✨ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat seluruh warga Darul Ulum Zaiyadal✨
Taqabbalallahu minna wa minkum
Semoga segala amal ibadah kita diterima dan diberkati.
Maaf Zahir & Batin
Ikhlas daripada:
Darul Ulum Zaiyadal
Darul Ulum Zaiyadal
institusi islam memartabatkan alquran dan assunnah berteraskan aqidah ahlus sunnah wal jamaah Tahfiz ,Syahadah & Alim
24/02/2026
Assalamualaikum
Tuan/Puan,
Makluman Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor 1447H/2026M
Dimaklumkan bahawa kadar Zakat Fitrah bagi Negeri Selangor adalah seperti berikut, mengikut jenis beras yang menjadi makanan asasi pembayar:
RM8 – Beras Super Spesial Tempatan / Beras Putih Import
RM16 – Beras Wangi / Beras Pulut / Beras Rebus / Berang Perang
RM25 – Beras Herba Ponni / Beras Jepun / Beras Basmathi / Beras Merah / Beras Hitam
Bayaran Zakat boleh disalurkan dengan mengimbas QR Kod yang tertera pada poster atau melalui pautan berikut:
Zakat Fitrah: https://catalog.billplz.com/darululumzaiyadal/zf/zakatfitrah
Zakat Tahunan: https://catalog.billplz.com/darululumzaiyadal/zf/zakat
Jazakumullahukhaira.
18/02/2026
Program Ihya’ Ramadhan Darul Ulum Zaiyadal 1447H/2026M: Khatam Al-Quran Dalam Solat Terawih
Salam Ramadhan,
Kami ingin menjemput semua Muslimin untuk menghadiri dan mengimarahkan Program Ihya’ Ramadhan seperti ketetapan berikut:
Program: Khatam Al-Quran Dalam Solat Terawih.
Lokasi: Surau Darul Ulum Zaiyadal, U14 Shah Alam.
Iqamat Isyak: 8.50 malam
Target Bacaan: 3 Juz / malam
Target Khatam: 28/2/2026 (Sabtu)
Ayuh kita bersama-sama meningkatkan amalan mulia dibulan yang diberkati.
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dan lebih bermakna dari yang sebelumnya.
02/02/2026
Malam Nisfu Syaaban 🌙
15 Syaaban 1447H
Mari kita hidupkan malam ini dengan doa dan istighfar.
Kami membuka peluang kepada para dermawan yang ingin mengambil kesempatan malam yang mulia ini untuk menyumbang untuk kos operasi kami.
Semoga setiap sumbangan menjadi asbab keberkatan harta yang dibelanjakan serta diganjarkan saham akhirat yang berterusan.
27/01/2026
🌙 INFAQ IHYA RAMADHAN 1447H/2026M🌙
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh dengan keberkatan dan ganjaran berlipat ganda bakal tiba.
Darul Ulum Zaiyadal mengalu-alukan sumbangan & tajaan daripada Tuan/Puan bagi menjayakan Program Ihya Ramadhan tahun ini.
Bagi menyemarakkan bulan Ramadhan yang dinantikan, kami akan mengadakan program harian seperti berikut:
✅ Sahur Iftar & Moreh
✅ Bacaan Khatam Al-Quran Harian
✅ Khatam Al-Quran Dalam Terawih
✅ Qiyamullail
📌 Sumbangan Tuan/Puan boleh disalurkan ke akaun:
🏠 Darul Ulum Zaiyadal Sdn Bhd
🏦 Ambank: 8881033933642
📝 Ref: InfaqRamadhan
📞 Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Ustaz Hanafi (sumbangan): https://wassap.my/60189597096
Ustaz Shafik (program): https://wassap.my/601116244094
Admin: https://wassap.my/60333934235
📌Mohon kemukakan resit sumbangan kepada nombor di atas bagi memudahkan rekod sumbangan.
🌸 Jazakumullahukhayran atas sokongan dan sumbangan Tuan/Puan. 🌸
31/12/2025
📢 JOM BINA GENERASI QURANI DI DARUL ULUM ZAIYADAL!
PENGAMBILAN PELAJAR 2026 KINI DIBUKA!
Adakah anda mencari institusi yang menggabungkan pendidikan agama, akhlak mulia, dan aktiviti ko-kurikulum yang seimbang? Darul Ulum Zaiyadal sedia membimbing anak-anak anda menjadi insan yang cemerlang dunia & akhirat.
🌟 PROGRAM KAMI:
✅ Tahfiz & Alim Sepenuh Masa (Asrama)
✅ Tahfiz & Alim Harian (Isnin-Sabtu)
✅ Tahfiz Transit (Isnin-Jumaat)
✅ Syahadah
🏢 FASILITI & AKTIVITI UNIK:
📍 Asrama selesa, dewan solat, padang futsal
📍 Silat Gayung, program komuniti.
📋 SIAPA LAYAK?
✔️ Lelaki, umur 7-18 tahun
✔️ Boleh membaca Al-Quran & sihat tubuh badan
✔️ Berniat mendalami ilmu agama dan menamatkan pengajian
🔗 DAFTAR SEKARANG:
👉 Klik di sini untuk pendaftaran: https://asis.awfatech.com/asis0027/
📞 Hubungi Kami:
• Ustaz Qasim (Tahfiz): https://wassap.my/0176824292
• Ustaz Amirul ( Alim): https://wassap.my/0166727214
• Puan Jannah (Admin): https://wassap.my/60333934235
Jangan lepaskan peluang! Pastikan anak-anak anda mendapat tarbiyah Islamiyah dan persediaan akademik terbaik bersama kami.
Bagi yang ingin menyokong usaha pendidikan Islam, kami amat mengalu-alukan sumbangan anda.
19/09/2025
04/09/2025
🌸Salam Maulidur Rasul 1447H / 2025M 🌸
Hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah tanda kasih sayang Allah kepada seluruh alam.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Semoga kita terus memperbanyakkan selawat, meneladani akhlak Baginda, serta menjadikan sunnah sebagai panduan hidup.
اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين 🌹
Ikhlas daripada kami warga
DARUL ULUM ZAIYADAL
31/08/2025
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah Ar-Ra’d: 11)
💫 Sempena Hari Kebangsaan ke-68, marilah kita perkuatkan iman, bersatu hati dan berusaha membina Malaysia yang diberkati Allah SWT.
🇲🇾 Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni.
26/06/2025
🕌 Salam Maal Hijrah 1447H
Semoga lembaran baru ini membawa kita lebih dekat kepada Allah, memperbaharui niat, memperbaiki amal dan menguatkan langkah menuju redha-Nya.
✨
“Hijrah bukan sekadar berpindah tempat, tetapi berpindah hati – dari lalai kepada taat, dari gelap kepada cahaya.”
06/06/2025
🌙 Salam Aidiladha 1446H 🌙
Dengan penuh rasa kesyukuran, kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. menjadi sumber inspirasi dalam meniti kehidupan yang penuh ujian dan cabaran. Marilah kita mencontohi keikhlasan, ketaatan, dan ketabahan mereka dalam usaha memperkukuh iman dan memperbaiki diri.
Mudah-mudahan Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kesejahteraan, dan rahmat yang berpanjangan buat kita semua.
Ikhlas daripada kami,
Warga Darul Ulum Zaiyadal
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Address
Lot 4016 Jalan Hamzah Kg Budiman Meru
Shah Alam
40170
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 16:00 |
| Tuesday | 09:00 - 16:00 |
| Wednesday | 09:00 - 16:00 |
| Thursday | 09:00 - 16:00 |
| Friday | 09:00 - 12:00 |