01/11/2023
Selasa• 31/10/2023
Selasa• 31/10/2023
Alhamdulillah sesi kelas latihan pada minggu ini berjalan seperti biasa dan kami dari Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, UiTM Puncak Alam telahpun menerima dan menyambut baik kehadiran ahli - ahli baru.
Selamat datang dan selamat menjadi sebahagian daripada ahli keluarga Silat Cekak Pusaka Hanafi🤍
Kepada yang berminat untuk menyertai kami, boleh mendaftar segera kerana Pengambilan Ahli Baru masih dibuka!
Klik pautan untuk mendaftar:
https://docs.google.com/forms/u/1/d/e/1FAIpQLSctrQK9DIYgpb7QpoL3SieJbwcgAoHTQJ7FcHO73GMxDtV7FA/viewform
12/10/2023
🛎🛎🛎PENGAMBILAN AHLI BARU SILAT CEKAK USTAZ HANAFI KINI DIBUKA🛎🛎🛎
▪️Adakah anda berminat dalam seni bela diri?
▪️ Ingin mempertahankan diri dan maruah?
▪️ Ingin mengekalkan kekuatan stamina?
▪️ Anda ingin mencungkil kebolehan dalam persatuan?
▪️ Atau anda pelajar baharu dan ingin menambah pengalaman?
Jom sertai kami di Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana!!!
KELEBIHAN SILAT INI
✨ Pergerakan yang mudah diikuti seperti pergerakan semula jadi manusia.
✨ Mata pelajaran yang sistematik, ringkas dan mudah.
✨ Bebas daripada segala unsur tahyul dan khurafat.
✨💯% silat Melayu asli.
Jika anda berminat untuk sertai persatuan ini boleh mendaftar di link ini.
https://forms.gle/W58Jjw6Lttc5nZrc6
Terbuka kepada semua mahasiswa UiTM Puncak Alam dan Puncak Perdana.
☎️ Sebarang persoalan boleh hubungi:
UiTM Puncak Alam : Nurul 012-6400789
UiTM Puncak Perdana : Danish 011-53742528
02/10/2023
Assalamualaikum
Salam UiTM Dihatiku,
Salam 1 Suara 1 Hati.
Kelas latihan akan dijalankan secara fizikal bermula esok!
Hari: Selasa & Khamis
Masa: 9pm - 11pm
Tempat: Ruang hadapan Dewan Serbaguna Rafflesia, UiTM Puncak Alam dan Bangunan Information Management, tingkat 3, UiTM Puncak Perdana
02/10/2023
SELAMAT MENJALANI SEMESTER BARU!
Kami daripada Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UiTM kampus Puncak Alam & Puncak Perdana ingin mengucapkan Selamat Menjalani Semester baru kepada semua mahasiswa UiTM. Semoga dipermudahkan segala urusan dan cemerlang pada semester ini🙌🏻
02/10/2023
Kelas latihan di UiTM Puncak Alam
Selasa & Khamis: 9.00pm - 11.00pm
02/10/2023
Lagu rasmi: Satu Suara, Satu Hati
02/10/2023
Tumbukan yg biasa didengari dalam Seni Beladiri Melayu ada beberapa jenis :-
1) Tumbukan Tebar Jala / Hook Punch
2) Tumbukan Julang Bintang / Upper Cut
3) Tumbukan Musang Terjun
4) Penumbuk Jantan
Nak tahu apa kelebihan Penumbuk Jantan?
Jom pelajari ilmu Silat Cekak Pusaka Hanafi! 😁
02/10/2023
BERANI & YAKIN
Ilmu silat adalah merupakan teman setia kita. Dalam keadaan sesak menghadapi ancaman, silat amat berguna. Sekurang-kurangnya ilmu silat yang ada dapat memberi keyakinan. Keyakinan akan diiringi dengan sifat berani. Apabila kita berani, saingan kita akan takut. Berani atau takut, kita sendiri tentukan. Kalau bersifat berani maka akan beranilah kita. Begitulah sebaliknya. Namun begitu, sifat berani perlu ada asasnya.
