31/05/2026
𝗗𝗜𝗥𝗚𝗔𝗛𝗔𝗬𝗨 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah takzim daripada:
Pengarah dan seluruh warga kerja
Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan — CIAST
Daulat Tuanku.
30/05/2026
Selamat menyambut Hari Wesak kepada semua penganut Buddha dan seluruh komuniti TVET.
Semoga perayaan ini membawa ketenangan, keharmonian dan semangat kasih sayang dalam kehidupan kita bersama. Sebagai warga pendidik dan penggerak TVET, marilah kita terus menyemai nilai sabar, tekun dan berilmu dalam membimbing generasi berkemahiran negara.
Ikhlas daripada,
Pengarah dan seluruh warga CIAST
26/05/2026
Kursus Penulisan Ilmiah: Analisa Data Menggunakan AI anjuran Bahagian Penyelidikan, Inovasi dan Antarabangsa (RII) telah berlangsung dengan jayanya pada 20–21 Mei 2016 dengan penyertaan memberangsangkan daripada pelbagai agensi termasuk CIAST, Jabatan Pembangunan Kemahiran - JPK Putrajaya, Jabatan Tenaga Manusia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Sumber Manusia.
Program ini dikendalikan oleh Profesor Dr. Mohamad Sattar bin Rasul, tokoh akademik berpengalaman dalam penerbitan jurnal berimpak tinggi. Peserta telah didedahkan dengan teknik penulisan artikel ilmiah, penerbitan jurnal Scopus dan WoS, penggunaan AI dalam analisa data serta strategi menghasilkan manuskrip berkualiti tinggi.
Sepanjang program berlangsung, peserta turut berpeluang menjalani sesi konsultasi dan bimbingan secara langsung berkaitan pembangunan artikel penyelidikan, penggunaan AI tools dalam pencarian sumber akademik serta teknik penulisan yang lebih efektif dan sistematik. Pendekatan interaktif ini memberi pengalaman pembelajaran yang lebih praktikal dan relevan dengan keperluan semasa dunia penyelidikan.
Program ini bukan sahaja memperkukuh kemahiran penulisan ilmiah, malah membuka ruang kolaborasi dan perkongsian ilmu antara peserta daripada pelbagai agensi. Diharapkan usaha seperti ini dapat melahirkan lebih ramai penyelidik dan penulis akademik yang kompetitif, inovatif serta mampu menghasilkan penerbitan berimpak tinggi di peringkat nasional dan antarabangsa.
💡 “AI bukan menggantikan penyelidik, tetapi memperkasakan cara kita berfikir, menganalisis dan menghasilkan ilmu.”
26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha
Pengarah dan seluruh warga CIAST mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam, khususnya warga kerja CIAST, pengajar TVET, pelatih, alumni serta rakan-rakan strategik yang sentiasa bersama dalam memperkasa agenda pembangunan kemahiran negara.
Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan kesungguhan dalam melaksanakan amanah. Nilai-nilai ini juga sangat dekat dengan jiwa seorang pengajar TVET — yang bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi turut membimbing, membentuk kemahiran, membina keyakinan dan melahirkan insan berkemahiran tinggi untuk masa depan negara.
Semoga semangat pengorbanan ini terus menjadi inspirasi kepada kita semua untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi, mendidik dengan penuh keikhlasan dan terus memperkukuh ekosistem TVET negara.
Ikhlas daripada,
Pengarah dan seluruh warga CIAST
25/05/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Ros Maria binti Mat Yeh, Pegawai Latihan Vokasional, Ketua Unit Induksi Pentauliahan, Program Kelayakan Kekompetenan atas kejayaan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Ikhlas daripada seluruh warga CIAST.
22/05/2026
KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN BIDANG MEKATRONIK DAN ELEKTRONIK
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan Kursus Peningkatan Kemahiran yang berlangsung dengan jayanya bermula 18 hingga 22 Mei 2026.
Sebanyak dua (2) kursus telah dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut, iaitu:
🔧 KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN BIDANG MEKATRONIK bagi Persijilan MC-091-2:2016 & MC-091-3:2016
⚡ KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN BIDANG ELEKTRONIK bagi Persijilan C264-001-2:2025 & C264-001-3:2025 Siri 2/2026
Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memperkasakan lagi tahap kompetensi serta kemahiran para pegawai agar sentiasa berdaya saing dan seiring dengan keperluan semasa perkhidmatan.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ts. Dr. Puteh Melor Wesma binti Salehen, Ketua Program Pembangunan Pengajar Kemahiran (PPK).
Semoga segala ilmu, pendedahan, dan kemahiran yang diperoleh dapat diaplikasikan sepenuhnya di tempat bertugas demi kecemerlangan perkhidmatan bersama! 💪✨
22/05/2026
KURSUS TM002 MODULAR
Tarikh : 18 - 22 Mei 2026
Lokasi : BK9&BK10 CIAST, Shah Alam
Peserta : 14 orang
Penceramah :
1. En. Shakartum bin Abu Bakar
2. En. Iskandar bin Kamarudin
22/05/2026
Kursus Pembangunan Soalan Latihan Kemahiran Siri 4/2026
Tarikh: 19 - 22 Mei 2026
Lokasi: Harbour View Hotel Kuching, Sarawak
Bil. Peserta: 29 orang
Penceramah:
1. En. Amir bin Mohamed
2. En. Yusri bin Pardi
22/05/2026
Kursus Intensif Pengajaran TVET (Customised)- KMT
Penganjur: Maktab Teknik PDRM
Tarikh : 18 - 22 Mei 2026
Lokasi : Kem Permata Resort Alor Gajah, Melaka
Peserta : 25 orang
Penceramah :
1. En Redzuan bin Mat Zain
2. En Adnan bin Ahamad Zamari