01/12/2017
Open for registration!!
02/12/2017
Sabtu
๐๐ TADIKA SMART SOLEH DENAI ALAM kini dibuka untuk pendaftaran sesi persekolahan 2018 untuk anak-anak berumur seawal 4/5/6 tahun. Kami menyediakan suasana pembelajaran awal kanak-kanak dan perkembangan sosial kanak-kanak berdasarkan akhlaq dan sunnah Rasulullah S.A.W. dan mengikut garis panduan kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
*Kurikulum*
๐บ Bahasa: English, Malaysia dan Arab
๐บ Kognitif: Matematik dan Sains
๐บ Pendidikan Jasmani
๐บ Pengajian Islam: Al-Quran, Hafazan, Aqidah dan Sirah
*Multimedia*
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik melalui penggunaan komputer dan teknologi multimedia terkini.
- Kami juga menggunakan *MiKids* dalam sistem pembelajaran untuk membantu kanak kanak dalam menguasai subjek English dan kemahiran kognitif.
- Selain itu kami juga menggunakan silibus 'Little Scientist' untuk subjek Sains.
๐Tadika Smart Soleh Denai Alam beralamat di No 1 Jalan Elektron U16/58F Denai Alam, 40160 Shah Alam, Selangor.
** Sebarang pertanyaan atau temu janji, sila hubungi atau whatsapp ke..
๐ 016- 252 3245
(Pn. Banum)
๐ 010- 365 6278
(Pn.Zubaidah)
www.wasap.my/60162523245/pendaftaran2018SmartSolehDenaiAlam
www.wasap.my/60103656278/pendaftaran2018SmartSolehDenaiAlam
30/11/2017
Menjadi Lebih Baik Daripada Sebelumnya
=================================================
Usaha menjadi baik adalah satu usaha panjang. Seumur hidup.
Jika bertambah orang yang baik dan berakhlak mulia, seisi alam juga dapat berjalan dengan baik.
Namun bagaimana untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik?
Cara untuk menjadi lebih baik :
Kenal kelemahan dan kelebihan diri.
Sentiasa rajin mencari pelbagai ilmu (luaskan pengetahuan).
Amalkan ilmu yang telah dipelajari.
Tingkatkan rasa yakin diri.
Sentiasa cuba untuk istiqamah.
Cuba melawan hawa nafsu.
Berkawan dan mempunyai persekitaran yang baik.
โDan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia;
dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya p**a adalah melampaui kebenaran.โ
(Surah Al-Kahfi: ayat 28)
โDan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.โ (Surah Al-Nahl: ayat 18)
Jadikan orang baik sebagai mentor/guru kita.
Baca, menonton dan dengar perkara yang baik-baik.
Tolak orang jahat (jangan jadikan mereka sanjungan atau rujukan).
Berdoalah selalu. Mohon hidayah daripada Allah.
โYa Allah, permudahkanlah aku berzikir kepada-Mu, permudahkanlah agar aku mensyukuri nikmat-Mu dan permudahkanlah aku untuk memperbaiki amalanku.โ (Hadis Riwayat Abu Dawud)
Kita semua diciptakan bukan saja-saja. Ada tanggungjawab dan kekuatan masing-masing.
Berazamlah bersungguh-sungguh untuk tidak berhenti hanya setakat hari ini.
Bersabarlah dalam proses menggapai reda-Nya. Mari terus melangkah menjadi lebih baik dan bersama-sama menuju syurga!
www.smartsoleh.my
29/11/2017
Open for registration!!
02/12/2017
Sabtu
29/11/2017
Tabayyun; Amalan Yang Semakin Terhakis Dan 5 Akibat Tidak Mengamalkannya
=================================================
Zaman teknologi kini, masyarakat terdedah dengan pelbagai medium yang membolehkan kita mengetahui apa jua jenis maklumat hanya di hujung jari sahaja. Facebook, Twitter, You Tube dan lain-lain lagi media massa kini mudah diakses oleh sesiapa sahaja dan di mana-mana.
Sungguhpun begitu, tidak semua maklumat yang terkandung di dalamnya perlu kita percaya bulat-bulat. Kadang, ada yang ingin menjatuhkan individu tertentu kerana sikap hasad dengki lalu diolah cerita yang kurang enak mengenainya dan disebarkan ke dalam media sosial. Inilah yang sering terjadi dalam masyarakat hari ini.