Dalam pengalaman saya, pernah terjadi satu peristiwa saya ditahan oleh dua orang pemeras ugut yang menggunakan pisau di jalan yang gelap. Di situlah pentingnya ilmu silat yang dipelajari. Tidak ada orang lain yang boleh dilaungkan untuk membantu. Kalaulah kita takut maka musuh kita akan berani. Kalau kita berani, musuh akan takut. Perkara penting biarlah keberanian kita berasas. Dalam konteks itu, saya berasa puas kerana dapat mengusai keadaan dan mengatasi rintangan serta ancaman.
Kita sering diwar-warkan betapa SC adalah sejenis silat yang benar-benar bertanggungjawab, hebat dan berupaya menghadapi segala bentuk serangan. Persoalannya ialah sama ada kita benar-benar dapat bertanggungjawab atas diri kita sendiri dengan ilmu SC yang kita pelajari.
Kita sering disyarahkan betapa,”Silat itu adalah gerak. Yang bergerak adalah dua tangan dan dua kaki. Gerak itu adalah berpunca dari Yang Empunya gerak.
Ayat di atas mempunyai kuasa yang dapat mempengaruhi jiwa serta memberi motivasi pada pesilat SC. Falsafahnya banyak memberi saranan supaya para pesilat SC berada dalam keadaan yakin. Hal yang demikian adalah kerana SC itu sendiri mempelajari dan mengkaji pergerakan dua tangan dan dua kaki. Kajian kita mendapati bahawa kuda-kuda dan langkah-melangkah amat merugikan. Pembuktiannya ada. Pelajaran SC sendiri membuktikan betapa gerak yang ada dalam SC amat praktis dan berguna dalam apa juga keadaan, ruang dan masa.
Kita diyakini bahawa semua seni bela diri yang ada di muka bumi ini adalah terhasil daripada pergerakan tangan dan kaki. Biarlah apa nama seni bela diri sekalipun. Nama silat yang menggerunkan pada orang akan tidak menjadi gerun pada pengamal SC. Kita dipupuk dengan pegangan bahawa pergerakan mereka tetap bertunjangkan tangan dan kaki.
Oleh sebab pembelajaran SC berasaskan dua tangan dan dua kaki, maka pesilat SC diyakini dengan pegangan bahawa SC dapat menghadapi segala rupa bentuk serangan, sama ada tangan atau kaki. Kalau bergaduh, habis ’koman’ sekalipun, ahli SC akan berada di tahap seri. Nama kalah, tidak sekali. Itulah keyakinan yang ada pada pengamal SC hasil kata-kata motivasi yang ditanam dalam kalangan mereka dari masa ke masa.
Konsep gerak iaitu kepunyaan Yang Empunya gerak, sentiasa juga dipupuk dalam kalangan ahli. Kalau Tuhan mengizinkan, pengamal SC yang dikatakan lembut atau lambat masih boleh mengalahkan musuh yang bersikap bengis dan baran. Kita diyakinkan betapa mereka yang dikatakan hebat dan kuat, pada hakikatnya kekuatan dan kehebatannya bersilat adalah merupakan hak Allah Taala. Sifat bongkak pasti akan memakan diri.
Sesuai dengan konsep Yang Empunya gerak, ahli-ahli SC disarankan supaya mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Konsep selawat dan taubat dinjurkan Ustaz dari masa ke masa. Perbuatan tersebut bagi membina kekuatan dalaman pada diri setiap pesilat SC. Lemah bersilat tidak bermakna akan gagal menghadapi ancaman ketika bertemu dengan musuh. Kata-kata yang menyarankan pesilat supaya mendekatkan diri dengan Tuhan telah memberi satu kekuatan dalaman. Betapa hebatnya seseorang pesilat itu, jika Tuhan tidak berserta maka geraknya akan mudah dikalahkan oleh pesaingnya. Kata-kata tersebut telah dilambangkan dalam rangkap Pantun Cekak seperti yang berikut:,
Silat Cekak pada lahirnya,
Pengertian gerak pada batinnya.
