Taska Nur Cahaya Kasih - TNCK

Taska Nur Cahaya Kasih - TNCK .We care with love. Mengasuh anak-anak seawal usia 2 bulan hingga 4 tahun. Tempat adalah terhad.

22/07/2026

16/07/2026

Pernah tak kita perasan..

Bila emosi anak-anak memuncak, mereka sendiri tak pasti apa yang sedang terjadi.

Bukan nak mengusik atau memalukan mereka, tapi kadang-kadang teknik yang mudah seperti mengalihkan perhatian (distraction) dapat membantu mereka mengawal emosi dan lebih berkesan daripada kita pujuk berkali kali.

Setiap anak ada "kunci" yang berbeza. Ada yang perlukan pelukan, ada yang perlukan masa, ada yang perlukan perhatian dialihkan seketika.

Yang penting, kita tidak melawan emosi mereka. Kita menemani mereka sehingga emosi itu reda. ❤️

10/07/2026

MashaAllah Tabarakallah.

Anak² teacher menerima latihan paskal seawal usia 1 tahun..🫡🪖

Untuk otot tangan kaki yang kuat..💪





Tak semua selsema perlukan MC. Kadang-kadang yang anak perlukan cuma sedikit ikhtiar, pemantauan dan kasih sayang. 💚Kada...
01/07/2026

Tak semua selsema perlukan MC. Kadang-kadang yang anak perlukan cuma sedikit ikhtiar, pemantauan dan kasih sayang. 💚

Kadang-kadang anak masih aktif, ceria, tiada demam dan hanya mengalami selsema atau batuk yang ringan.

Di TNCK, kami akan berusaha membantu anak lebih selesa dengan menyedut hingus apabila perlu (dengan kebenaran ibu bapa) dan melakukan tepukan 'cupping' yang sesuai untuk membantu melonggarkan kahak bagi batuk ringan.

Apabila hingus dapat dibersihkan, anak biasanya akan berasa lebih selesa untuk bermain, belajar dan berehat.

Pada masa yang sama, tahap kesihatan setiap anak sentiasa dipantau.

Sekiranya keadaan bertambah serius, berlarutan atau anak mengalami demam, kami akan segera menghubungi ibu bapa untuk mengambil anak dengan kadar segera.

💚 Untuk ibu bapa yang risau anak sihat akan mudah dijangkiti, jangan terlalu panik. Pendedahan kepada jangkitan ringan adalah perkara biasa dalam proses pembesaran kanak-kanak. Dengan penjagaan yang baik serta amalan kebersihan di taska, sistem imun anak juga akan berkembang dari semasa ke semasa.

Melihat anak kembali selesa dan ceria, itulah kepuasan terbesar buat kami.


Assalamualaikum..TASKA BERDAFTAR mohon lalu..🤭Maaf agak lama teacher tak mengemaskini page TNCK..inshaAllah gambar²/vide...
30/06/2026

Assalamualaikum..TASKA BERDAFTAR mohon lalu..🤭

Maaf agak lama teacher tak mengemaskini page TNCK..inshaAllah gambar²/video aktiviti anak² bakal menyusul..

Apa apa pun..
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi..🤲
Kedua dua cawangan kami berdaftar dengan JKM..



12/04/2026

Walaupun Baby Group kami terdiri daripada anak-anak bawah 1 tahun, mereka tetap diberi peluang untuk terlibat dalam aktiviti yang merangsang perkembangan deria dan motor mereka..

Aktiviti seperti ini membantu anak-anak 'explore" tekstur, fokus dan koordinasi dengan cara yang santai dan menyeronokkan.

Namun, aktiviti sebegini tidak dijalankan setiap hari.

Di TNCK, kami lebih mengutamakan keselesaan bayi terutama dari segi tidur, keadaan perut dan emosi mereka.

Jika anak kelihatan tidak selesa, meragam atau perlukan rehat, kami akan beri perhatian sepenuhnya kepada keperluan tersebut.

Bagi kami, perkembangan itu penting… tapi kesejahteraan dan keselesaan bayi sentiasa menjadi keutamaan 🌿

Jika mommies & daddies sedang mencari tempat yang memahami rentak dan keperluan si kecil, kami alu-alukan untuk kenal lebih dekat dengan TNCK 🤍

Boleh hubungi kami untuk pertanyaan atau sesi lawatan ya.⤵️
http://wasap.my/+60193484204/babygroup

10/04/2026

Ambil barokah sempena ramadan yang lalu dengan mengenalkan kepada anak2 Play Group Taska Nur Cahaya Kasih - TNCK antara makanan sunnah Nabi Sollahu'alaihiwassallam..

Buah kurma..anak anak berpeluang merasa kemanisan dan tekstur buah kurma..sekaligus memberi rangsangan terhadap perkembangan deria anak anak..

Ini yang dipanggil belajar sambil makan dan bermain..

Di TNCK setiap peringkat umur dan setiap masa anak anak berpeluang untuk belajar bermain dan bergembira..

Ingin anak anda menoraka bersama tim TNCK?
Hubungi kami untuk tempah slot anak anda⤵️
http;//wasap.my/+60193484204/tnck26&27

09/04/2026

Amalan memberi keutamaan pada yang memerlukan✨️

Aktiviti simulasi di dalam kenderaan awam yang mendidik anak² untuk menghormati orang yang lebih tua dan ibu² yang memerlukan..

08/04/2026

Tabung Sedekah..

Disepanjang bulan Ramadan lalu anak anak Play School TNCK juga didedahkan dengan amalan bersedekah dengan menghias tabung sendiri..

Bukan sekadar menghias tabung..
Tapi kita sedang membina hati yang s**a memberi..🤍💖

InshaAllah..

Address

No 86 Jalan Kelumpang 27/41 & No 44 Jalan Kelasa 27/56
Shah Alam
40400

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:30
Tuesday 07:00 - 18:30
Wednesday 07:00 - 18:30
Thursday 07:00 - 18:30
Friday 07:00 - 18:30

Telephone

+60193484204

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taska Nur Cahaya Kasih - TNCK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Taska Nur Cahaya Kasih - TNCK:

Shortcuts

Share

Category