Surau Al-Falah SMK USJ 23

Surau Al-Falah SMK USJ 23

Share

Surau sekolah merupakan syiar Islam dan pembinaannya bukan sekadar sbg tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata tetapi juga sbg pusat pendidikan

Surau sekolah merupakan syiar Islam di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata sama ada secara individu atau berjamaah tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah. Selain menjadi tempat untuk melaksanakan ibadat wajib dan sunat, surau juga berfungsi sebagai pusat ilmu bagi memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman y

26/11/2025
Photos from Sekolah Menengah Kebangsaan USJ23's post 23/03/2025
Photos from Surau Al-Falah SMK USJ 23's post 28/01/2023

Program Pecutan Akhir Pend Islam SPM 2022

Tarikh : 28 Januari 2023
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik PAK 21
Penceramah : Ustaz Mohd Amri bin Md Husin (SMK Bandar Rinching)

Alhamdulillah, program sedang berjalan dengan baik dan lancar.

Didoakan kepada semua calon SPM 2022 ini akan dilapangkan fikiran, ditenangkan hati, dipermudahkan menjawab soalan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang.

Mohon doakan ye anak-anak ini ya. Bakal² A utk Pend Islam 🤲🏻🥰

Photos from Surau Al-Falah SMK USJ 23's post 27/01/2023

Telah berlangsung majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat SPM.
Anjuran Panitia Pendidikan Islam SMK USJ 23.
27 Januari 2023 (Jumaat)
Semoga semua calon² SPM 2022 beroleh kejayaan. Aaminn 🤲🤲

27/01/2023

Program Bacaan Yaasin, Solat Hajat, Motivasi & Restu Ilmu
Sempena SPM 2022...

02/09/2022

Selamat Bercuti Buat Anak-anak SMK USJ 23

Masa cuti :
1) Jaga hubungan dengan Allah (Solat 5 waktu, baca al-Quran)
2) Bantu ibu dan ayah di rumah
3) Ulangkaji pelajaran untuk peperiksaan 🌹🌹🌹

Photos from Surau Al-Falah SMK USJ 23's post 30/08/2022

PROGRAM QIAMULLAIL
HIDUPKAN SEPERTIGA MALAM DENGAN QIAMULLAIL

26 & 27 OGOS 2022

SURAU SMK USJ 23

17/08/2022

SEKOLAHKU SEJAHTERA

Elemen-elemen SEKOLAHKU SEJAHTERA ialah seperti berikut:

i. Selamat

Persekitaran institusi pendidikan yang aman dan tenteram serta terpelihara daripada ancaman dan bahaya.

ii. Seronok

Suasana pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan yang menggembirakan.

iii. Sihat

Penjagaan kesihatan fizikal dan mental khususnya dalam aspek pemakanan serta kebersihan diri dan persekitaran.

iv. Etika

Pegangan yang teguh kepada nilai-nilai akhlak dan prinsip moral khususnya dalam aspek integriti.

v. Empati

Keupayaan untuk menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain dengan meletakkan diri pada tempat mereka.

vi. Jati Diri

Prinsip serta pegangan yang membentuk identiti dan karakter diri dalam mencorak keperibadian unggul.

vii. Adab Sopan

Amalan tingkah laku yang memberi penekanan kepada akhlak, budi bahasa, pertuturan dan kelakuan baik.

viii. Harmoni

Suasana persekitaran yang aman dan penuh toleransi serta berteraskan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

ix. Tekun

Rajin dan bersungguh-sungguh dengan penuh tumpuan serta daya usaha dalam mendalami ilmu dan melaksanakan tanggungjawab.

x. Teliti

Cermat dan hemat dengan penuh analitis dalam melaksanakan tanggungjawab.

xi. Terampil

Kecekapan dan kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab.

xii. Ekplorasi

Rasa kecintaan untuk meneroka ilmu yang bermanfaat dan terus berusaha meningkatkan kefahaman serta menguasai ilmu berkenaan.

xiii. Rasional

Kemampuan membuat pertimbangan dan keputusan berdasarkan fakta dan maklumat serta tidak dipengaruhi oleh emosi dan prasangka.

xiv. Artikulasi

Keupayaan untuk mengolah serta menyampaikan pandangan, hujahan atau huraian tentang sesuatu perkara dengan jelas dan teratur berdasarkan fakta.

*S*: Selamat, Sihat, Seronok
*E*: Etika, Empati
*J*: Jati Diri
*A*: Adab Sopan
*H*: Harmoni
*T*: Terampil, Tekun, Teliti
*E*: Eksplorasi
*R*: Rasional
*A*: Artikulasi

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Jalan Harmoni
Shah Alam
47640