PIBG SK Seksyen 17

PIBG SK Seksyen 17 VISI :
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. MISI :
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu

Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 17 Shah Alam telah didirikan dalam bulan Oktober 1984 secara "Projek Kilat" demi untuk memenuhi keperluan setempat pada masa itu. Pada awal pembukaanya, sekolah ini hanya mempunyai 13 orang guru dan dibantu oleh 2 kakitangan sokongan dengan jumlah murid kira-kira 200 orang sahaja. Bermula dengan bangunan asal sekolah hanya mengandungi 3 blong pasang siap, sekolah

ini terus tersergam indah dengan pertambahan konkrit setinggi 3 tingkat pada tahun 1988. Seterusnya beberapa kemudahan lain seperti perpustakaan, padang permainan dan kantin juga telah dibina. Pada masa tersebut, lencana sekolah yang bermottokan "Berilmu Berjaya" dan juga lagu sekolah yang berjudul sama telah diilhamkan bersama 4 orang guru, manakala melodinya p**a telah digubah oleh Encik Abdul Hamid, seorang pensyarah. Seiring dengan pertambahan bangunan, peningkatan bilangan murid dan seterusnya jumlah tenaga pengajar dan juga kakitangan sokongan sekolah ini, tersemat kukuh satu semangat yang membara di sanubari setiap warga pendidik untuk melahirkan kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di kalangan warga Sekolah Kebangsaan Seksyen 17 Shah Alam dalam apa jua bidang yang diceburi. Berbekalkan motto "Berilmu Berjaya" Sekolah Kebangsaan Seksyen 17 Shah Alam juga tidak pernah ketinggalan menyertai pelbagai aktiviti kurikulum mahupun kokurikulum dan akan terus berusaha untuk melakarkan kejayaan demi kejayaan. Guru Besar pertama yang berkhidmat di sekolah ini adalah Tuan Haji Mohd Ali bin Haji Abdullah dan silih berganti sehingga sekarang sekolah ini diterajuai oleh YM Puan Raja Akmal bt Raja Kamal

Kemeriahan Karnival Ceriathon 2017 SK Seksyen 17, Shah Alam .Kami bagi pihak jawatankuasa pengelola mengucapkan setinggi...
12/11/2017

Kemeriahan Karnival Ceriathon 2017 SK Seksyen 17, Shah Alam .

Kami bagi pihak jawatankuasa pengelola mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan tahniah kepada semua warga sekolah dan individu yang telah menjayakan program Ceriathon 2017 yang berlansung pada 11.11.2017 . Kepada ibu bapa dan juga komuniti setempat , terima kasih diucapkan atas kesudian untuk sama-sama hadir memeriahkan suasana ..

Terima kasih daun keladi,
Ada rezeki kita jumpa lagi .

02/11/2017
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..*Program Ceriathon SK Seksyen 17*Tarikh : 11 November 2017 (Sabtu).Masa : 8.00 pg...
01/11/2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
*Program Ceriathon SK Seksyen 17*
Tarikh : 11 November 2017 (Sabtu).
Masa : 8.00 pg - 3.00 ptg
Program tersebut bertujuan :
1. mengutip sumbangan dan dana untuk menaik taraf dan membaik pulih prasarana sekolah.
2. Mengadakan program peningkatan akademik kepada murid-murid.
3.Menambah bahan dan sumber rujukan untuk murid-murid.
Untuk tujuan tersebut sekolah akan *mengadakan gerai jualan* *makanan,* *minuman, jualan jumbo* *(Jumbo Sale) dan* *beberapa aktiviti menarik* *seperti* *permainan disediakan* bagi mengutip dana. Pada hari tersebut kupon yang bercop sekolah sahaja akan digunakan bagi menggantikan duit tunai.Ibu bapa dan murid-murid bolehlah membeli kupon daripada guru kelas masing-masing atau kupon boleh dibeli di khemah urusetia pada hari tersebut. Kami mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan masyarakat setempat bagi memeriahkan program Ceriathon ini..Terima kasih..

Hari Sukan Negara kembali lagi pada tahun ini pada tanggal 8 Oktober 2016. Seperti biasa, pelbagai aktiviti menarik tela...
13/09/2016

Hari Sukan Negara kembali lagi pada tahun ini pada tanggal 8 Oktober 2016. Seperti biasa, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang bagi memeriahkan sambutan HSN pada tahun ini. Ingat tak tahun lepas kami ada HSN Exercise Challenge?

Tahun ini p**a, kami nak adakan pertandingan yang betul-betul akan mengubah hidup peserta. Untuk Hari Sukan Negara 2016, kami akan mengadakan HSN Challenge Yourself.

