Akademi Al-Faqeh

Akademi Al-Faqeh Anda atau anak anda nak "faqeh" dalam bidang Al-Quran dan Akademik? Perlukan motivasi? Kepakaran ka Kurang memberi tumpuan di dalam kelas?

Home Tuition:

Adakah anak-anak anda:

Memperolehi pencapaian akademik yang kurang memuaskan? Kurang motivasi untuk belajar & berjaya dalam hidup? Minat belajar namun tidak mengetahui teknik yang betul untuk belajar? Telah berusaha dengan gigih namun masih belum berjaya? Keputusan menurun sedangkan peperiksaan tidak lama lagi? Tiada peningkatan walaupun telah dihantar ke kelas tambahan dan pusat t

uisyen? Pernah suatu masa memperolehi keputusan yang cemerlang, namun tidak konsisten? Pelajar yang cemerlang dan ingin mengekalkannya? Jika jawapannya 'ya', kami di Akademi Infitah ingin membantu para pelajar dan ibu bapa dengan sebaik mungkin dalam mencapai cita-cita yang diimpikan. Pakej-pakej yang kami sediakan iaitu Home Tuition adalah sesuai bagi mereka yang inginkan kualiti serta fokus dalam sesi pembelajaran yang diikuti. Pakej Home Tuition memberi fokus pada subjek-subjek akademik yang dipelajari melalui KSSR & KSSM seperti subjek Sains, Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan, Prinsip Akaun, Ekonomi dan lain-lain. Selain itu, subjek-subjek agama seperti Hadis, Fikah, Tafsir, Sirah, Jawi, Nahu, Soraf dan lain-lain turut ditawarkan. Tuto-tutor kami yang terlatih akan sentiasa memberi tunjuk ajar, motivasi serta latihan seperti soalan-soalan peperiksaan yang lepas bagi membantu pelajar berjaya dengan cemerlang. Kelebihan kami adalah tutor yang telah dilatih dengan baik dan mampu memberi komitmen sesuai dengan keperluan ibu bapa serta pelajar. Tutor bukan sahaja memberi tunjukajar, malah merupakan 'mentor' yang dapat memberi motivasi serta memberi semangat kepada pelajar bukan sahaja dalam bidang akademik, malahan untuk berjaya dalam kehidupan. Quranic Home-Based

Adakah anda ingin:

Belajar Al-Quran daripada asas? Membetulkan sebutan 'makhraj' bacaan? Ingin mempelajari ilmu tajwid dan dapat mengamalkannya dalam bacaan Al-Quran? Boleh membaca Al-Quran, namun masih kurang fasih & lancar? Ingin mempelajari Al-Quran bersama terjemahan atau tafsir? Ingin mempelajari ilmu fardhu ain secara teori dan praktikal? Ingin mempelajari bersama-sama dengan keluarga/jiran/sanak-saudara? Quranic Home Based (QHB) p**a adalah bertujuan untuk mempelajari ilmu Al-Quran & Tajwid serta asasnya seperti Iqra', Muqaddam dan lain-lain. Tujuannya adalah supaya pelajar dapat membaca Al-Quran dengan lancar di samping tajwid yang betul. Selain itu, bagi yang berminat mempelajari ilmu fardhu ain, tadabbur (terjemahan), hadis-hadis serta doa-doa pilihan juga sesuai bagi memilih pakej ini. QHB juga sesuai bagi pembelajaran seisi keluarga atau sesebuah organisasi. Kadar yuran yang dikenakan juga amat berpatutan dengan hasil yang diperolehi. Di pihak klien, kami sering berusaha untuk memberi yang terbaik dalam memberikan pengajaran yang berkualiti serta efisyen supaya pelaburan anda akan memberikan hasil jangka masa panjang bukan setakat di dunia, malah di akhirat juga. Bagi memastikan klien mendapat hasil yang terbaik, sesi pertama akan dinilai sendiri oleh klien. Sekiranya berpuas hati, pembelajaran akan diteruskan. Jika tidak berpuas hati, tiada bayaran akan dikenakan.

23/04/2022

Bagaimana pendosa nk bertemu ramadhan 🙏🏻

Komen NAK utk daftarkan anak anak!
17/03/2022

Komen NAK utk daftarkan anak anak!

02/03/2022

Sedang berlangsung Kelas Ngaji online Group "Usroh" bersama bersempena Israk Mi'raj.

10 Orang shj lagi ya kami cari. Anda nak? Komen NAK
27/01/2022

10 Orang shj lagi ya kami cari. Anda nak? Komen NAK

Komen NAK sebelum cukup kuota 👇🏻
30/12/2021

Komen NAK sebelum cukup kuota 👇🏻

Insyaallah, amin ❤️
24/12/2021

Insyaallah, amin ❤️

14/12/2021

Kelas Ngaji Online PERCUMA!
Ini dia kelas "Betul Betul Basic", yg betul betul nk dibantu.
Komen SAYA NAK, kami akan bantu anda!

