Salam Sejahtera,
Pada pelajar yang ingin mendaftar pada esok hari, pastikan segala dokumen yang diperlukan mencukupi dan disimpan di dalam satu fail agar tidak tercicir.
Dokumen yang diperlukan esok adalah:
1. Salinan surat tawaran.
2. Borang maklumat pelajar
3. Borang permohonan kad pelajar
4. Borang laporan pemeriksaan kesihatan
5. Salinan kad pengenalan
6. Salinan sijil SPM / O-Level
7. Salinan sijil STPM / A-Level(jika berkenaan)
8. Salinan sijil dan transkrip (jika berkenaan)
- Tahun Asas
- Matrikulasi
- Ijazah
- Diploma
- Sijil MUET
- Surat tamat belajar Asasi / Diploma
- Lain-lain sijil akademik
9. Salinan silibus mata pelajaran program terdahulu bagi tujuan pengecualian kredit (jika berkenaan)
10. Gambar berukuran pasport 4 keping.
p/s :Sila rujuk buku panduan.
Apa-apa pun Selamat Datang in advance kepada semua pelajar baru ye esok. Selamat menjadi sebahagian dari Universiti Selangor.
Jom Join Unisel
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jom Join Unisel, College & University, Jalan Zirkon A 7/A, Seksyen 7, Shah Alam.
08/01/2015
Kami akan berada di KLCC!!
Sila datang ke booth kami di nombor B053!!
Sebarang pertanyaan sila hubungi 03 5522 3400 atau whatsapp pegawai kam di nombor 019-2850 736/752/741/742.
Jumpa anda di sana!! please and
15/12/2014
Please and
Tier 5, bukan satu pencapaian yang mudah bagi sesebuah institusi. Tetapi Unisel kini telah mencapai ke tahap tersebut.
Marilah bersama kami, sebahagian kami untuk menjadi dalam salah sebuah Universiti Cemerlang untuk anda keluar menjadi salah satu hasil Unisel yang Cemerlang
09/11/2014
Antara petikan ucapan Dato' Menteri Besar Selangor seperti :
16. Sementara saya komited untuk menjadikan pendidikan sebagai teras pembangunan negeri, saya cukup memahami keperluan kewangan yang diperlukan untuk membiayai pendidikan anak - anak dari desa dan keluarga berpendapatan rendah. Justeru, mulai tahun 2015, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sejumlah RM 10 juta setahun untuk Tabung Biasiswa Pelajaran khusus untuk pelajar UNISEL yang datang dari keluarga berpendapatan rendah. dan...
19. Program Hadiah Anak Masuk Universiti di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sebelum ini akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM 8 juta, khusus kepada pelajar Sarjana Muda dan Diploma dari keluarga yang berpendapatan kurang RM 3,000 sebulan. Setiap mereka akan menerima RM 1,000 selepas mendaftarkan diri untuk tahun pertama di UNISEL.
tidakkah ini tawaran menarik untuk anda?
“Berikut antara petikan teks ucapan Dato' Menteri Besar Selangor semasa menyampaikan aluan Istiadat Konvokesyen Ke-9 pagi tadi. Menarik dan tentunya berita baik buat warga universiti khususnya para pelajar" admin
16. Sementara saya komited untuk menjadikan pendidikan sebagai teras pembangunan negeri, saya cukup memahami keperluan kewangan yang diperlukan untuk membiayai pendidikan anak - anak dari desa dan keluarga berpendapatan rendah. Justeru, mulai tahun 2015, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sejumlah RM 10 juta setahun untuk Tabung Biasiswa Pelajaran khusus untuk pelajar UNISEL yang datang dari keluarga berpendapatan rendah.
17. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga memperkenalkan Dana Bantuan Sara Diri khas untuk mahasiswa UNISEL dengan peruntukan berjumlah RM 12 juta sebagai bantuan sebelum mereka mendapat pembiayaan pendidikan seperti pinjaman PTPTN.
18. Kerajaan Negeri juga akan meneruskan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor berjumlah RM 10 juta yang memberikan kemudahan pinjaman boleh ubah (convertible loans) kepada pelajar cemerlang di Selangor.
19. Program Hadiah Anak Masuk Universiti di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sebelum ini akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM 8 juta, khusus kepada pelajar Sarjana Muda dan Diploma dari keluarga yang berpendapatan kurang RM 3,000 sebulan. Setiap mereka akan menerima RM 1,000 selepas mendaftarkan diri untuk tahun pertama di UNISEL.
20. Pengumuman – pengumuman ini menzahirkan komitmen kerajaan terhadap agenda pendidikan dan pembangunan modal insan di negeri Selangor. Dana yang diperuntukkan bagi tujuan pendidikan ini, bukan hanya merupakan pelaburan kerajaan demi masa depan, akan tetapi turut merupakan inisiatif permuafakatan bersama mahasiswa, para pensyarah, warga alumni dan masyarakat khususnya rakyat negeri Selangor.
09/11/2014
2,691 GRADUAN TERIMA IJAZAH DAN DIPLOMA, ANDA YANG DILUAR SANA MARILAH MENGECAPI KEJAYAAN BERSAMA KAM DI SINI.
