10/09/2021
Ada orang tanya saya, "ada ke bebas rokok cara Islam, atau pun Islamic (keislaman)?"
Kita senyum je la... ๐ Kenapa tak ada pulak?
Macam mana, tanyanya lagi...
Eh... tungguuuu..... ๐
Huh?! Tunggu apa?
Tunggu le... tengah buat modul ni haa... ๐
Oo.. ye ke. Balasnya. Kemudian tanya lagi, "tak boleh ke bagi sikit-sikit?... teaser...." ๐
Hmmn...
Manusia ni berapa part? Saya tanya dia.
Err.. emm...
Mmm.. kalau tahu part-part tu mudah le sikit nak cerita. Sekarang ni, majoriti orang tahu manusia tu satu part je... itulah dirinya, itulah dianya. Sedangkan yang satu dia nampak itu hanyalah satu dari bahagiannya. So atas bahagian itulah segala usaha dikerahkan untuk mengubatinya daripada ketagihan rokok.
Dalam agama kita, bahagian yang satu itu bukanlah satu-satunya. Bahkan bahagian itu juga bukanlah dominan. Yang menjadi zat atau essencenya bukan bahagian itu. So, kalau nak ubatnya ketagihan rokok, janganlah hanya pandang pada bahagian yang maklum diketahui ramai tu je, yang semua orang ikut sebagai "authority" tu. Bahkah bahagian itu hanya mengikut sahaja. Carilah puncanya. Yang itulah yang dibetulkan.
Tapi kalau percaya bahagian yang satu itulah satu-satunya bahagian yang ada, yang lain tak ada sebab tak nampak, tu yang dekat situ je dicari puncanya. Dan mula lah ambil tanda sebagai yang ditandakan. Camana nak jumpa punca? Punca bukan dekat tanda, tapi dekat yang ditandakan oleh tanda tu.
Kunci hilang kat semak-gelap, jangan dicari bawah tiang lampu, walaupun terang di situ takkan berjumpa ๐
Faham?
mm...aa... err... ๐
Dah kata nak teaser... itu lah dianya... ๐
Urghh... kena tunggu jugak le ni?
A ah. Tungguuuuuu...... ๐
InshaAllah,
Doakanlah.