13/07/2017
Admin nk share tips skit ... sekadar renungan bersama 😇
Assalamualaikum semua sahabat kaya. Nak share ilmu sikit yang baru dapat. Kalau nak baca silakan. Kalau taknak takpe. Cuma nak berkongsi ilmu bersama.
Orang kata business kita ni semudah A,B,C ? Apa tu A,B,C ? Air Batu Campur ke ???? Ha ni yang nak kongsi.
A - Attitude
B - Believe
C - Commitment
Di antara faktor kejayaan/kegagalan adalah disebabkan oleh SIKAP+VE / -VE (90%) ILMU (10%) sahaja. Semakin banyak belajar maka semakin banyak ilmu yg kita dapat. Di sini, SIKAP memainkan peranan penting sama ada seseorang tu nak jadi cerdik atau sebaliknya. Tanpa ILMU kita takkan sampai ke mana2. Kita tak boleh nak ubah SIKAP sesorang tu, diaorg sndiri yang boleh mengubahnya.
Yang ke 2 adalah faktor TIADA keyakinan/kepercayaan diri yang tinggi pada diri sendiri untuk berjaya/melakukan sesuatu seperti orang lain. Belum buat dah cakap tak boleh dan macam-macam lagi alasan untuk hidup MISKIN. Klu dah tak yakin/tak percaya pada diri sndiri, ini adalah masalah paling besar terutamanya golongan Gen Y( kita semua) tak sensitif tentang masa depan yang semakin hari semakin mencabar. MASA DEPAN..kena FIKIR, kena RANCANG, kena BINA. Kalau mereka GAGAL merancang, bermakna mereka MERANCANG masa depan yg GAGAL.
Yg ke 3, Tiada KOMITMEN atau tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara, maka jawapanya adalah GAGAL. 3perkara di atas tadi mempunyai fungsinya yang tersendiri dan tak boleh 'dipisahkan' sebab ianya saling memerlukan. Nak Kaya & Berjaya = ILMU + IMAN + AMAL In Shaa Allah.
Saya bukan nak tunjuk HEBAT atau cakap LEBAT. Cuma saya berminat untuk cari ilmu dan dalam masa yang sama kongsi dengan korang semua. Kalau boleh terima alhamdulillah. Insyallah kita sama sama berjaya dan dipermudahkan segala urusan.
"NAK BERJAYA ADA CARANYA, GAGAL ADA SEBABNYA"
SEE YOU AT THE TOP !!!