HSN Challenge Yourself merupakan sebuah pertandingan yang berbentuk suatu cabaran kepada para peserta untuk mengamalkan cara hidup yang sihat selama empat minggu. Kami akan sediakan hadiah termasuk RM5,000 tunai untuk setiap empat pemenang utama iaitu satu pemenang lelaki dan wanita masing2 untuk kategori pengurangan berat badan dan transformasi badan.

Penyertaannya cukup mudah! Daftarlah dengan mengisi maklumat yang diperlukan termasuklah sasaran atau target yang ingin dikecapi oleh para peserta dalam pertandingan ini.

Setelah itu, para peserta hanya perlu mengikuti serta melakukan tips kesihatan yang akan disampaikan melalui facebook Hari Sukan Negara. Pelbagai tips kesihatan yang berbentuk infografik seperti menu sihat oleh pakar kesihatan serta video senaman kecergasan yang akan menampilkan tetamu istimewa bakal disajikan kepada para peserta untuk dijadikan sebagai panduan.

Bersedia untuk terima cabaran? Ayuh sertai HSN Challenge Yourself 2016!! Pelbagai hadiah menarik menanti para pemenang.

Layari Facebook Hari Sukan Negara untuk maklumat lanjut atau isi borang pendaftaran di sini sebelum Sept 20! https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe7acQWNKjgDCv5-8XOhBUj56JNI5RLgl7ObhvLd-111OXx9Q/viewform?c=0&w=1

06/09/2016

Perhatian kepada semua warga SK Seksyen 17, pada minggu ini iaitu 10/9/2016 Sabtu , sesi latihan Kelab Bola Sepak di bawah Projek Darul Ehsan akan berlansung pada jam 0800 pagi. Kepada semua pelajar yang telah mendaftar bolehlah menghadirkan diri ke sesi latihan yang akan berlansung di padang sekolah. Selain itu kepada para pelajar yang baru ingin mendaftar juga dialu-alukan untuk hadir pada hari tersebut bagi membuat pendaftaran. .Terima Kasih.

Perjumpaan Pagi bersama-sama pelajar Tahun 6 dan guru-guru
04/09/2016

Perjumpaan Pagi bersama-sama pelajar Tahun 6 dan guru-guru

Selamat Menjawab UPSR 2016 kepada semua pelajar SK Seksyen 17
04/09/2016

Selamat Menjawab UPSR 2016 kepada semua pelajar SK Seksyen 17

01/09/2016

Kepada semua pelajar lelaki Tahun 2-5 yang berminat untuk mendaftarkan diri dalam Pasukan Elit Bola Sepak SKS17 bagi Projek Darul Ehsan dijemput untuk menghadirkan diri ke padang sekolah pada Sabtu 3 /9/2016 di Padang Sekolah pada jak 8am

Pelancaran Projek Darul  Ehsan (Skuad Elit Bola Sepak SKS17) oleh YTM Tengku Sharifudin Shah ibni Tengku Sulaiman Syah
24/08/2016

Pelancaran Projek Darul Ehsan (Skuad Elit Bola Sepak SKS17) oleh YTM Tengku Sharifudin Shah ibni Tengku Sulaiman Syah

Marilah sama-sama warga SKS17 menyokong Program Pembangunan Sukan esok..Dijemput semua untuk sama-sama hadir bagi menyok...
20/08/2016

Marilah sama-sama warga SKS17 menyokong Program Pembangunan Sukan esok..Dijemput semua untuk sama-sama hadir bagi menyokong dan memberi semangat program yang bakal menaikkan kembali era kegemilangan bola sepak SK Seksyen 17. 😊

tetamu VVIPtengku sharifuddin ibn tengku sulaimanlain2 yg hadir bekas pemain & pemain selangor1.Razman Roslan(Captain Se...
19/08/2016

tetamu VVIP
tengku sharifuddin ibn tengku sulaiman

lain2 yg hadir
bekas pemain & pemain selangor
1.Razman Roslan(Captain Selangor

nama penuh staff coaches

1.fairuz montana bin zainal abidin
2. Mohamad Fahmi Mohd Isa
3.mohd firdaus bin hussin
4. Mustafa Kamil Bin Ibrahim
5.mohd shahrizan bin mohd ahkuan
6.ismail firdaus bin khalid
7. Mohd fadhil bin mohd hashim
8. Amir Shahreen B Abd Mubin
9. Hair Rudy bin Md Noor

Address

Jalan Jelawat 17/1 , Seksyen 17
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:30
Tuesday 09:00 - 18:30
Wednesday 09:00 - 18:30
Thursday 09:00 - 18:30
Friday 09:00 - 18:30

Telephone

+60355198380

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SK Seksyen 17 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category