SAMBIL2 TAKDE BUAT APA NI NAK TAK KITA ULANGKAJI BAGAIMANA CARA BACA AYAT NI? 😉Topik ni kita pernah bincang sebelum ni. ...
14/12/2021

SAMBIL2 TAKDE BUAT APA NI NAK TAK KITA ULANGKAJI BAGAIMANA CARA BACA AYAT NI? 😉
Topik ni kita pernah bincang sebelum ni. Sebelum ni asyik Ustaz je bagi input. Apakata kali ni kita ulangkaji p**ak. kalau salah jangan bimbang, kita bincang dan perbetulkan kesalahan...nama pun belajar kan...Jom kita ulangkaji.
So bagaimana agaknya cara baca ayat dalam gambarajah diatas ni?
Sila pilih dibawah ya
A) Majriihaa
B) Majraahaa
c) Majreehaa
d) Majr_haa
Anda pilih yg mana anda rasakan betul. Dah pilih sila bagitau jawapan anda dalam ruang komen ni ye. Tag rakan anda juga bagi mereka jawab 😀..

MENGAPA HURUF 'BA' NI TAK DIBACA SECARA MELANTUN (QOLQOLAH)? 🤔Biasanya bila bertemu huruf Ba' mati, kita mesti bacanya d...
11/12/2021

MENGAPA HURUF 'BA' NI TAK DIBACA SECARA MELANTUN (QOLQOLAH)? 🤔
Biasanya bila bertemu huruf Ba' mati, kita mesti bacanya dengan bacaan qolqolah iaitu kita lantunkan bacaannya kerana huruf Ba' termasuk dalam 5 huruf2 qolqolah.... tapi tidak dalam bacaan ni...Inilah namanya Idgham Mutaqorribain.
Idgham mutaqaribain ialah pertemuan dua huruf yang berhampiran sifat dan makhrajnya seperti ba‘ bertemu mim, qaf bertemu kaf dan tha‘ bertemu dzal. .
Contoh : اِرْكَبْ مَعَنَا = اِرْكَ مَّعَنَا .
So cara bacaannya kita mesti leburkan bacaan Ba' dan masukkan ke dalam huruf Mim beserta dengung.
"IRKAMM MAANAA"
Bukan "IRKAB MAANA"
MACAMANA CARA NAK KENAL DIA?
1. Huruf Ba' tiada tanda sukun diatasnya
2. Huruf Min akan ada tanda Sabdu (syiddah)
Anda makin jelas? Cer komen "jelas Ustaz"....jom LIKE dan SHARE untuk gandakan lagi pahala ya! .

NI TANDA APA P**A MACAM HURUF DAL TERBALIK DAN BERBARIS BAWAH NI? 🤔Sabar tuan puan, sebab tu pentingnya kita belajar dan...
09/12/2021

NI TANDA APA P**A MACAM HURUF DAL TERBALIK DAN BERBARIS BAWAH NI? 🤔
Sabar tuan puan, sebab tu pentingnya kita belajar dan berguru, tak boleh main langgar je! 😭
Ok, skrg ni mcm mana kita nak baca pada simbol ini yg ada pd surah Al A'raf Ayat 196 ini?
Mcm ni, jika anda jumpa tanda dan simbol ni, cara bacaan pd simbol dal terbalik dan berbaris atas ni ialah "YA"
Bermakna bacaan full nya, "INNA WALIYYIYALLOOHU"
Jelas ke jelas?
Kalau jelas komen "JELAS USTAZ"
Anda nak belajar dari basic? Jom sertai Seminar "Betul Betul Basic" secara online yg akan kami adakan pada 1 & 2 Januari ini secara percuma! Nak? Komen NAK

MENGAPA ALIF KECIL DIBAWAH HAMZAH NI DIABAIKAN DALAM BACAAN YA? 🤔Biasanya kalau jumpa tanda Alif kecik ni, kita kene bac...
06/12/2021

MENGAPA ALIF KECIL DIBAWAH HAMZAH NI DIABAIKAN DALAM BACAAN YA? 🤔
Biasanya kalau jumpa tanda Alif kecik ni, kita kene baca panjang kan? Tapi ada ketikanya tidak sebenarnya malah ada yang diabaikan atau dianggap tiada dalam bacaan...contohnya mcm dalam gambarajah dibawah ni...Nak tau sebab apa Alif kecik dibawah hamzah ni tak dibaca panjang? Jom hadam betul2.
1. HAMZAH BERSIFAT PARASIT...hamzah s**a bertenggek atas huruf lain khususnya Mad...bila ia berada diatas mana2 huruf Mad, maka Mad tersebut diabaikan dan kita mesti bunyikan huruf hamzah tu
2. ALIF KECIL TERMASUK KATEGORI MAD....So sebab tu la huruf Alif kecil pon termasuk skali dlm huruf y perlu diabaikan bacaannya kalau ada hamzah diatasnya
So bacaannya akan jadi "FADDAA_RO'TUM" .
bukan "FADDAA_ROO_TUM"
Jelas ker jelas? Kalau ustad nak mintak LIKE dan SHARE dan Komen “FAHAM USTAZ” utk manfaat lebih ramai orang boleh? dan semoga ia menjadi saham kita di akhirat kelak..

Address

Al-Faqeh Legacy Sdn Bhd
Shah Alam
40000

Telephone

019-2700985

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Al-Faqeh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Akademi Al-Faqeh:

Shortcuts

Share