04/06/2026
ππππππππ πππππππππππ ππππ πππππ πππππ πππππππ πππππππ ππ’ππ ππππ ππππ
4 Jun 2026 β Taklimat Pelaksanaan Menu Kasih Siswa bersama para peniaga UiTM Shah Alam telah diadakan di Dewan Muktamar 1, Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohd Rizal Nordin, Pengarah Bahagian Pentadbiran Strategik dan Sumber Manusia, Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Inisiatif Menu Kasih Siswa merupakan langkah proaktif oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam menjaga kebajikan mahasiswa, khususnya bagi membantu mereka menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.
Melalui inisiatif ini, hidangan makanan lengkap ditawarkan pada harga siling yang berpatutan, iaitu antara RM3.00 hingga RM5.00, khusus untuk mahasiswa.
Mekanisme ini berfungsi sebagai sistem sokongan sosial yang memastikan mahasiswa mempunyai akses kepada makanan mampu milik dan berkhasiat melalui keseimbangan nutrisi yang merangkumi karbohidrat, protein serta serat (sayur-sayuran). Usaha ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kesejahteraan, kebajikan dan kualiti hidup mahasiswa di kampus.
02/06/2026
Bakal mahasiswa UiTM bakal tahu..
Terima kasih Dato Prof Dr Amin NC UPSI selaku Pengerusi NC IPTA mewakili semua NC IPTA, menjelaskan kepada rakyat berikutan tuduhan bahawa kerajaan ini tidak prihatin terhadap nasib golongan B40 untuk melanjutkan pelajaran mereka ke IPTA.
ββββββββββββββ-
FAQ: BETUL KE GOLONGAN B40 TAK BOLEH MENDAFTAR KE UNIVERSITI?.....
Eeh tak betul tu
Semua boleh mendaftar di universiti setelah mendapat tawaran
Tak pernah ada yang dihalang mendaftar jika tiada wang
Jangan risau mak abah
Kami juga pernah susah sepertimana kalian.
Inilah peluang mengubah nasib keluarga.
Jangan dihirau bingit di luar sana.
Semuanya Auta belaka.
Mai ajelah daftar ya, nanti kami bantu sehabis baik.
Ini amanah & jariah kita.
Memudahan menjadi asbab membawa ke syurga.....
02/06/2026
KEUB 2026 Perkukuh Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Negara
Tiga anjakan radikal lonjak ekonomi bumiputera
Dilaksanakan secara tuntas dan berani supaya agenda ekonomi bumiputera tidak terus menjadi retorik atau sekadar dasar di atas kertas.
26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H diucapkan kepada seluruh warga UiTM.
Semoga sambutan Aidiladha ini menjadi medan untuk kita terus memperkukuh semangat pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan dalam membina komuniti kampus yang harmoni, berdaya saing dan penuh ihsan.
Dalam menghayati makna ibadah korban, semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk berbakti, menuntut ilmu serta menyumbang demi agama, bangsa dan negara.
26/05/2026
Selamat Ulang Tahun Kelahiran YBrs. Profesor Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar).
"Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagian, serta dipermudahkan segala urusan dalam memimpin dan memperkasa pembangunan mahasiswa."
Ikhlas daripada :
Pengurusan Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Seluruh Warga Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
25/05/2026
πππππππ & ππππππ
Sekalung tahniah kepada Pasukan Sofbol Malaysia Universiti atas kejayaan muncul Juara kategori Lelaki dan Wanita dalam Kejohanan Sofbol Terbuka Kebangsaan 2026 yang berlangsung pada 21-24 Mei 2026 bertempat di POLIMAS, Jitra, Kedah.ππ²πΎ
Turut membanggakan, 9 pelajar UiTM telah terpilih mewakili Malaysia Universiti dan berjaya mengharumkan nama universiti di pentas kebangsaan:
β¨ Muhammad Luthfi Hadi Bin Md Idris | BA 264
β¨ Mohammad Amirul Hakimi Bin Riduan | EE212
β¨ Muhammad Safwan Bin Syafian | AC220
β¨ Noralis Natasha Binti Hassan | SR243
β¨ Qalissa Maysara Binti Hasan | SR117
β¨ Siti Abdah Umairah Binti Hussin | SR241
β¨ Puteri Wardina Safiyya Binti Mad Khairulanuar | BM117
β¨ Nor Ayu Kellyna Binti Mohammad Sharif | AS244
β¨ Ain Aisyah Binti Hasnul Hanizamri | CEEC222
Semoga terus unggul melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada semua.
