Muslim Bebas Rokok

Muslim Bebas Rokok

Share

Bimbingan bebas rokok melalui kursus secara online dan coaching peribadi dengan cara fitrah

10/09/2021

Ada orang tanya saya, "ada ke bebas rokok cara Islam, atau pun Islamic (keislaman)?"

Kita senyum je la... πŸ™‚ Kenapa tak ada pulak?

Macam mana, tanyanya lagi...

Eh... tungguuuu..... πŸ˜‰

Huh?! Tunggu apa?

Tunggu le... tengah buat modul ni haa... πŸ˜„

Oo.. ye ke. Balasnya. Kemudian tanya lagi, "tak boleh ke bagi sikit-sikit?... teaser...." 😜

Hmmn...
Manusia ni berapa part? Saya tanya dia.

Err.. emm...

Mmm.. kalau tahu part-part tu mudah le sikit nak cerita. Sekarang ni, majoriti orang tahu manusia tu satu part je... itulah dirinya, itulah dianya. Sedangkan yang satu dia nampak itu hanyalah satu dari bahagiannya. So atas bahagian itulah segala usaha dikerahkan untuk mengubatinya daripada ketagihan rokok.

Dalam agama kita, bahagian yang satu itu bukanlah satu-satunya. Bahkan bahagian itu juga bukanlah dominan. Yang menjadi zat atau essencenya bukan bahagian itu. So, kalau nak ubatnya ketagihan rokok, janganlah hanya pandang pada bahagian yang maklum diketahui ramai tu je, yang semua orang ikut sebagai "authority" tu. Bahkah bahagian itu hanya mengikut sahaja. Carilah puncanya. Yang itulah yang dibetulkan.

Tapi kalau percaya bahagian yang satu itulah satu-satunya bahagian yang ada, yang lain tak ada sebab tak nampak, tu yang dekat situ je dicari puncanya. Dan mula lah ambil tanda sebagai yang ditandakan. Camana nak jumpa punca? Punca bukan dekat tanda, tapi dekat yang ditandakan oleh tanda tu.

Kunci hilang kat semak-gelap, jangan dicari bawah tiang lampu, walaupun terang di situ takkan berjumpa 😁

Faham?

mm...aa... err... πŸ™„

Dah kata nak teaser... itu lah dianya... 😊

Urghh... kena tunggu jugak le ni?

A ah. Tungguuuuuu...... 😏

InshaAllah,
Doakanlah.

10/09/2021

πŸ™‚

SYARIKAT ROKOK PALING GERUN JIKA UMAT ISLAM BOIKOT MEROKOK

Fatwa pertama yang mengharamkan penggunaan tembakau telah di keluarkan sejak tahun 1602.

Bimbang dengan perkembangan ini, dari tahun 1970-an hingga akhir 1990 an, Syarikat tembakau telah berusaha untuk melemahkan pengaruh pandangan fatwa terhadap merokok.

Antara strategi yang dilakukan untuk mengelakkan dari pengaruh fatwa adalah,

βœ… Dengan menwar warkan kempen fatwa Islam sebagai idea extrimis

βœ… Fatwa sebagai β€œfundamentalis" yang ingin kembali kepada undang-undang syariah, οΏΌ

βœ… Ia boleh menjadi ancaman kepada kerajaan yang sedia ada

Kini, terbukti kempen mereka BERJAYA.

Walaupun telah di fatwakan sebagai HARAM, tidak ramai yang melihat ia sebagai satu saranan yang serius.

Ramai yang mempersendakan fatwa ini dan memberi pelbagai alasan untuk menidakkan saranan Fatwa. (Rujuk ruangan komen)


Ketahuilah, ini adalah apa yang β€œmereka” paling geruni.

Sekiranya umat islam di seluruh Malaysia memboikot dan berhenti merokok, TIDAK MUSTAHIL kilang dan syarikat rokok akan gulung tikar kerana sebahagian besar perokok di Malaysia adalah di kalangan umat islam (55%).

Bolehkah anda menyahut cabaran ini?

Bagaimana hendak berhenti merokok?

Kunjungi Klinik Berhenti Merokok dan ketahui lokasi perkhidmatan tersebut di sini -->

https://jomquit.com

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Shah Alam
40150