Amazing Seed Seksyen 7 Shah Alam - Preschool

Amazing Seed Seksyen 7 Shah Alam - Preschool

Share

Being His BEST UMMAH Through Al Quran And Sunnah

24/02/2024

Bulan Syaaban adalah bulan yang mulia lagi berkat dan mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan terutamanya pada malam Nisfu Syaaban. ✨

Jom kita telusuri apa amalan boleh dilakukan pada malam nisfe Syaaban ini. Antaranya adalah banyakkan berdoa.

🍃Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah
🍃Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit
🍃Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan
🍃Dan sekurang-kurangnya semasa malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjemaah dan Solat Subuh berjemaah.



18/02/2024

Jika berkelapangan jom memeriahkan
Program My Health My Amanah yang akan di adakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 18.2.2024
Masa : 8.30am - 11.30am
Tempat : Masjid Al Ikhwan Desa Pinggiran Putra
(Berdekatan Putrajaya Presint 5)

Ok apa yang ada pada hari kejadian?

>Pemeriksaan kesihatan Percuma seperti pemeriksaan mata, pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan gigi, pemeriksaan otot dan tulang

>Aktiviti tadabbur kanak-kanak

>Pertandingan mewarna dan bermain kanak-kanak

>Edaran beras pda keluarga terpilih

>FREE MARKET untuk baju sekolah terpakai, beg sekolah, kasut dan alat tulis

>Jualan amal yang diniagakan oleh anak-anak amazing seed (telah dimaklumkan pd ibu ayah terpilih)

Jualan amal ini 70% keuntungan akan diserahkan kepada masjid, dan sambungan projek ramadan untuk kampung org asli islam

Jom ibu ayah memeriahkan suasana. Bg sokongan pada kami ❤️.

08/02/2024

ISRAK MIKRAJ

"Teacher, esok cuti ke?"
"tak puan, kami buka seperti biasa"
Ada syarikat yg buka, ada yg tutup. Sebab ni bukan cuti wajib ye🤭

Namun tak kisah lah cuti atau tidak.
Yang penting kita mesti tahu kenapa ada peristiwa Israk Mikraj. Seperti yg dijelaskan di dalam poster.. Alhamdulillah 😍

Jadi hadiah dari peristiwa ini adalah SOLAT. Solat seperti talian kita nak komunikasi dengan Allah. 2 4 4 3 4. Itu nombornya. Jangan lewat ye.🤭

Perhatikan bagaimana ibadah SOLAT kita setiap hari.
Atau kita menyusun rutin harian.. Pekerjaan kita di sekitar waktu solat.

Nak keluar rumah atau ke mana2, pastikan dah solat.
Jika jauh lagi waktu solat, pastikan anda bawa keperluan solat seperti telekung, sejadah dan pertukaran pakaian yg sesuai.

Solat yang membezakan kita dengan orang bukan islam.
"bagaimana dgn org yg solat" 😭
Hu hu.
Macam2 alasan nak suruh solat.
"s**a hati akulah nak solat ke tak!"
"ala kalo solat kerana bos.. Kerana abah.. Mmg munafik lah" 😓😓

Allahu.
Wahai org yg solat.
Yang melakukan amal soleh.
Jangan menyekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhanmu😓
(18:110)

Moga di bulan Rejab yg mulia ni, kita dapat baiki solat kita. Bagi improve. Biar berkualiti. Tambah solat sunat yg lain. Qobliah ba'diah. Serta solat2 yg lain.

Moga Allah terima amal ibadah kita semua 🤲❤️


24/01/2024

SOLAT

"Ayah jom pergi surau!"
Ajak anak umur 4 tahun😍

"ibu kata orang lelaki solat di surau, bukan di rumah"
😅

Daripada Abdullah bin Umar r.a, Rasulullah saw bersabda, "Solat berjemaah lebih utama daripada solat sendirian dengan dua puluh tujuh darjah"
HR Ahmad

Wahai ayah2
Wahai kaum lelaki
Laksanakan solat secara berjemaah.
Usahakan Zuhur dan Asar di masjid jika boleh atau solat berjemaah dgn ofis mate kerana sedang bekerja.
Subuh, Maghrib dan Isyak solatnya di masjid atau surau. Ajak ahli keluarga juga. ❤️

Kenapa di masjid atau surau?
Untuk bina ciri PEMIMPIN dan confidence level.
Kita ni harap orang masjid juga nak uruskan jenazah kita nanti. Jika di dunia kita tak de masa nak ke masjid surau.. Mcm mana nanti pada hari kematian kita atau ahli keluarga k kita. Siapa yg akan uruskan?