Hendaklah mahir seluruh anggotanya,
Hendaklah jujur pada jiwanya.
Hakikat gerak adalah hak Yang Empunya gerak. Keberkesanannya, erat kaitannya dengan jiwa pesilat itu sendiri. Jujur pada jiwa bermakna keredhoan kita pada Yang Esa. Cakap yang dikeluarkan biarlah serupa bikin. Jangan menipu diri sendiri. Setiap yang terdetik di hati tetap selaras dengan apa yang dituturkan. Apa yang ditutur maka dipraktiskan dalam amalan seharian. Pesanan Ustaz pada saya, sembahyang sebagai tiang agama jangan leka untuk didirikan atau dibangunkan terlebih dahulu. Apabila ada dasarnya bertiangkan sembahyang maka mudahlah dipupuk sifat jujur dalam diri pesilat itu.
Kita selalu diyakinkan. Melalui kesungguhan latihan dua tangan dan dua kaki berserta dengan kejujuran di hati atau di jiwa, maka bentuk gerak kita akan menjadi hebat.
Kata-kata berbentuk provokasi kadang kala diajukan dalam kalangan penuntut. Adatnya adakah pesilat kita sentiasa yakin diri dalam keadaan hebat sepanjang masa dan boleh menghadapi segala ancaman yang ada. ”Kita boleh percaya apabila kita nampak buah epal dipanah atas kepala seseorang. Namun begitu, yakinkah kita apabila epal tersebut diletak di atas kepala kita sendiri untuk dipanah.” Hanya diri kita sendiri yang boleh menjawab persoalan tersebut.
Kata-kata dalam ayat itu boleh menyedarkan para pesilat. Secara langsung mereka dirangsangkan supaya belajar dengan bersungguh hati. Mereka yang lemah dan kurang yakin, akan dibimbing atau dipandu sepanjang masa. Akui kelemahan dan kekuatan yang ada. Dalam usaha membangunkan kehebatan pesilat yang dididik, jangan lupa membangunkan kehebatan diri sendiri.
Saya selalu mengingatkan para Jurulatih supaya memahami dan menghayati perkataan-perkataan ’mantap’ yang ada dalam SC. Saya juga sering jelaskan pada Jurulatih betapa mereka perlu berhati-hati ketika membincangkan istilah mudah dalam SC. Jangan biarkan pesilat kita terperangkap dalam istilah. Kita tidak mahu oleh sebab ’mudah’ akhirnya penuntut akan ambil mudah. Kerja yang mudah hasilnya pasti tak seberapa. Kalau berniaga bermodalkan sepuluh sen jangan harap untuk untung seringgit.
Oleh sebab itu, semua Jurulatih di bawah pengawasan saya sentiasa diingatkan dengan faktor masa dari semasa ke semasa. Masa yang terhad perlu disesuaikan dengan diri. Jangan cuba mengurus masa. Orang yang mengurus masa selalu lupa diri. Kita perlu mengurus diri. Sesuaikan diri dengan masa yang ada. Kalau kelas latihan diuntukkan sejam setengah, maka pergunakan masa itu dengan sepenuhnya.
Waktu mengajar yang ditentukan, perlu dipatuhi dengan sebaik-baiknya. Saya selalu nyatakan pada mereka. Orang yang hebat sentiasa mendahului masa. Kalau mula kelas pukul lapan, ahli yang belajar dan jurulatih yang mengajar perlu datang awal. Orang biasa hanya sentiasa menepati masa tapi orang lemah sentiasa melewati masa. Segala-galanya berpunca pada sikap. Sikap positif akan melahirkan perbuatan yang positif. Sikap nagetif akan melahirkan perbuatan nagetif.
Jadikan diri kita hebat sepanjang masa.
➖➖➖➖➖➖➖
-Petikan daripada hasil tulisan nukilan Allahyarham Dato' Mohd Rauhi Mohd Isa