16/06/2014
Asalamualaikum... Bersedia?.. Kami menunggu anda..datang2..
Sebarang informasi berkaitan dengan fakulti akan dimaklumkan di sini. We Look Ahead, We Perform, We Transform
16/06/2014
Asalamualaikum... Bersedia?.. Kami menunggu anda..datang2..
Assalamualaikum saudara dan saudari sekalian. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa bersempena dengan sambutan Hari Raya, Akademi Pengajian Bahasa akan menyediakan sajian MEATBALL SPAGHETTI YANG AWESOMEE pada keesokan hari iaitu Khamis (12hb September 2013) bermula daripada 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Restoran APB bernombor 14 dan terletak di sebelah kanan padang Perindu (menghadap DATC). Gadis ayu dan jelita akan turut ada bersama! Lelaki yang tampan dan segak bergaya turut hadir! Dan jangan lupa juga makanan percuma yang akan dihidangkan oleh setiap fakulti dan kolej UiTM! Ayuh! Mari memeriahkan sambutan Hari Raya ini dengan kehadiran saudara saudari sekalian! ;D
PS: Para pelajar tidak dibenarkan sama sekali memonteng kelas utk menghadiri jamuan ini. Harap maklum. Don't worry. Waktu lunch datang la.
30/08/2013
Salam Kemerdekaan
10/08/2013
Maklumat Istiadat Konvokesyen ke - 79 http://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/istiadat-konvokesyen-ke-79/sebelum-konvo/tentatif-konvokesyen-ke-79.html
Tentatif Konvokesyen ke-79 Bahagian Pengurusan Rekod Pelajar dan Konvokesyen adalah pusat utama yang mengendalikan pengurusan rekod pelajra yang melibatkan penyenggaraan dan pengemaskinian rekod pelajar bagi urusan pengijazahan dan seterusnya pengendalian istiadat Konvokesyen.
07/08/2013
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Di kesempatan pada bulan Syawal ini, kami di barisan SMF Akademi Pengajian Bahasa ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. Bagi yang p**ang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Moga-moga lebaran kali ini memberi seribu kenangan terindah buat kalian.
Salam Lebaran
Barisan Sekretariat Mahasiswa Fakulti
Akademi Pengajian Bahasa Sesi 2012/13
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..
Bermula jam 12 tengah malam ini, keputusan peperiksaan akhir akan dihantar ke e-mail masing-masing. Selain itu, anda juga boleh menyemak keputusan anda melalui student portal bermula jam 9 pagi esok. Semoga berjaya kepada semua. Bagi yang mendapat keputusan yang cemerlang, bersyukurlah dengan kejayaan yang Allah bagi. Jangan p**a mendabik dada. Yang mana kurang cemerlang, jangan berduka. Teruskan berusaha. Harus diingat, rezeki Allah itu luas.
Semoga berjaya!
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera. :)
Dimaklumkan bahawasanya keputusan peperiksaan akhir baru-baru ini akan diumumkan pada 3 Ogos 2013 yakni dua minggu lagi. Keputusan boleh disemak melalui 'student portal' masing-masing pada jam 9 pagi 3 Ogos tersebut. Selain itu, keputusan anda juga akan dihantar melalui emel masing-masing bermula jam 12 malam tersebut. Bagi menghalang kesulitan untuk menyemak keputusan anda, para pelajar wajib mengisi Student Feedback Online (SuFO). Sekiranya para pelajar tidak membuat penilaian tersebut, maka keputusan anda tidak akan dipaparkan. Penilaian SuFO boleh dibuat melalui 'student portal' masing-masing. Semoga berjaya kami ucapkan. :)
Terima Kasih
-We Look Ahead, We Perform, We Transform-
Barisan Sekretariat Mahasiswa Fakulti
Akademi Pengajian Bahasa
Sesi 2012/2013
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |