Jabatan Kejuruteraan Mekanikal - JKM PSA

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal - JKM PSA Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Kejuruteraan Mekanikal - JKM PSA, Education, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Shah Alam, Shah Alam.

JKM PSA menawarkan program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM), Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan Industri) (DMP) dan Sijil Khas Penyenggaraan Mekanikal (KMK)

๐ŸŒ™โœจSalam Maulidur Rasul 1448H / 2026Mโœจ๐ŸŒ™Semoga sambutan ini mengingatkan kita untuk terus meneladani akhlak Rasulullah SAW...
24/08/2026

๐ŸŒ™โœจSalam Maulidur Rasul 1448H / 2026Mโœจ๐ŸŒ™

Semoga sambutan ini mengingatkan kita untuk terus meneladani akhlak Rasulullah SAW ๐Ÿค dalam setiap amanah, dengan penuh integriti, ihsan dan profesionalisme.๐ŸŒฟ

Ikhlas daripada
โš™๏ธ Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

23/08/2026

๐Ÿ“ข ๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ | ๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐Š๐€๐‰๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐†๐„๐’๐€๐๐€๐ ๐†๐‘๐€๐ƒ๐”๐€๐ (๐’๐Š๐๐†) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐ŸŽ“ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐Ž๐๐•๐Ž๐Š๐„๐’๐˜๐„๐ ๐๐’๐€ ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ•

๐๐ž๐ซ๐ก๐š๐ญ๐ข๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐š ๐ ๐ซ๐š๐๐ฎ๐š๐ง ๐๐’๐€!

Semua graduan dijemput untuk mengikuti ๐“๐š๐ค๐ฅ๐ข๐ฆ๐š๐ญ ๐Š๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฌ๐š๐ง๐š๐ง ๐†๐ซ๐š๐๐ฎ๐š๐ง (๐’๐Š๐๐†) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” bagi mendapatkan penerangan berkaitan ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ข๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐ค๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐›๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐๐ข๐ซ๐ข ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐Š๐จ๐ง๐ฏ๐จ๐ค๐ž๐ฌ๐ฒ๐ž๐ง ๐๐’๐€ ๐Š๐ž-๐Ÿ๐Ÿ•.

๐Ÿ“Œ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ
๐Ÿ“… ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ)
โฐ ๐Ÿ๐ŸŽ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข
๐Ÿ’ป ๐๐ฅ๐š๐ญ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ฆ: ๐Œ๐ฌ๐“๐ž๐š๐ฆ๐ฌ

๐Ÿ”— ๐๐š๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐š๐ง:
Sila ๐ข๐ฆ๐›๐š๐ฌ ๐๐‘ ๐‚๐จ๐๐ž pada poster untuk menyertai sesi taklimat.

Kehadiran dan kerjasama semua graduan amat dialu-alukan bagi memastikan proses pengisian SKPG dapat dilaksanakan dengan lancar sebelum menghadiri ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐Š๐จ๐ง๐ฏ๐จ๐ค๐ž๐ฌ๐ฒ๐ž๐ง ๐๐’๐€ ๐Š๐ž-๐Ÿ๐Ÿ•.

โœจ ๐‰๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฅ๐ž๐ฉ๐š๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐ž๐ง๐๐š๐ฉ๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ฉ๐š๐ง๐๐ฎ๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ค๐š๐ข๐ญ๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ข๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐’๐Š๐๐†!

๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐˜๐—ฒ . ๐—ฆ๐˜†๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ถ๐˜‡๐—ฒ . ๐—”๐—ด๐—ถ๐—น๐—ฒ

Politeknik.kolejkomuniti
Kementerian Pendidikan Tinggi



Media Sosial Rasmi PSA :
https://psa.mypolycc.edu.my/
https://www.instagram.com/psa_pssaas
https://www.facebook.com/pssaas/
https://x.com/PSA_PSSAAS
https://tiktok.com/
https://www.youtube.com/

23/08/2026
๐Ÿ“ LAWATAN CSR JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL KE KAMPUNG SUNGAI KABUK, CAMERON HIGHLANDS๐Ÿ“… Tarikh: 30 Julai 2026 | KhamisJ...
21/08/2026

๐Ÿ“ LAWATAN CSR JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL KE KAMPUNG SUNGAI KABUK, CAMERON HIGHLANDS

๐Ÿ“… Tarikh: 30 Julai 2026 | Khamis

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) telah menganjurkan lawatan CSR ke Kampung Sungai Kabuk, Cameron Highlands dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) sebagai rakan CSR. Lawatan ini dilaksanakan bagi meninjau keadaan serta mengenal pasti keperluan komuniti setempat, khususnya melibatkan kemudahan surau.

Lawatan tapak ini memberi peluang kepada pihak yang terlibat untuk melihat sendiri keperluan sebenar komuniti serta mengenal pasti ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi mewujudkan persekitaran surau yang lebih selesa, bersih dan terurus.

Dalam kesempatan yang sama, beberapa set telekung serta peralatan pembersihan seperti pencakar rumput dan penyapu sampah turut disumbangkan bagi membantu komuniti menjaga kebersihan dan keceriaan kawasan surau.

Semoga inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada penduduk Kampung Sungai Kabuk serta menjadi pemangkin kepada usaha khidmat komuniti yang berterusan dan lebih bermakna pada masa hadapan.

โœจ Menyantuni komuniti, berkongsi keprihatinan dan membina impak melalui khidmat kepada masyarakat.

๐Ÿ“ SESI PENYERAHAN SUMBANGAN ALMARI KASIH 2026 OLEH KPDN SELANGOR๐Ÿ“… Tarikh: 15 Julai 2026๐Ÿ•ฅ Masa: 10.30 pagi๐Ÿ“Œ Tempat: Bilik...
21/08/2026

๐Ÿ“ SESI PENYERAHAN SUMBANGAN ALMARI KASIH 2026 OLEH KPDN SELANGOR

๐Ÿ“… Tarikh: 15 Julai 2026
๐Ÿ•ฅ Masa: 10.30 pagi
๐Ÿ“Œ Tempat: Bilik Mesyuarat JKM

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal berbesar hati menerima kunjungan delegasi KPDN Selangor bagi Sesi Penyerahan Sumbangan Almari Kasih 2026, yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA) dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA).

Program dimulakan dengan simbolik penyerahan sumbangan kepada pelajar serta penyerahan bunting Almari Kasih kepada pihak institusi, diikuti sesi fotografi di Foyer JKM.

Sesi diteruskan dengan pembentangan dan perbincangan berkaitan pelaksanaan i-HSAN Food Bank sebagai salah satu inisiatif kebajikan yang menyokong keperluan pelajar serta memperkukuh kerjasama strategik antara institusi dan agensi luar.

โœจ Prihatin dikongsi, kebajikan diperkasa, sinergi dibina demi kesejahteraan pelajar.

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)

๐Ÿ“ PROGRAM IEEP DMP: PACK & PRINT โ€“ PENGENALAN KEPADA ALTAIR INSPIRE DAN CETAKAN 3D๐Ÿ“… Tarikh: 29 Julai 2026Program IEEP DM...
21/08/2026

๐Ÿ“ PROGRAM IEEP DMP: PACK & PRINT โ€“ PENGENALAN KEPADA ALTAIR INSPIRE DAN CETAKAN 3D

๐Ÿ“… Tarikh: 29 Julai 2026

Program IEEP DMP: Pack & Print dilaksanakan sebagai pendedahan kepada pelajar terhadap penggunaan teknologi digital dalam proses reka bentuk dan pembangunan produk. Melalui pengenalan kepada Altair Inspire dan teknologi Cetakan 3D, pelajar berpeluang memahami proses daripada pembangunan reka bentuk secara digital sehingga penghasilan prototaip fizikal.

Program ini turut memberi nilai tambah kepada pembelajaran pelajar dengan memperkukuh kemahiran teknikal, kreativiti dan keupayaan mengaplikasikan teknologi semasa selaras dengan keperluan industri.

โœจ Daripada idea kepada reka bentuk, daripada reka bentuk kepada realiti.

