27/05/2026
βSelamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H
Ikhlas daripada seluruh warga Akademi Hevea Malaysia kepada seluruh umat Islam.
Semoga Aidiladha yang mulia ini membawa seribu keberkatan, memperkukuhkan keimanan serta meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Semoga setiap ibadah, pengorbanan dan amal kebaikan yang dilakukan diterima serta dirahmati oleh-Nya.
Aidiladha mengajar kita erti keikhlasan, kesabaran dan pengorbanan dalam menjalani kehidupan. Semoga ukhuwah sesama insan terus dipererat dan setiap langkah kita sentiasa dipandu dengan rahmat serta kasih sayang Allah SWT.
Buat yang pulang ke kampung halaman, semoga perjalanan dipermudahkan dan sentiasa berada dalam lindungan-Nya. Pandulah dengan berhati-hati dan semoga selamat tiba bersama insan tersayang.
Salam Aidiladha.
Semoga segala ibadah diterima Allah SWT dan dikurniakan kebahagiaan di dunia serta akhirat.β
15/05/2026
LATIHAN KONSOLIDASI
KURSUS KAWALAN RUMPAI, PEMBAJAAN DAN KESUBURAN TANAH
π FELDA Mata Air, Padang Besar, Perlis
π
14 Mei 2026
Akademi Hevea Malaysia dengan kerjasama Pasukan Pejabat Lembaga Getah Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang (NKPP) telah menganjurkan Latihan Konsolidasi: Kursus Kawalan Rumpai, Pembajaan dan Kesuburan Tanah sebagai usaha memperkukuh pengetahuan serta kemahiran peserta dalam pengurusan ladang getah yang lebih sistematik, produktif dan mampan.
Program ini memberi penekanan terhadap amalan terbaik kawalan rumpai, teknik pembajaan yang berkesan serta pengurusan kesuburan tanah bagi meningkatkan pertumbuhan dan hasil tanaman getah. Selain sesi teori, peserta turut didedahkan dengan perkongsian pengalaman lapangan serta pendekatan praktikal yang relevan dengan keperluan industri perladangan masa kini.
Penganjuran kursus ini diharap dapat memperkasakan kompetensi peserta dalam mengaplikasikan teknologi dan amalan agronomi yang tepat demi memastikan produktiviti ladang yang optimum serta pengurusan sumber yang lebih cekap dan lestari.
08/05/2026
π’ KURSUS TEKNOLOGI PENUAIAN HASIL LATEKS
π Bertempat di Akademi Hevea Malaysia, Lembaga Getah Malaysia, Sg. Buloh, Selangor
ποΈ 5 β 7 Mei 2026
Kursus Teknologi Penuaian Hasil Lateks telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari di Akademi Hevea Malaysia, Sg. Buloh dengan penyertaan Pegawai dan Kakitangan Lembaga Getah Malaysia.
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai aspek penting berkaitan teknologi penuaian lateks termasuk teknik penorehan yang betul, pengurusan produktiviti pokok getah serta amalan terbaik bagi meningkatkan hasil dan kualiti lateks.
Kursus ini turut merangkumi sesi teori dan latihan amali di lapangan bagi memberi pengalaman sebenar kepada peserta dalam mengaplikasikan teknik penuaian yang efisien, selamat dan mampan.
β¨ Diharapkan kursus ini dapat membantu meningkatkan kemahiran serta pengetahuan peserta dalam memperkasakan industri getah negara ke arah yang lebih produktif dan berdaya saing.
03/05/2026
Persiapan dan persediaan Kursus Teknologi Penuaian Hasil Lateks
5 - 7 Mei 2026
Lokasi : Bilik Waja dan Tapak Latihan, Akademi Hevea Malaysia, Sg Buloh, Selangor
30/04/2026
Program TVET MyKomoditi π΄
π£ Oi kitak orang Sarawak, jom datai!
Anak muda dan belia, peluang ini tidak wajar dilepaskan. Jom hadir untuk meneroka peluang latihan serta kerjaya dalam sektor agrikomoditi.
π
4 Mei 2026 (Isnin)
β° 8.00 pagi β 2.00 petang
π Dewan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak, Kota Samarahan
β¨ Pengisian Program:
βοΈ Perkongsian kisah kejayaan alumni
βοΈ Pendedahan peluang latihan dan kerjaya sektor agrikomoditi
βοΈ Temuduga terbuka serta sesi konsultasi industri
βοΈ Pameran agensi, demonstrasi dan aktiviti interaktif
π Peluang Kemasukan Program TVET (Sijil Kemahiran Malaysia):
Lepasan SPM berpeluang mendaftar dalam program TVET sektor sawit, getah dan perkayuan.
π½οΈ Makanan serta goodies cenderamata disediakan
ποΈ Penyertaan adalah PERCUMA
π£ Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program ini. Jumpa kitak di sana!
Kursus Operasi Mekanisasi Ladang - KOML
WISDEC_Sabah
LKM Sarawak
Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia - IMPAC
23/04/2026
πΏ HARI KEDUA DAN HARI TERAKHIR! πΏ
Hari 2 dan Hari ke Terakhir Kursus Pengurusan dan Kawalan Penyakit Getah telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat dan komitmen daripada para peserta untuk Pegawai dan Kakitangan RISDA.
π
Tarikh: 21 β 23 April 2026
π Lokasi: Melaka
Hari dimulakan dengan pendedahan menyeluruh mengenai penyakit utama pokok getah yang melibatkan:
π± Penyakit akar
π Penyakit daun
π³ Penyakit batang
Peserta bukan sahaja didedahkan kepada teori, malah turut berkongsi pengalaman lapangan serta teknik kawalan yang praktikal dan berkesan bagi memastikan hasil getah yang lebih berkualiti dan mampan.
π‘ Kursus ini memberi fokus kepada:
βοΈ Pengenalpastian simptom penyakit
βοΈ Kaedah kawalan bersepadu
βοΈ Amalan agronomi terbaik
21/04/2026
πΏ HARI PERTAMA KURSUS BERMULA! πΏ
Hari 1 Kursus Pengurusan dan Kawalan Penyakit Getah telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat dan komitmen daripada para peserta untuk Pegawai dan Kakitangan RISDA.
π
Tarikh: 21 β 23 April 2026
π Lokasi: Melaka
Hari pertama dimulakan dengan pendedahan menyeluruh mengenai penyakit utama pokok getah yang melibatkan:
π± Penyakit akar
π Penyakit daun
π³ Penyakit batang
Peserta bukan sahaja didedahkan kepada teori, malah turut berkongsi pengalaman lapangan serta teknik kawalan yang praktikal dan berkesan bagi memastikan hasil getah yang lebih berkualiti dan mampan.
π‘ Kursus ini memberi fokus kepada:
βοΈ Pengenalpastian simptom penyakit
βοΈ Kaedah kawalan bersepadu
βοΈ Amalan agronomi terbaik