2,691 GRADUAN TERIMA IJAZAH DAN DIPLOMA TERMASUK IJAZAH ANUMERTA DOKTOR KEHORMAT, ZAINON AHMAD
Seramai 2,691 graduan diraikan dalam Istiadat Konvokesyen Ke-9 Universiti Selangor (UNISEL) hari ini. Istiadat konvokesyen yang penuh gilang-gemilang ini dijalankan dalam lima sidang dan disempurnakan oleh Canselor UNISEL, YAD Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda pada sidang pertama pagi tadi.
Turut hadir dalam istiadat konvokesyen sidang pertama ialah Menteri Besar Selangor, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Pendidikan Industri YS Sdn Bhd/UNISEL, Mohamed Azmin Ali, Pro-Canselor UNISEL, Dato’ Setia Dr Anuar Masduki, Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah UNISEL, ibu bapa dan jemputan kenamaan lain.
Istiadat yang penuh warna-warni dan gilang-gemilang ini akan berlangsung selama tiga hari membabitkan seramai 2,691 graduan. Daripada jumlah ini seramai 19 orang akan menerima ijazah kedoktoran falsafah dan profesional, 27 orang menerima ijazah sarjana (masters), 1,146 orang menerima ijazah sarjana muda (bachelor) dan 1499 orang menerima diploma.
Penerima bagi Ijazah Anumerta Doktor Kehormat dianugerahkan kepada Allahyarham Zainon Ahmad yang merupakan wartawan veteran disegani di negara ini. Pemilihan beliau yang dikenali sebagai Pak Non dibuat berdasarkan sumbangan dalam dunia kewartawanan melalui pengalaman luasnya. Beliau ternyata dihormati oleh pengamal media. Beliau meninggal dunia pada Mac tahun lalu. Anak Allahyarham, Zalinda Zainon telah mewakilinya bagi menerima anugerah ini.
Anugerah yang dimaksudkan ialah
· Anugerah Canselor 2014 diterima oleh Muhammad Faiz Mat Zauki yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Seni Reka Grafik Digital Sains Komputer Beliau akan menerima RM5,000, trofi pusingan dan sijil tajaan PKNS
· Anugerah Pengerusi 2014 dirangkul oleh Mohd Waqiyuddin Abdullah penerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Psikologi Industrit). Bakal menerima RM3,000.
· Anugerah Naib Canselor 2014 diterima oleh Yasmin Abdul Manan yang dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kewartawanan. Bakal menerima RM2,500
· Anugerah Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi bakal diterima Amir Safuan Badeli, dianugerahkan Diploma Pengurusan Industri Sukan. Menerima hadiah wang tunai RM2,500.
Setiap kategori anugerah diberikan adalah bukti keprihatinan universiti dalam menghargai kesungguhan serta kegigihan para graduan selama ini.
Istiadat Konvokesyen ini bertambah rancak dengan penganjuran Pesta Konvokesyen UNISEL (FESKONISEL) yang dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). FESKONISEL bermula hari ini hingga 10 November dengan pelbagai aktiviti, antaranya ialah wacana, jualan pelbagai produk dan konsert.
09/11/2014
Istiadat Konvokesyen UNISEL kali ke 9
“Istiadat Konvokesyen UNISEL Ke-9, yang sedang berlangsung bermula hari ini sehingga 10hb Nov 2014 boleh disaksikan secara langsung menerusi media.unisel.edu.my " admin
04/11/2014
Selamat Menduduki Peperiksaan SPM kepada semua pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia!
Buat yang terbaik!!
Mulakan dengan doa, diikuti dengan usaha (ketika menjawab kertas peperiksaan) dan diakhiri dengan tawakal.
Semoga berjaya!
Masih tidak terlambat untuk mengucapkan Salam 1436 Hijrah dari kami .
09/10/2014
Salam sejahtera.. Pengambilan Oktober sudah semakin dekat.. tarikh pendaftaran kami adalah pada 11 Oktober 2014 (Sabtu). Layarilah websitr kami di
www.unisel.edu.my
Dan datanglah mendaftar di UNISEL!!!
UNISEL | Universiti Selangor UNISEL Book of Achievements The UNISEL Book of Achievements is a testament to the many successes of our institution in over 14 years of operation. It is hoped that we continue to add to this collection and bring joy to our readers who share our passion in achieving excellence. Prof. Dr. Haji Anuar b…
03/10/2014
"Marilah Bermula Disini Bersama Kami"
http://www.youtube.com/watch?v=RqJg7BXGsRY&feature=youtu.be
Bermula Disini.. Universiti Selangor (UNISEL) Video pertama dibuat oleh Commercial Team Unisel, Pelajar Unisel. Crew yang terlibat: Sufi Amir Haikal Hamzah Grace Ping Lah Maryam Mardhiah Shasliza Hareez ...
Sempena 16 September yang baru di jadikan cuti umum kepada rakyat Malaysia, disini sedikit perkongsian mengenai Hari Malaysia oleh Commercial Team UNISEL.
"Marilah Bermula Disini Bersama Kami"
Please and our page
please and our video and page
page Jom Join UNISEL
https://www.facebook.com/pages/Jom-Join-Unisel/1502116563340036?ref=hl&ref_type=bookmark
Instagram
http://instagram.com/jom_join_unisel
youtube Jom Join UNISEL
http://www.youtube.com/watch?v=bnJ_90pexns
Jom Join Unisel University
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
Jalan Zirkon A 7/A, Seksyen 7
Shah Alam
40000