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)

๐Ÿ“ MAJLIS BERSAMA JABATAN & ANUGERAH KETUA JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL ๐ŸŽ–๏ธ๐Ÿ“… Tarikh: 29 Julai 2026๐Ÿ“Œ Tempat: Dewan Al-Jaz...
21/08/2026

๐Ÿ“ MAJLIS BERSAMA JABATAN & ANUGERAH KETUA JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL ๐ŸŽ–๏ธ

๐Ÿ“… Tarikh: 29 Julai 2026
๐Ÿ“Œ Tempat: Dewan Al-Jazari (DAJ)

Majlis Bersama Jabatan menjadi platform komunikasi dua hala antara pensyarah dan pelajar melalui sesi perkongsian berkaitan pengurusan pelajar, pelaksanaan PdP dan OBE, disiplin, kebajikan serta perkara-perkara semasa yang melibatkan pelajar. Program ini dilaksanakan bagi memastikan penyampaian maklumat yang lebih jelas dan menyeluruh, di samping membentuk pelajar yang lebih peka, bertanggungjawab dan memahami peranan masing-masing sepanjang berada di JKM, PSA.

Majlis ini turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Ketua Jabatan sebagai pengiktirafan kepada pelajar yang menunjukkan pencapaian akademik cemerlang. Pengiktirafan ini diharap menjadi pemangkin semangat untuk terus meningkatkan potensi diri dan mengejar kecemerlangan yang lebih tinggi.

โœจ Kecemerlangan diraikan, potensi diperkasa, aspirasi masa hadapan dibina bersama.

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)

20/08/2026
Assalamualaikum & salam sejahtera ๐ŸŒŸ๐Ÿ“ข *LIVE TIKTOK 48 JAM TERAKHIR!*๐Ÿ”ฅ *KLIK RESET โ€“ JOM PILIH POLYCC!*Politeknik Sultan S...
10/04/2026

Assalamualaikum & salam sejahtera ๐ŸŒŸ

๐Ÿ“ข *LIVE TIKTOK 48 JAM TERAKHIR!*
๐Ÿ”ฅ *KLIK RESET โ€“ JOM PILIH POLYCC!*

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) turut serta dalam siri *LIVE* khas ini ๐ŸŽฅ

๐Ÿ“… SABTU | 11 APRIL 2026
โฐ 10.00 pagi โ€“ 11.00 pagi
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Kdr. Ts. Asmira bin Ashari
๐ŸŽฏ*NAVALTech@PSA*
*"Future of Maritime Starts Here"*

๐Ÿ“… AHAD | 12 APRIL 2026
โฐ 9.00 pagi โ€“ 10.00 pagi
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Pn. Haslinda
๐ŸŽฏ *Jom Upgrade Skill: Laluan Sijil Khas*

โœจ Kenapa wajib join?
โœ” Info laluan pengajian terkini
โœ” Peluang kerjaya & masa depan
โœ” Tanya terus secara LIVE

๐Ÿ’ฌ *Terbuka kepada semua pelajar & ibu bapa*

โš ๏ธ *48 JAM TERAKHIR โ€“ peluang terakhir untuk buat pilihan!*

๐Ÿ“Œ *Set reminder & jangan terlepas! ๐ŸŽฏ*

Ketua Pengarah JPPKK - Shamsuri Abdullah
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
polycc.edu
Politeknik.kolejkomuniti
Kementerian Pendidikan Tinggi

48 JAM TERAKHIR TANPA HENTIโ‰๏ธYa, ini betul-betul bukan cubaanโ€ฆPOLYCC akan bersiaran secara langsung (Live) selama 48 Jam...
09/04/2026

48 JAM TERAKHIR TANPA HENTIโ‰๏ธ

Ya, ini betul-betul bukan cubaanโ€ฆ

POLYCC akan bersiaran secara langsung (Live) selama 48 Jam TANPA HENTI di aplikasi Tiktok sebagai pecutan terakhir sebelum tarikh tutup permohonan UPUOnline pada 12 April 2026, jam 5 petang.

Kepada semua calon lepasan SPM 2025 dan ibu bapa, jangan lepaskan peluang ini untuk bersama-sama kami Live di lebih 100 akaun Tiktok politeknik dan kolej komuniti bagi mendapatkan pelbagai maklumat lanjut tentang program pengajian yang ditawarkan di institusi TVET terbesar di ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Tanya je apa-apa berkaitan POLYCC, kami sedia membantu anda๐Ÿ˜Ž

Jumpa kami pada 10 April 2026, jam 5 petang dan berterusan sehingga 12 April, jam 5 petang!

Klik Reset, Jom Pilih POLYCC

Jumpa anda di Tiktok!





Address

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Shah Alam
Shah Alam

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kejuruteraan Mekanikal - JKM PSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Jabatan Kejuruteraan Mekanikal - JKM PSA:

Shortcuts

Share

Category