Maka dengan masa yg ada ni, jom imarahkan surau dan masjid di tempat kita❤️

Jangan tunggu hanya bulan Ramadhan je pergi surau dan masjid. Tetapi mulakan dari sekarang.

Jika yang dah pergi umrah atau haji.. Kita setiap waktu akan solat di masjidil haram kan. Tapi kenapa lepas balik dari sana, tak mahu solatnya di masjid atau surau?
Hu hu.
😓

Wallahualam

12/01/2024

"Tidak ada pemberian orang tua kepada anak yang lebih utama daripada pendidikan yang baik" (HR. Tirmidzi)

Sungguh anak-anak kita adalah aset paling mahal dan berharga. Kita bahagia saat melihat mereka bahagia, di kala menyaksikan mereka taat kepada perintah Allah. Anak-anak soleh yang menyejukkan pandangan mata kita. Mereka penerus dakwah kita saat kita dikubur. Merekalah legasi yang kelak akan membangunkan kembali generasi yang beriman, beradab dan berakhlak qurani mengikut acuan didikan Rasulullah SAW.

Anak-anak ini adalah bunga dan perhiasan kehidupan hasil dari semaian benih ajaib orang tuanya.. Mereka adalah tanggungjawab dan amanah ibubapanya..kelak akan menggalas dan memikul tanggungjawab dan amanah daripada ibubapanya p**a..

Apakah kita sudah meletakkan misi keluarga kita?

Apa khabar imanku hari ini? Apa khabar iman anak2 ku hari ini? Tahapan iman hari ini p**a belum tentu sama seperti hari esok...

Bagaimana untuk melahirkan anak-anak yahg takut kepada melakukan kemungkaran?
Hadiahkanlah mereka dengan pendidikan iman
Jom semai iman dan adab seawal usia!

Pendaftaran 2024 bagi seluruh cawangan Amazing Seed, Malaysia masih dibuka.

Amazing Seed Bandar Tun Hussein Onn
Amazing Seed Subang Jaya
Amazing Seed Bukit Kerinchi
Amazing Seed Bandar Puteri Bangi
Amazing Seed Seksyen 7 Bandar Baru Bangi Amazing Seed Putrajaya
Amazing Seed Teluk Panglima Garang - Tadika Amazing Seed Seksyen 7 Shah Alam - Preschool
Amazing Seed Playschool Seksyen 23 Amazing Seed Salak Tinggi
Amazing Seed Cyberjaya
Amazing Seed Subang U5










29/12/2023

SEDIKIT

Kita selalu DOA, nak dapat banyak nikmat. Banyak rezeki. Banyak anak. Banyak duit. Banyak like. Semuanya banyak.😓

Namun berlainan dgn seorang pemuda pada zaman Saidina Umar Al Khattab. Dia berdoa "Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yg sedikit"🤲

Kemudian Saidina Umar memanggil lelaki tersebut, mengapa engkau berdoa sedemikian?

Jawab lelaki itu, "Sesungguhnya aku takut dengan firman Allah"

Saba' 34:13

وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِىَ ٱلشَّكُورُ

Dan sememangnya SEDIKIT sekali di antara hamba-hambaKu yang BERSYUKUR .
😢😢

Sahabat2, kita ada terlalu banyak nikmat yg belum kita syukuri.

Apa tanda kita syukur dengan nikmat anggota badan? Sihat? Senang, free time?

Diriwayatkan Saidatina Aisyah R.A, ia berkata: “Nabi SAW menunaikan SOLAT MALAM hingga bengkak kedua-dua telapak kaki baginda, lalu aku katakan kepada baginda, ‘Mengapakah engkau melakukan seperti ini, ya Rasulullah, padahal dosamu yang lalu mahupun yang akan datang telah diampunkan oleh Allah? ‘Baginda menjawab, Adakah aku tidak boleh menjadi hamba Allah yang BERSYUKUR ?” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita bagaimana?. Yg banyak dosa. Ada je silap sana sini. Namun kurang syukur pada Allah😓

Moga terus diberi kekuatan utk lakukan solat malam dgn ISTIQOMAH.

Wahai Allah tenangkan hati kami dengan solat malam di dalam menempuh ujian kehidupan.
Wahai Allah, Engkaulah tempat kami mengadu segala masalah kami.
Wahai Allah jadikan kami hamba yg bersyukur🤲🤲🤲

26/11/2023

Pertandingan bercerita berkisah dari al Quran..

26/11/2023

Pertandingan nasyid..

Photos from Amazing Seed, Malaysia's post 26/11/2023

Alhamdulillah..

Photos from Amazing Seed, Malaysia's post 09/10/2023
Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


No. 1, Jalan Kristal 7/63C, Seksyen 7
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00