24/05/2026
πππππ πππππ ππππππ (πππ) πππ ππππ πππππ πππππ (πππ) ππππππππ πππππππππ πππππππππ ππππππππππ πππππππππ ππππ (ππ’ππ)
Jabatan Hal Ehwal Pelajar melalui Universiti Teknologi MARA terus memperkukuh agenda kebajikan mahasiswa melalui pelaksanaan Dapur Siswa MADANI (DSM) dan Menu Kasih Siswa (MKS) di seluruh cawangan termasuk kampus Private Fund Initiative (PFI). Inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang berasaskan model Dapur HEP UiTM sejak 2022 ini bertujuan memastikan mahasiswa mendapat akses kepada makanan berkualiti pada harga berpatutan. Pelaksanaan DSM dan MKS dilaksanakan secara terancang, telus dan mematuhi piawaian keselamatan serta tatakelola yang ditetapkan, selaras dengan agenda Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) dalam memperkasa kebajikan mahasiswa.
Menu Kasih Siswa menawarkan hidangan lengkap dan seimbang pada harga RM3 hingga RM5 merangkumi karbohidrat, protein serta sayur atau serat. Antara menu yang ditawarkan ialah nasi bersama lauk dan sayur, mee atau bihun goreng serta menu barat mengikut kesesuaian kampus. Inisiatif ini turut membantu mengurangkan beban kos sara hidup pelajar di samping menetapkan sasaran penyediaan 500 hingga 1,000 pek makanan sehari di UiTM Shah Alam dan cawangan.
Selain itu, penyaluran dana KPT membolehkan penambahbaikan Dapur Siswa MADANI dilaksanakan dengan lebih efisien. UiTM juga menyediakan sokongan kepada pengusaha melalui promosi media sosial, keutamaan tempahan makanan universiti dan seumpamanya. Pemantauan lapangan turut dijalankan bagi memastikan aspek kebersihan, kualiti makanan, harga dan kepuasan mahasiswa sentiasa berada pada tahap terbaik.
Kementerian Pendidikan Tinggi
Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi
23/05/2026
UiTM Bukti Keunggulan Seni Budaya, Rangkul Pelbagai Kejayaan di FEStKUM 2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar dan warga Pusat Kebudayaan Jabatan Hal Ehwal Pelajar UiTM atas kejayaan cemerlang yang diraih dalam Festival Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (FEStKUM 2026) anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM).
Kejayaan membanggakan yang telah diperoleh ialah:
1. *JOHAN* Kategori Pertandingan Instrumental Muzik Solo serta *Anugerah Persembahan Terbaik*
2. Tempat *Ketiga* Kategori Nyanyian Irama Malaysia serta *Anugerah Persembahan Terbaik*
3. Tempat *Ketiga* Kategori Tarian Rampaian Melayu
Secara keseluruhannya, Universiti Teknologi MARA (UiTM) berjaya menduduki tempat *KETIGA* keseluruhan daripada penyertaan 20 universiti awam seluruh Malaysia.
Kejayaan ini membuktikan komitmen, bakat, disiplin serta semangat kerja berpasukan yang tinggi dalam kalangan mahasiswa dan tenaga penggerak seni budaya UiTM. Pencapaian ini bukan sahaja mengharumkan nama universiti, malah memperkukuhkan lagi kecemerlangan UiTM dalam bidang seni dan kebudayaan di peringkat kebangsaan .
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian gemilang pada masa akan datang serta terus menyemarakkan kecintaan terhadap seni budaya dalam kalangan warga universiti.
βUiTM Di Hatikuβ
22/05/2026
πππππππ πππππ ππππ πππππ πππππππππ πππππππππ (πππ) ππ’ππ ππππ-ππππ
22 Mei 2026 β Bengkel Libat Urus Model Mahasiswa Terbilang (MMT) UiTM 2026-2030 telah berlangsung di Dewan Mawar Qaseh, Kolej Kediaman Mawar, Universiti Teknologi MARA Shah Alam.
Bengkel ini memfokuskan pembangunan mahasiswa holistik menerusi teras ilmu, keusahawanan, kepimpinan, kemanusiaan dan kesukarelawanan, patriotisme, akhlak serta kecergasan dan kesejahteraan.
UiTM turut memberi penekanan terhadap pembangunan kemahiran pelajar dan minda keusahawanan menerusi pelbagai inisiatif yang dilaksanakan bagi melahirkan graduan sebagai pencipta pekerjaan, bukan sekadar pencari pekerjaan.
21/05/2026
π₯ 12 Hari Lagi Menuju KEUB 2026! π₯
Konvensyen Ekonomi Usahawan Bumiputera (KEUB) 2026 bakal menghimpunkan idea, aspirasi dan hala tuju memperkasa ekonomi Bumiputera demi masa depan yang lebih mampan.
π
2 Jun 2026
π Terengganu Equestrian Resort
Bersama kita mengangkat tema:
β¨ βMemperkasa Penguasaan Ekuiti Bumiputeraβ β¨
Ayuh jadi sebahagian daripada gelombang perubahan dan transformasi keusahawanan negara!