08/04/2026
Diharapkan semua warga UiTM dapat bersama-sama dalam usaha menjimatkan penggunaan bahan api yang semakin meningkat akibat krisis global.
Bahagian Pengurusan Kenderaan
Jabatan Pembangunan
Universiti Teknologi MARA
4040 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
08/04/2026
Diharapkan semua warga UiTM dapat bersama-sama dalam usaha menjimatkan penggunaan bahan api yang semakin meningkat akibat krisis global.
Dimaklumkan bahawa En. Jamli bin Jaafar, Pemandu di UiTM Shah Alam, telah menghembuskan nafas terakhir beliau sebentar tadi di Hospital Shah Alam.
Semoga Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.
Al-Fatihah.
07/04/2026
Marilah kita sama-sama mendoakan agar En. Jamli Jaafar, Pembantu Khidmat Am (Pemandu) UiTM Shah Alam, yang kini kritikal di Hospital Shah Alam, diberikan kesembuhan dan kekuatan oleh Allah SWT.
18/02/2026
Ramadan Kareem 2026 🌙
16/02/2026
13 Februari 2026, Jumaat - Kunjungan hormat oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam ke Bahagian Pengurusan Kenderaan bagi mendapatkan penerangan berkaitan perkhidmatan kenderaan di UiTM.
16/02/2026
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2026
15/02/2026
The Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) attributed human error as the leading cause of fatal road accidents in Malaysia.
Full news : https://www.bernama.com/en/general/news.php?id=2524046
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
14/02/2026
تهنيئه
Tahniah dan syabas kepada YBrs. Profesor Ir. Ts. Dr. Juliana Johari atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni), Universiti Teknologi MARA berkuat kuasa 16 Februari 2026 bersamaan 28 Syaaban 1447H.
Semoga amanah ini digalas dengan penuh hikmah, integriti dan kecemerlangan dalam memperkukuh jaringan industri, memperkasa komuniti serta mengeratkan hubungan alumni demi kemajuan UiTM dan negara.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
اوسها تقوى موليا
06/02/2026
Dimaklumkan bahawa penghantaran jenazah pelajar, Adilah binti Isnin (Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Shah Alam) dari Hospital Klang ke Melaka Tengah telah dilaksanakan selepas solat Jumaat pada jam 2.30 petang.
Alhamdulillah, jenazah telah selamat tiba di masjid di Melaka petang tadi.
Al-Fatihah.
Pemandu bertugas: En. Jamli & En. Sanusi
05/02/2026
Hujan, panas terik atau keletihan di jalan raya?
Gunakan Kawasan Berteduh Motosikal untuk berhenti dan berehat dengan selamat. Kenali jenis tempat berteduh dan patuhi tip keselamatan supaya perjalanan lebih selamat.
Jenis 1: Kawasan Berteduh Berasingan
✅ Lebih selamat kerana terletak lebih jauh dari jalan utama.
✅ Mempunyai kapasiti yang lebih besar.
Jenis 2: Kawasan Berteduh di Bawah Jejambat
✅ Mudah diakses oleh penunggang motosikal. Namun, lebih terdedah kepada risiko kerana lebih hampir dengan trafik.
🛵 Amalkan tip keselamatan dan sentiasa berhati-hati ketika berhenti di kawasan berteduh. Kita berkongsi jalan raya bersama, jadikan keselamatan keutamaan kita semua!
Rujukan: Jabatan Kerja Raya. (2015). Nota Teknik Jalan (NTJ 33/2015): Guidelines for motorcycle facilities. Road Branch, Kuala Lumpur.
Kredit : Malaysian Institute of Road Safety Research
05/02/2026
5 Februari 2026, Khamis - Lawatan tapak mingguan ke syarikat pembinaan bas bagi memantau kemajuan pembinaan 14 buah bas UiTM.