Lupakah kita dengan ayat Al-Quran yang meminta kepada kita agar selidik terlebih dahulu atau bahasa lainnya disebut sebagai โtabayyunโ tatkala menerima sesuatu berita yang tidak diketahui sumbernya. Firman Allah SWT yang bermaksud;
โWahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini โ dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) โ sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kau telah lakukan.โ
(Al-Hujurat : 6)
Imam al-Syaukani rahimahullah berkata;
โYang dimaksudkan dengan โtabayyunโ adalah memeriksa dengan teliti, yang dimaksudkan dengan โtathabbutโ adalah berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sesuatu peristiwa dan khabar yang datang, sehingga menjadi jelas dan terang baginya.โ
(Fathul Qadir 5/65)
Tahukah kita, kegagalan mengamalkan tabayyun ini dibimbangi akan mendatangkan kesan yang buruk dalam kalangan masyarakat. Apakah kesan tersebut? Berikut adalah lima daripadanya;
#1 โ Berlaku Fitnah
Berlakunya fitnah atau mengadu domba yang akhirnya akan menyebabkan ikatan persaudaraan sesama Muslim itu terlerai dan berpecah dengan sendirinya.
#2 โ Keretakan Institusi Kekeluargaan
Menyebabkan keretakan institusi kekeluargaan yang dibina, apabila ia melibatkan hubungan antara suami dan isteri.
#3 โ Jauh Daripada Cara Hidup Islam
Menjauhkan diri daripada amalan atau cara hidup Islam yang sebenarnya. Ini kerana Islam amat mengambil berat perkara ini apabila berlakunya sesuatu perkara yang tidak diketahui asal usulnya.
#4 โ Imej Yang Tidak Baik
Memberikan imej yang tidak baik dalam kalangan komuniti bukan Islam terhadap agama Islam itu sendiri, jika hal yang berlaku melibatkan hal ehwal sesama Muslim.
#5 โ Terjejasnya Hubungan Antara Negara
Mengakibatkan terjejasnya hubungan antara negara, selain memburukkan imej negara yang terlibat, jika ia melibatkan hal ehwal negara kita dan negara luar.
Sungguhpun begitu, kesan mahupun akibat buruk seperti di atas ini masih boleh diatasi jika kita sebagai individu Muslim ada rasa kebertanggungjawaban dan saling beringat akan saranan dan firman Allah SWT yang tersebut di atas. Sungguh, kehidupan kita di muka bumi ini sudah diatur oleh Allah SWT dan kita hanya perlu menurutinya sahaja. Firman Allah SWT yang bermaksud;
โSesungguhnya, Al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus.
(al-Israโ: 9)
Moga bermanfaat. Wallahuaโlam.
Sumber : Tazkirah.Net
www.smartsoleh.my
19/11/2017
Anak2 Smart Soleh Denai Alam
07/11/2017
Bahayanya Merokok ๐ฑ๐
โโ๏ธ๐
โโ๏ธ
============================================
Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak
---------------------------------------------------------
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.
Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat
-------------------------------------------------------------------
Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.
Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
----------------------------------------------------------
50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kump**an ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru
---------------------------------------------------------
Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.
www.smartsoleh.my
02/11/2017
Assalamualaikum..
๐๐ TADIKA SMART SOLEH DENAI ALAM kini dibuka untuk pendaftaran sesi persekolahan 2018 untuk anak-anak berumur seawal 4/5/6 tahun. Kami menyediakan suasana pembelajaran awal kanak-kanak dan perkembangan sosial kanak-kanak berdasarkan akhlaq dan sunnah Rasulullah S.A.W. dan mengikut garis panduan kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
*Kurikulum*
๐บ Bahasa: English, Malaysia dan Arab
๐บ Kognitif: Matematik dan Sains
๐บ Pendidikan Jasmani
๐บ Pengajian Islam: Al-Quran, Hafazan, Aqidah dan Sirah
*Multimedia*
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik melalui penggunaan komputer dan teknologi multimedia terkini.
- Kami juga menggunakan *MiKids* dalam sistem pembelajaran untuk membantu kanak kanak dalam menguasai subjek English dan kemahiran kognitif.
- Selain itu kami juga menggunakan silibus 'Little Scientist' untuk subjek Sains.
๐Tadika Smart Soleh Denai Alam beralamat di No 1 Jalan Elektron U16/58F Denai Alam, 40160 Shah Alam, Selangor.
** Sebarang pertanyaan atau temu janji, sila hubungi atau whatsapp ke..
๐ 016- 252 3245
(Pn. Banum)
๐ 010- 365 6278
(Pn.Zubaidah)
www.wasap.my/60162523245/pendaftaran2018SmartSolehDenaiAlam
www.wasap.my/60103656278/pendaftaran2018SmartSolehDenaiAlam
02/11/2017
Adab Sebelum Tidur ๐ด๐ถ๐ณ
============================================
Pertama: Tidurlah dalam keadaan berwudhu.
