sekitar kawasan Damansara Damai.
Kemudian program diteruskan dengan sesi Refleksi Perdakian Aqabah, yang disampaikan oleh Tuan Fazrul Ismail. Alunan ayat suci al Quran Surah Al Balad p**a dibacakan oleh Adik Umar Faruqi.
Di akhir majlis, pihak Warisan Ummah Ikhlas Foundation melalui jawatankuasa Masjid Al Muhtadin telah memilih dua tokoh wanita iaitu Puan Hajah Faridah binti Hassan @ Malek, dan Puan Hajah Norzayah binti Abdullah sebagai penerima anugerah "Khadijah Blanket" diatas sumbangan jasa mereka berdua kepada komuniti wanita Damansara Damai.
Warisan Ummah Ikhlas Foundation mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Festival Maulid Masjid Al Muhtadin di atas kerjasama dan ruang yang diberikan untuk menyebarkan mesej dan nilai-nilai al Quran melalui aktiviti Baca,Faham dan Amal Al Quran.
Semoga usaha murni ini dapat diteruskan di masa akan datang demi melahirkan generasi yang penuh dengan sifat Ashab Al Maimanah yang disebutkan dalam Surah Al Balad.
Malaysia