Hal ini berdasarkan hadits Al Baroโ bin โAzib, Nabi shallallahu โalaihi wa sallam bersabda,
ุฅูุฐูุง ุฃูุชูููุชู ู
ูุถูุฌูุนููู ููุชูููุถููุฃู ููุถููุกููู ูููุตูููุงูุฉู ุ ุซูู
ูู ุงุถูุทูุฌูุนู ุนูููู ุดูููููู ุงูุฃูููู
ููู
โJika kamu mendatangi tempat tidurmu maka wudhulah seperti wudhu untuk shalat, lalu berbaringlah pada sisi kanan badanmuโ (HR. Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)
Kedua: Tidur berbaring pada sisi kanan.
Hal ini berdasarkan hadits di atas. Adapun manfaatnya sebagaimana disebutkan oleh Ibnul Qayyim, โTidur berbaring pada sisi kanan dianjurkan dalam Islam agar seseorang tidak kesusahan untuk bangun shalat malam. Tidur pada sisi kanan lebih bermanfaat pada jantung. Sedangkan tidur pada sisi kiri berguna bagi badan (namun membuat seseorang semakin malas)โ (Zaadul Maโad, 1/321-322).
Ketiga: Meniup kedua telapak tangan sambil membaca surat Al Ikhlash (qul huwallahu ahad), surat Al Falaq (qul aโudzu bi robbil falaq), dan surat An Naas (qul aโudzu bi robbinnaas), masing-masing sekali.
Setelah itu mengusap kedua tangan tersebut ke wajah dan bagian tubuh yang dapat dijangkau. Hal ini dilakukan sebanyak tiga kali. Inilah yang dicontohkan oleh Nabi shallallahu โalaihi wa sallam sebagaimana dikatakan oleh istrinya โAisyah.
Dari โAisyah, beliau radhiyallahu โanha berkata,
ููุงูู ุฅูุฐูุง ุฃูููู ุฅูููู ููุฑูุงุดููู ููููู ููููููุฉู ุฌูู
ูุนู ููููููููู ุซูู
ูู ููููุซู ูููููู
ูุง ููููุฑูุฃู ูููููู
ูุง ( ูููู ูููู ุงูููููู ุฃูุญูุฏู ) ูู ( ูููู ุฃูุนููุฐู ุจูุฑูุจูู ุงูููููููู ) ูู ( ูููู ุฃูุนููุฐู ุจูุฑูุจูู ุงููููุงุณู ) ุซูู
ูู ููู
ูุณูุญู ุจูููู
ูุง ู
ูุง ุงุณูุชูุทูุงุนู ู
ููู ุฌูุณูุฏููู ููุจูุฏูุฃู ุจูููู
ูุง
ุนูููู ุฑูุฃูุณููู ููููุฌููููู ููู
ูุง ุฃูููุจููู ู
ููู ุฌูุณูุฏููู ููููุนููู ุฐููููู ุซููุงูุซู ู
ูุฑููุงุชู
โNabi shallallahu โalaihi wa sallam ketika berada di tempat tidur di setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan โQul huwallahu ahadโ (surat Al Ikhlash), โQul aโudzu birobbil falaqโ (surat Al Falaq) dan โQul aโudzu birobbin naasโ (surat An Naas). Kemudian beliau mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bagian depan. Beliau melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.โ (HR. Bukhari no. 5017).
Membaca Al Qurโan sebagaimana yang dicontohkan oleh Nabi shallallahu โalaihi wa sallam ini lebih menenangkan hati dan pikiran daripada sekedar mendengarkan alunan musik.
๐ปโ๏ธ๐ณ
UTAMA - SmartSoleh
Guru-guru kami adalah dikalangan yang terpilih dan sentiasa diadakan latihan dan kursus bagi memantapkan lagi kemahiran mengajar
01/11/2017
6 Keistimewaan Nabi Muhammad S.A.W ๐โค
=====================================
ุงูุณูููุงูู
ู ุนูููููููู
ู ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู I
Hadis Sahih Muslim Jilid 1.
Hadis Nombor 0473.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Aku diistimewakan Allah dari para Nabi yang lain dengan enam macam keistimewaan:
(1) Aku dikurniai perkataan yang ringkas, tetapi padat berisi (yakni Al Qur'an).
(2) Aku dimenangkan Allah dengan perasaan gentar di hati musuh-musuhku.
(3) Bagiku dihalalkan harta rampasan.
(4) Bumi dijadikan suci bagi ku dan menjadi tempat sujud.
(5) Aku diutus kepada semua makhluk.
(6) Aku penutup segala Nabi.
โSampaikanlah dariku walau hanya satu ayatโ (HR Bukhari) ุจููููุบููุง ุนููููู ูููููู ุขููุฉู
UTAMA - SmartSoleh
Guru-guru kami adalah dikalangan yang terpilih dan sentiasa diadakan latihan dan kursus bagi memantapkan lagi kemahiran mengajar